Tabung Masa Depan ...

Monday, November 25, 2013

Anak Perempuan Macam Adik Kena Lebih Yakin Diri !

Terpanggil buat N3 ni bila ditanya teman2
Macam mana nak buat yer bila anak2 nak masuk ke alam persekolahan nanti.
Lagi2 kalau anak perempuan. Yang penting kena bantu mereka
Untuk punya keyakinan diri !
JOM KA share info ini bersama2 yer!

Apabila anak perempuan anda sudah masuk ke peringkat prasekolah,
dia akan berhadapan dengan pelbagai cabaran di sekolah bersama kawan-kawannya.
Jika tersalah langkah, bimbang anak-anak ini hilang keyakinan diri untuk terus melalui
 cabaran kehidupan.
 Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan dalam membentuk
 keyakinan diri si gadis cilik anda.
  1. Galakkan sikap berterus terang
Ajar anak perempuan untuk meluahkan apa yang dia mahu daripada orang dewasa
 dan kenali rakan sebayanya. Jika dia mengadu ada kawan yang mengacaunya,
galakkan untuk anak memberitahu si pengacau yang dia tidak suka cara budak itu
 bercakap atau membulinya. Jangan biarkan anak berasa takut dengan kawan yang
 suka membuli. Tanamkan rasa berani dan menjaga haknya sendiri.
( Yang ini memang KA pratikkan pada anak2 , sentiasa bagitau anak2
agar berani berterus terang & mereka xkan rugi apapun ! )
  1. Spesifik dengan pujian yang diberi
Jika anda berasa hendak memuji anak perempuan atas usaha atau pencapaiannya,
lebih baik memberitahu begini, “Anak mama memang pandai kalau pasal nombor”,
berbanding “Bagusnya”.
( Yup, memang nak puji anak2 ni kena ada gaya & cara nyer  ! )
  1. Bantu dia memahami
Sekiranya anak anda tertinggal sebarang jemputan daripada parti hari lahir
 kawan-kawannya atau masa bermain, beritahu anak yang dia tidak perlu rasa tersisih.
 Jangan jadikan dia rendah diri kerana tidak dijemput sebaliknya beritahu anak yang
mungkin kawannya itu sedang dalam ‘mood’ yang tidak baik.
( Yang penting sebagai parents kita perlu terangkan dalam cara yang
senang untuk difahami anak2 kecil ni ! )
  1. Galakkan kecekapan
Jangan terlalu cepat membantu anak sekiranya dia sendang berusaha menyiapkan
sesuatu tugasan. Sekiranya dia meminta bantuan, galakkan dia berusaha sedikit masa
 lagi sendiri. Pasti dia akan berasa bangga jika mampu menyelesaikan tugasan itu. Dengan
cara itu, dia akan berasa yakin yang dia sebenarnya berkemampuan daripada apa yang
 dia fikirkan.
( Yup, yang kini KA setuju, dan begitulah, KA akan galakkan anak2 buat sendiri,
sehingga bila mereka benar2 perlukan bantuan kita, barulah kita bantu mengikut 
keperluan & jangan lupa puji mereka atas kerja2 yang telah mereka buat ! )
  1. Jangan buat andaian tentang kekuatan dan kelemahan
Tidak semestinya anak anda perempuan maka dia perlu bergelut untuk cemerlang
dalam ujian membaca.  Kenali potensinya secara semulajadi untuk menggilap kekuatannya
 dan memperbaiki kelemahannya.

( Yup, betul tu, kita kena terima kekurangan & kelebihan setiap anak2, kerana
setiap seorang dari mereka berbeza kecenderungannyer contohnyer macam Adik
dier lebih pada kerja2 kreatif ni berbanding ALONG & ANGAH )

INI HASIL TANGAN TERBARU ADIK
 
PENANDA BUKU SAIZ GIANT UTK KAWAN2 DIER HEHEHE
  1. Tunjukkan model contoh wanita cemerlang
Sekiranya ada berita di televisyen atau surat khabar tentang pencapaian seseorang wanita
, tunjukkan kepada anak anda. Biarkan dia tahu bahawa wanita juga mampu berjaya dalam
 bidang yang sesuai dengannya.
( Sentiasa bercerita kepada anak2 dan berikan contoh terbaik & terdekat
pada anak2, contohnyer kisah kejayaan sepupu2 rapat mereka, sebagai 
pendorong untuk mereka sama2 berjaya ! )

KREDIT KAT SINI .... 

Apapun paling penting doakan mereka terus tanpa putus yer..
 IN SHAA ALLAH !

29 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala cutenya

Knor said...

Alhmdulillah

dpt kongsi2 kt sini.
tq KA

nea lopah said...

Nice sharing KA. Saya pun ada anak dara. klik2 nuff juga.

mama aryan said...

salam KA...bagus ni,boleh saya gunakan nanti ni

ummuaidan said...

Bagus info yg dikongiskan KA..inshaallah berguna dmasa depan.:)

asyifa mustaffa said...

Kdang anak2 ni..lenlain cara dan gayanya KA...ada tips2 cmni...mmg kdang harapnya dpt la mmbntu ye tak...

Kakzakie said...

Apa pun ternyata kita sebagai ibu-bapa memang ada peranan terhadap anak-anak yg baru nak mengenal alam sekolah..

makchaq said...

Betul tu KA....
Ibu bapa kena selalu bagi galakan kat anak2 supaya depa ada keyakinan diri..

Aishah Jahirah said...

betul tu KA...dr kecik la nak pupuk apapun...nanti da besar baru nak suh yakin,susah sikit le...

Cikda said...

adik ni memang berusaha gigih la..
tq KA kongsi info, memang besar tanggungjawap ibu bapa sekarang

suri said...

hasil yang harus di banggakan. orang lain tak der besar tukan :)

isi tabong

Khai♥Rin : anies said...

setuju dgn KA!

lizz said...

Tq share ka..betultu ka apapun kita kena tgk potensi anak kita l
Menjurus kpd apa...dan gilapnya dan lg satu mendidik anak tdk blh memaksa tetapi perlu tgas...

Pha Is said...

besarnya penanda buku tu..

cik amal said...

setuju dengan enrty ni.. amal belajar pendidikan awal kanak-kanak, jdi benda2 mcm ni mmg perlu untuk anak2 awal usia :)

amal singgah sini

Nastyna said...

tak smeua anak2 ni sama kan, walau pun sama ibu bapa dan persekitaran, macma yg KA nyatakan la beza adik ngan Along n Angah. yg penting mereka sentiasa berusaha dan kita sentiasa galakkan. wahhs emangat pulak saya.

Raudzah Z said...

Sama macam ibu mendidik kita...

adrianna syaz said...

Pandai adik buat bookmark tu..usha lagi ya..mesti lg cntik lg nanti :)

Index Apk said...

kunjungan perdana sobat,,salam blogger

izan mama mia said...

tq..info yg sangat saya perlukan

wantie said...

ya betul tu KA. galakkan anak buat sendiri kerja sekolahnya. Biar dia belajar sendiri. kalau salah sendiri yg buat kan. biar dia berusaha.. barulah namanya belajar kan.

encikarman said...

biar dia berdikari, salah takpe

Haryati Faizal said...

TQ atas perkongsian tip ni ye KA

QasehnyaRania said...

betul tu KA
thanks share tips ni

Aku Penghibur said...

alhamdulilah dapat imlu baru nanti kalau ada anak :)

hainom OKje said...

Haha..KA masalahnya bukan anak, ni omaknya yg kurang keyakinan diri macamana tu?

Mummydearie said...

Betul tu, KA. Saya tak suka sebenarnya nak compare percapaian anak-anak saya dengan orang lain. Yang penting dia happy dan kita sentiasa support him/her.

Ena's Stories said...

Tq KA, Insha Allah akan sy gunakan tips ni tuk anak sy yg bakal skola thn depan..

Deqla Manjew said...

terima kasih berkongsi tips ni kak.. untuk deqla berguna jugak nih.. in shaa Allah.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...