Tabung Masa Depan ...

Tuesday, November 19, 2013

Bukan Kisah Seram Villa Nabila Tapi Kisah Benar Kesuma Angsana

Sekarang dok tengah heboh citer tentang Villa Nabila tu. Macam2 versi ceritanyer.
Tapi yang ini kisah benar yang dialami KA sendiri.
JOM BACA...

ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 24/04/2012

Cerita ni berlaku lebih kurang 9-10 tahun yang lepas.  
Tapi saya masih ingat sehingga ke hari ini.  Suatu malam, emak menyuruh saya 
menjemput adik  yang masih belajar di asrama yang terletak di Kuala Lumpur. 
 Sebabnya beliau sudah beberapa hari demam panas.  Waktu kami sampai ke asrama
 hari sudah hampir tengah malam.  Sewaktu menanti beliau bersiap, saya secara tiba2
 ingin ke tandas.  Salah seorang teman beliau menunjukkan arah tandas kepada 
saya yang mana ianya terletak betul-betul dihujung asrama.
(gambar pokok kat dusun saya ni, takde kena mengena dgn cerita ye!)
Saya terus berlari ke arah yang ditunjukkan dan agak terkejut apabila saya terlihat ada
seorang perempuan berambut lurus dan panjang, berbaju seakan putih berdiri di sebelah
 tingkap berhadapan tandas.  Tetapi wajahnya memandang ke arah luar mengadap satu
pokok besar.  Tiba2 saya terlepas cakap.
 "Apa yang dibuatnya kat sini, tengok apa pulak kat luar malam2 ni!". 
 Lepas  itu saya terus masuk ke tandas.  Sekejap saja.  Bila keluar saya lihat kembali
samada perempuan itu masih di situ tapi tiada siapa2 di luar.  Terus saja saya ke
bilik adik saya dan membawa beliau turun ke kereta.  Perjalanan balik macam biasa,
cuma badan saya mula rasa tidak sedap.
Esok pagi, bila bangun dari tidur tiba2 saya rasa tangan kanan saya tidak dapat
digerakkan.  Dan kalau cuba digerakkan terasa amat2 sakit. Sehinggakan saya tidak
 dapat membuka baju sendiri dan terpaksa meminta bantuan dari suami.  Oleh sebab
 tak tahan saya terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan.  Kata doktor saya tak sakit apa2
 cuma beliau juga pelik kerana saya tidak dapat menggerakkan tangan seperti orang yang
 terkena "Stroke" dan bila digerakkan saya akan menjerit kesakitan.  Beliau telah memberikan
surat rujukan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya bercadang untuk pergi ke hospital
 pada esok hari. Dalam perjalanan pulang saya singgah minum di sebuah kedai makan.
  Di situlah ada beberapa orang yang menasihatkan saya agar cuba berubat kampung dulu
sebelum ke hospital.

Petang itu juga saya pergi berubat ke rumah seorang bidan kampung yang juga
 tukang urut.  Sebaik beliau mula berurut tiba2 beliau bertanya kemana saya telah pergi
sebelum ini.  Saya hanya menjawab tak kemana. Kemudian baru saya ingat saya ada pergi
 ke Asrama di Kuala Lumpur malam tadi menjemput adik saya.  Terus dia menjawab yang
 saya ni ada menegur benda2 yang tak baik.  Sebab itulah terjadinya perkara tersebut.
Bila saya fikirkan mungkinkah "perempuan yang saya nampak pada malam itu?".
 Nasihat Mak Bidan itu pada saya kalau ternampak apa2 yang pelik terutamanya pada
waktu malam buat tak tahu saja dan tak perlu kata apa2.  Entahlah.  Selepas sehari diurut
saya sudah boleh menggerakkan tangan semula dan selepas 3 hari berurut keadaan saya pulih
seperti sediakala sehinggalah ke hari ini.  Saya masih tak pasti apakah punca sakit tersebut
 atau benarkah sepeti yang dikatakan Mak Bidan itu. Selepas itu, baru adik saya menceritakan
bahawa sebenarnya banyak perkara2 misteri dan aneh berlaku di asrama beliau kerana
 terdapat satu pokok besar di belakang asrama betul2 berdekatan dengan tandas asrama.
 Wallahua'lam.

( Kadang terpikir kenapa KA selalu berhadapan dengan perkara2 misteri sebegini ,
Mungkinkah hanya kebetulan ! ....)

35 comments:

Ibu Lala said...

Eiii takutnya KA. Nasib baik kan. Mak sy pun pesan kalau nampak apa apa yg pelik jangan tegor.

Nurzakiah Hanum said...

seram

Cikda said...

pheww... jantung cikda pulak dup dap dap dap.. suspen giler.. memang misteri.. hahahaha

ZazaMyMoon said...

tegak bulu roma bila baca cerita KA ni! pernah dgr jg org kata, kalau ternampak benda2 yg aneh jgn ditegur.. mungkin ini satu kebetulan..

Qhaifa Nur said...

jangan tegur yup KA...
kena ingat tu agaknya bila kita mereka (hantu) marah rupanya....

Kaseh Wee said...

perkara ni selalu berlaku dikalangan ahli keluarga saya . jawapan saya , tgn tu x leh gerak sbb gangguan jin . cuma perlu baca ayat kursi kat tpt sakit berulangkali . klu semakin sakit , maknanya mmg ada jin kat situ ...

Rai Ourkizuna said...

alhamdulillah cepat sembuh KA masa tu.. tak nafikan, benda benda ghaib tu memang wujud di sekeliling kita.. cuma yg kita kena sematkan dalam hati.. mereka tu tak dapat memudaratkan kita kecuali dengan izin Allah.. mungkin sakit tu ujian dari Allah untuk KA sekeluarga.. :D

yan's cottage said...

seram sejuk je...bila baca cerita misteri macam nie....

piqa da bajitos said...

waaaa
bukan semua org boleh jumpe bende2 camtu
hehe

wantie said...

KA seorang yg berani . sebab tu la Allahbaginampak menda menda gini. kalau T yg lemah semangat , terus pengsan.,

makchaq said...

eh..makchaq pun tulih post bila baca berita villa nabila..
tapi bukan la post seram..

che mid said...

Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan..setiap kali orang lain bercerita kisah seram, maka kisah kita sendiri akan muncul semula si fikiran.. nasib baik dia menghadap tempat lain, kalau dia pandang KA..camne!!!

❤Kamsiah❤ said...

berdiri bulu roma...
betul pesan org2 tua..kalau nampak sesuatu yg pelik,buat2 tak nampak..jgn tegur atau cakap besar..kalau tetiba berbau wangi pun jgn ditegur..

Yumida Huda said...

seram la kak
baca time mlm2 mcm ni..huhuhuhu
isi tabung nuffnang sini-darlie

ANIM said...

terbuka hijan KA kot bila berdepan dengan benda2 macam tu..'

p/s ingat pesan orangtua, nampak apa2 jangan tegur

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

beraninya KA.. kalau aiza mesti dah lari..

Montana said...

alamak...seram

Nastyna said...

alemak KA, terpacak bulu roma I tau. Mujur la tak jadi teruk kan, takat tu jer yg dia kenakan KA. harap tak berulang lagi kejadian macam ni.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...KA,

seram sejuk pulak mselim3 baca entry nie malam2...

mselim3

pls: datang sini tgk KA.

hana hadi said...

xpernah lagi mengalami kejadian macam ni

kkadang2 terfikir, bertuahnya orang tersebut kerana dapat merasai pengalaman yang boleh dikatakan xsemua orang mengalaminya.. :)

suri said...

aik umh kita tak der pokok besau bahaya ni hee... isi tbung darlie

asyifa mustaffa said...

Seram2....cmne la rupanya tu KA....seriau plak sy bacanya ni....

Deqla Manjew said...

seremm... kalo deqla dah nmpk pompuan rupa mcm tu, jgn kata nak tegur, deqla cabut jer trs.. x jadi nak ke toilet.. huhu..

Umi Qi said...

KA villa nabila...Allah...terbaca dah artikel pasal sorang budak tuh kan dlm surat khabar...haishhh naik plak bulu roma Umi Qi....

Nadratul Syazwana said...

Aippp muncul pulak Kesuma Angsana ni

DYatie said...

Huhu. Takut pulak dengar.

MulutPayau said...

memang menakutkan...
Kita tegur sbb kadang2 tak terpikir pun pasal benda tu kan....

Eye_nee said...

Trkdg kita lupa dan alpa ttg keujudan syaitan dan jin kan sis...pesanan org2 tua ada byk kelebihan tp mcm kita ni dah nmpk benda yg pelik mcm tu mesti mulut ni dan hati tu ringan jer nak mempersoalkan...

Raudzah Z said...

Sereeeeemmmm KA..kita nimemang penakut sangat...

Ira said...

Seram la citer KA ni.. tp KA ni berani orgnya ye..
mgkn sbb tu selalu berdepan dgn perkara2 misteri macam ni.
:)

ummiross said...

Kira KA ni jenis berani juga ye, mungkin sebab tak terfikir benda pelik2 masa tu kot.
Alhamdulillah, KA pulih cepat, Allah maha berkuasa atas sesuatu.

Sylarius Yusof said...

Boleh tahan jugak sentap makhluk halus ni. Tegur sikit terus nak ganggu manusia. Hmmm.. Mungkin curiousity manusia adalah perkara yang tidak digemari oleh makhluk halus ni.

Mummydearie said...

Aduh, KA. Kalau sayalah, saya dah reverse tak masuk dah tandas. Eh, seram ni, naik bulu roma. Kalau sayalah, apa nak buat ya? Saya pura-pura pengsan gitu, boleh tak?

ummuaidan said...

seram jugak terkena camni KA..sib baik pulih kembali kan..

hainom OKje said...

Yelah KA...selalu jugak baca entri KA yan mesteri macam ni....serem mak hehe...KA ni kuat semangat kot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...