Tabung Masa Depan ...

Monday, November 18, 2013

Alahai, Hakikatnyer Lelaki Tak Suka Pompuan Seksi Yer !

Rasanya rata2 perempuan beranggapan 
Lelaki akan lebih tertarik kepada keseksian mereka
Tetapi semua tanggapan itu salah sebenarnyer
Sebab antara 5 perkara yang lelaki paling tidak suka adalah :-

Cermin mata besar
Kebanyakan wanita merasakan bahawa apabila
 mereka memakai cermin mata yang besar, mereka akan 
 kelihatan lebih moden dan bergaya. Tidak bagi lelaki, kerana bagi mereka, 
wanita yang memakai cermin mata yang besar ini tidak sesesuai dan membuatkan 
wajah si wanita itu kelihatan seperti serangga yang bermata besar. Amatlah penting 
bagi seseorang wanita itu memilih saiz dan bentuk cermin mata yang betul-betul kena 
dengan raut wajah anda agar kelihatan menawan sentiasa.

Bibir yang merah menyala
Kebanyakan wanita akan merasakan bahawa bibir mereka akan lebih seksi sekiranya
 menggunakan lipstick yang berwarna merah menyala. Tetapi hakikatnya ada segelintir
 lelaki yang tidak sukakan demikian kerana warna yang terlalu terang akan membuat 
mereka bercakap dengan badut. Lelaki lebih suka sesuatu yang menyenangkan dan 
sederhana kerana itu lebih membuat anda seperti bidadari dengan bibir yang semulajadi 
dan tidak terlalu merah. Wanita harus lebih peka dengan pemilihan warna gincu agak 
bersesuaian dengan kulit anda.

Bulu mata palsu
Memang tak dinafikan bulu mata yang panjang dan melentik memang akan membuat
 wanita itu kelihatan lebih cantik dan menawan tetapi sekiranya bulu mata itu palsu 
dan dipakai tidak kena majlis pastinya akan menjadi mimpi ngeri buat anda apabila 
dipandang jelik oleh sesetengah lelaki. Seeloknya tak perlulah gunakan bulu mata palsu
 kerana tidak semesti bulu mata panjang, melentik itu cantik bahkan jika kita lihat wanita 
Korea bulu mata mereka semua biasa-biasa saja tetapi mereka masih dianggap jelita.
 Kebanyakan lelaki sukakan bulu mata yang asli dan original kerana itu lebih nampak 
kecantikan sebenar.

Ber Selipar 
Oh ini tidak sesuai kerana selipar bukanlah sesuatu yang tidak menarik
 untuk dipakai kerana ada sesetengah selipar yang agak ketinggalan zaman. 
Tetapi memang benar selipar lagi selesa dipakai daripada kasut tumit tinggi namun
 jika mahu memakai selipar haruslah memilih yang sesuai dan mengikut trend semasa. 
Namun begitu, walau secantik mana selipar/kasut yang dipakai, lelaki pasti lebih 
mengemarkan kekasihnya memakai kasut tumit tinggi kerana ia akan menambah lagi 
 pesona dan keanggunan anda.

Pakaian yang terlalu seksi
Akhir sekali janganlah pakai pakaian yang terlalu seksi dan menjolok mata kerana 
tidak semua lelaki sukakan wanita berpakaian seksi. Alangkah indah dan moleknya 
anda sekiranya berpakaian sopan dan sesuai dengan bentuk tubuh anda, 
tidak perlu memakai yang terlalu ketat sehingga sukar untuk berjalan dan sebagainya. 
Lebih manis dan selamat bagi wanita yang memakai pakaian menutup aurat kerana 
aura mereka akan lebih terserlah.

Apapun pada KA, always be yourself kan ! Itu yang terbaik ...
Sebab bila yang palsu tu dah terdedah
Cerita cinta pun akan hanya tinggal sebagai mimpi2 indah
Yang x sudah !
( Pada My Dear En. Hubby, yang suka sangat baca BLOG KA ni, 
silalah komen BETUL KE BOHONG NI, He He He )

CREDIT TO YAHOO.COM.MY & PHOTO EHSAN GOOGLE

26 comments:

Nurzakiah Hanum said...

faham2 ya semua

Montana said...

salam singgah...nice entry

suri said...

saya suka pakai jabuh pastu selipar kala pink hee pi aeon pula tu haa...nuff done

eB said...

ha3... walopn eB nih simple jerk orgnya... Shah kata lawo & seksi... ckp la kan... sbb hubby kita yg kata... cam gedixs jewwww... cam mngader jewwww... ahaks.... ;p
done click2 nuff gaks :)

Yumida Huda said...

yg lipstik kaler merah tu betul
hb x ske tgk..hihi
isi tabung nuffnang sini-darlie

Nurfaezah Abdullah said...

depends on each of the individual tu especially lelaki apa pandangan dia tentang seksi. maybe dia suka tgk 3 daripada 5 perkara yang tersebut di atas..

Farah Waheda Wahid said...

ha ha ha...beauty lies in the eyes of the beholder kak...mungkin ada lelaki yang mengatakan betul facts di atas tu, dan mungkin ada yang kurang bersetuju, tapi walau apa pun yang kita pakai biarlah bersesuaian dengan diri kita sendiri dan jangan cuba untuk jadi seperti orang lain... nantinya nampak pelik dan kelakar pulak...

Amanda Suria said...

Erk...no comment..

Ena's Stories said...

Mmg tak semua lelaki suka pompuan yg over2 camtu KA...dorang lebih suka yg simple sedap mata memandang..

asyifa mustaffa said...

Semua di atas tdk penah sy buat KA....kikiki...tp ye ke ni...? Kena tnya orng lelaki....

Nastyna said...

Melawa salah, tak melawa pun salah. tapi betul kata KA tu, jadilah diri sendiri and pakai la yg selesa and ikut kemampuan diri. Lagi pun, tak perlu beriya melawa untuk lelaki hehehe.

ANIM said...

2 abdul saya yang belum baligh ni pun mengiyakan KA...haha

Ahsfantasy Ryu said...

yang sedang2 saja :)

Raudzah Z said...

ha..ha..biar betul KA...

izan mama mia said...

semua tu betol agaknya..sbb suami saya pon ckp yg sama... gincu tu kalau keluar..pakai pelembab je

Pha Is said...

bak kata kawan saya, perempuan seksi ni boleh tengok je la.. nk buat bini memang tak la.. hehehe

aizamia3 said...

Bila lelaki tunjukkn minat dgn perempuan seksi.. saje je tu nak test market..

Kakcik said...

Kebanyakan lelaki tak suka isteri mereka seksi tapi suka tengok wanita lain yang seksi...

MystoryPic said...

hehehe..... baik simple jer....

aTieYusof Family said...

ohh..info baru ni ttg apa yg tidak disukai oleh para lelaki..hehe:)

Mummydearie said...

Betul tu, KA. Lelaki memang tak suka kain tak cukup ni. Sebab itu bila nak cari isteri, suruh mak cari perempuan yang berbudi pekerti padahal dia sendiri dikeliling wanita yang cantik-cantik gitu. Saya dah confirmedkan dengan hubby saya :D

Tang cermin besar tu, saya pun suka walaupun tak sesuai dengan raut wajah saya..hehehe... ngakulah sebelum tertangkap!

::NureeN:: said...

hehe....

LydSunshine said...

heheh kA, saya baru je ingat nak share benda ni lepas baca kat yahoo. Yang bulu mata palsu tu, zain saidin suka.

Haryati Faizal said...

tepuk dada tanya hati....

hainom OKje said...

Ye ke KA?....
Tapi bab yg seksi tu lelaki mmg suka je tengokkan KA..... tak percaya kalau depa tak suka tengok hehe

Deqla Manjew said...

err.. spec deqla mmg x suka pakai.. huhu.. gincu merah menyala lagi la.. hubby x suka..apa lagi pakai seksi2.. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...