Tabung Masa Depan ...

Friday, November 22, 2013

REPUBLISH N3 - Kisah Jalan Raya Misteri

ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 20/4/2012

 Salam Jumaat semua!
 Ini satu lagi cerita yang berlaku pada hari Jumaat juga................

Cerita ni benar-benar terjadi. Dan kami sekeluarga  telah mengalaminya sendiri.
  Ianya terjadi hampir 2 tahun yang lalu.  Waktu itu kami sekeluarga dalam perjalanan 
untuk percutian beberapa hari ke Port Dickson sempena cuti sekolah.  
Mulanya kami bercadang menggunakan PLUS Highway tapi entah kenapa tergerak
 pulak hati nak cuba guna Highway LEKAS.  Saja2 nak cuba jalan baru cadangnya.

Perjalanan pada mulanya berkeadaan biasa saje.  Cuacapun cantik dan amat baik.
 Tetapi entah bagaimana, tiba-tiba bila sampai saja di satu kawasan, kereta kami seperti
memasuki satu kawasan lain yang amat gelap, kelam, hitam pekat dengan hujan lebat
 yang turun secara tiba2 dan percayalah waktu itu kami langsung tidak nampak apa-apa.
Kami juga tidak tahu sama ada terdapat apa2 kenderaan di hadapan, belakang mahupun
 bersebelahan kami. Suami terus menyalakan lampu kereta dan kami waktu itu hanya
mampu berserah saja.  Saya terkumat-kamit membaca ayat2 suci Al-Quran dan
 mujurlah dalam kereta ada saya bawa Surah Yassin.  Kata suami pada waktu itu,
beliau sendiri pun rasa blank dan cuma boleh ingat Allah & mengucap banyak2 kali.
Anak2 dah mula risau tapi tidak saya pedulikan,
dan saya teruskan membaca ayat2 suci Al-Quran.  Mujurlah beberapa ketika keadaan
kembali reda dan tiba2 kami keluar dari kegelapan tersebut dan berada di jalanraya
 yang terang bercahaya.  Peristiwa yang tersebut benar2 aneh buat kami.
 Bagaimanapun, kami bersyukur kerana bernasib baik dan tidak ada perkara2 buruk
 yang terjadi kepada kami sekeluarga.  Kalau tidak, entahlah!

Kata orang, mungkin ketika kami lalu, ada "benda" lain yang juga sedang lalu
 atau sedang "kencing" ataupun kawasan itu sememangnya benar2 keras.
 Baru2 ini sewaktu satu majlis kenduri, ada seorang saudara saya yang menceritakan
 pengalaman abangnya sendiri, yang lebih kurang sama dengan apa yang kami alami tetapi,
 beliau telah mengalami kecelakaan akibat peristiwa itu. Tempatnya juga sama di Highway
 LEKAS. Lokasi yang tepat, saya sendiri tak berapa ingat!  Mungkin cerita begini berlaku
 di mana-mana jalan pun bukan di sini saja. Jadi kita mesti sentiasa berhati2 dan bersedia
 andai berlaku perkara2 seperti ini!
(ehsan google)
Sehingga ke hari ini, kami masih tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku dan
ianya masih terus menjadi misteri yang tidak dapat dirungkaikan hingga kini. Jadi dimana jua
kita berada, berhati2 semasa pemanduan ye!.
Wallahua'lam.............

31 comments:

Maria Firdz said...

misteri...


p/s: terima kasih join segmen sy:
http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen-pencarian.html

LydSunshine said...

seram jugak ni ka. kalau sorang je yg nampak mungkin boleh kata itu hanya mainan perasaan dia kan. tapi kalo satu keluarga alaminya... ermm.... hanya Allah je yang tahu apa bendanya tu.

Nurzakiah Hanum said...

seram nie

aTieYusof Family said...

Ya Allah! seram nya KA.. baca ni pun dah seram.. mgkn jalan tu mmg 'berpenghuni' kot.. syukur Allah msh memelihara...

QasehnyaRania said...

betul tu.
seriau sy baca.
sama la dgn saya sentiasa ada surah yassin dan cd ayat quran dalam kereta

asyifa mustaffa said...

Bende ni..ada dimna mna je kut kan KA, kita je la yg x nmpk sbnrnya...itu lah...yg terbaiknya...ayat2 suci Alquran....moga dijauhkan segala bencana kan....

::NureeN:: said...

x pernah lalu lagi hway lekas ni..
YA ALLAH, takut dgr.. moga kita d jauhi dr malapetaka yg x d ingini...
sentiasa bawak yassin yg terbaik...

Nursaila Norman said...

kebiasaannya hiway baru2 masih 'keras' lagi kan..huhu..mcm hiway LATA ramai yg ckp jmp mcm2..hiway bru,sunyi pulak..kalau lalu KARAK pun kena celik mata besar2,zikir lah apa yg patut..takut benda2 tu alihkan pandangan kita..

syukur KA sekeluarga selamat..

Kakizan Omar said...

Erk... takut tu... tak tahu laah kalau kena camtu.. :)

Nour Adieb said...

erk, seram. kwn sy pernah kna camni

Queen Teratai said...

macam2 misteri skrg ni kan... ;)

paridah said...

MUJUR XPANIK HDPI SITUASI SERAM BGTU...MUNGKIN KA/SUAMI ALLAH PILIH DPT MLHAT KEANEHAN ALAM MISTIK.

Mummydearie said...

Seram pula membacanya, KA. Tak pasti ya kat mana lokasi sebenarnya? Ini yang buat saya cuak ni.

encikarman said...

takut takut...

Nurfaezah Abdullah said...

ne yg takut ne nak drive sorang2 at night

wantie said...

seram la pulak KA oi...

pernah sekali drive balik dari Terengganu ke Penang, masa nak terlelap tu, tetiba rasa mcm terpandang makhluk seram depan mata.

berderau darah.. sib baik tengah drive.

Aku Penghibur said...

biasalah tu, kadang2 ada yang menganggu..

MAZLIZA ABD RAZAK said...

takut kan kalau jadi macam ni

Ira said...

Seramnya KA..
Mujur tak jadi apa2.

ummuaidan said...

seram jugak..
bila ditimpa kejadian cam tuh byk2 lah ingatkan Allah..

Deqla Manjew said...

bahayanya... risau kalo terlanggar kereta kat dpn jer kan.. alhamdulillah..akk sekeluarga selmt.. lps ni sma2 beringat masok kenderaan baca doa dulu.. peringatan utk deqla jugak ni..

lizz said...

seram saya KA...tetiba rasa seriau ni...nasib takder apa2 yang berlaku...Syukur...

Rai Ourkizuna said...

semoga kita dilindungi.. amin..

mysha said...

Horror nyer kak..!!huhuhu takot lak sha..

encikarman said...

makan budak.... heee heeee

J.Syazwana said...

pernah lalu sekali masa nak pergi wedding kat seremban. alhamdulillah takde pape jadi. huuu. takot jugak.

BUNDA said...

serammm, tak pernah lalu sini...

Ena's Stories said...

Menakutkan...alhamdulillah masa tu Allah masih pelihara perjalanan KA sekeluarga

izan mama mia said...

seram lak baca mujur dah siang...mmg kat mana mana pon kena beringat

Mimi Azirah said...

highway lekas memg keras sket tpt die...

Asyiq La Vivez said...

selalu lalu dekat hiway tu utk blk cheras..alhamdulillah x pernah jd apa2 walaupun waktu mlm. tp lepas baca ni jadi takut pulak dah nk lalu situ lps nie...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...