Tabung Masa Depan ...

Tuesday, November 26, 2013

Just Save The Date For Che Ta & Zain Yer Adik !

Kalau dah biasa baca blog KA 
Pasti tau Adik adalah peminat Che TA
Sebab musababnyer kena carilah diblog ini ya
Adik pulak teruja bila Che TA 
Dah umumkan tarikh pernikahan Zain Saidin & dier
Iaitu pada 11/12/2013 nanti lah yer !


Antara fakta lain yang menarik mengenai perkahwinan ini adalah :-
- Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan 
di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. 
Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000. 

- Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak
 dan poco-poco.- Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti.
 Pasangan akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi 
barang hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.

- Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 
iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri.

- Sementara untuk pembatalan air sembahyang, 
Che Ta bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300
 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000.

- Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas
 yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat 
Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti. 

- Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan 
rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000.

- Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. 
Baju persandingan pula bernilai RM100,000.

- Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi
 akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman.

So, bayangkanlah Adik, grand x grand majlis tu nanti hehehe ....

36 comments:

adyna said...

Tahniah , cuma tak bape setuju ;)

ummuaidan said...

aduss..berlebih-lebihan sungguh belanjer...:)

QasehnyaRania said...

wow.ssmoga kekal bhagia hingga akhir hayat.aamiin

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

aizamia3 said...

bertuah badan.. rezeki..
Moga mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. ;)

Queen Teratai said...

congrates to them & hope the will be happily ever after.

Nazayiena Ayiena said...

Tahniah,mesti grandkan!

Acik Erna said...

assalam KA..seronoknya adik..kalau ada siaran lansung nanti tentu adik menunggu dengan setia depan tv.

LydSunshine said...

ni mcm demi moore dgn ashton kutcher la ni. hehe.. semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah untuk Cik Ta dan Zain. Memang meriah la nanti perkahwinan mereka. Semoga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

::NureeN:: said...

mak aii...
mmg grand la nanti kan

encikarman said...

grand grand... harap cepat dpt baby ya

Zura@Iwan said...

mmg tersgt la Grand..
kita ni tgk aje la..
tk mampu..hehe

Kisah Si Dairy said...

Untunglah mereka...by the way...moga yang baik baik untuk mereka.

Bunda said...

Semoga jodoh mereka kekal ke Jannah..

lizz said...

Ermmm...moga dierang ni bahagia...

Aku Penghibur said...

untungnya merekakan

makchaq said...

rezeki che ta nampaknya... mudah-mudahan berkekalan...

Azian Elias said...

semoga depa berbahagia hingga hujung nyawa..

Nastyna said...

vah vah vah... gempak giler majlis nyer nnt, mmg tak terbuat dek kita2 ni, berpeti2 lagi hantarannya. Semoga bahagia la hendaknya. I tak la minat sangat2 pun Che Ta ni tapi suka tengok dia lawa...

LYAfrina said...

X sbr gk nk tgk wedding diaorg. Mesti grand punye

Raudzah Z said...

Grand gitu majlis che ta..semoga berkekalan ke akhir hayat...

lelamaisara said...

Wah...besar besaran sungguh belanje nye....huhuuu...ape pon tahniah la ye

Index Apk said...

wah, serasi tu..ahayy

suri said...

moga cepat kawin dan bahagia selalu.

jalan pagi isi tabong

RedRose said...

wedding of da year indeed! sape2 yang nk cari idea for an exclusive kinda of wedding event...harusss tengok! huhuhu

baby comel said...

Bila dgr dan baca apa yg ditulis, serius kak... aima takut nk kawin. Ni majlis kahwin ke apa ye?? Amount dia rasanya boleh cover subsidi utk negara kita kot.

wantie said...

curlass gitu majlisnya. moga dorang bahagia hingga ke jannah

hainom OKje said...

Moga mereka berbahagia hingga ke akhir hayatkan KA.....

Mummydearie said...

Aduhai, sayangnya duit. Tapi takpalah mereka pun berduit. Majlis pun majlis mereka.

ALoNa CintamaniszLite said...

bila popular...orang akan perbesarkan apa saja citer mereka..

Alhmdulillah, wlpn perkahwinan sy cuma kosnya mgkn 0.1% saja dari kos keseluruhan perkahwinan che ta ni....sy tetap bersyukur kerana kehidupan sy.

intanfirdaus247 said...

hari ini dengar ada ustazah tegur kos perbelanjaan diaorang

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

untung che ta.. semuanya ditaja.. :D

Riedaffya ibrahim said...

harap berkekalan la ye...

mama aryan said...

gempak giler nih...moga berkekalan hingga ke syurga

Deqla Manjew said...

peminat che ta rupanya adik ni..errr.. kalo deqla x minat la dia.. seksi sgt.. baju x penahnya x ketat..hihi.. jgn mrh yer adik.. ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...