Tabung Masa Depan ...

Saturday, November 09, 2013

REPUBLISH N3 - Kisah Lucu Penampal Luka

ENTRY DIPUBLISH PADA 13/4/2012

Ingat lagi tak satu cerita lucu ni waktu zaman2 sekolah dulu. Ada seorang budak lelaki.  
Dia selalu memerhatikan emaknya kerap membeli sesuatu barang kedai.  Apabila sampai
 di rumah emaknya akan terus menyimpan barang tersebut di dalam almari.  Sebenarnya 
barangan tersebut adalah "Tuala Wanita" tetapi budak lelaki itu tidak mengetahuinya.  
Oleh kerana keinginan ingin tahu, beliau terus bertanyakan kepada emaknya .

Anak :  Mak, apa yang selalu mak beli tu ?
Mak  :  Oh ! (Sambil berfikir-fikir cara nak menerangkan..)  Ini untuk penampal luka.
Anak :  Penampal luka, habis kenapa mak selalu simpan dalam almari mak?
Mak  :  Yelah, senanglah kalau nanti ada sesiapa luka boleh ambil kat situ. 
Tak lah susah tercari-cari nanti!
Anak :  Oh macam tu..........................

Budak itu seorang yang aktif bersukan dan selalu bermain bersama2 kawan2 di padang
berhampiran rumah.  Satu hari beliau telah terjatuh dan terluka di dahi.  Apalagi beliau terus
berlari ke rumah dan bergegas mencari penampal luka milik ibunya di dalam almari. Dengan
dahi yang bertampal dengan "tuala wanita" itu beliau keluar dari bilik dan terserempak dengan
 emak dan ayah beliau. Apalagi terkejut beruklah mereka berdua melihat ada "tuala wanita"
terlekat di dahi beliau.

Ayah :  Apa yang kamu tampal kat dahi tu ?
Anak :  Penampal lukalah Ayah. Mak punya !  Dahi Amir luka berdarah terjatuh
waktu main tadi!
Ayah :  Siapa kata ini penampal luka!
Anak :  Emaklah !
Emak & Ayah :  (Ketawa)

( DARI GOOGLE )
 So, moral of the story, berterus-teranglah dengan anak2 dan terangkan dengan cara 
yang mereka boleh  faham daripada mengambil jalan mudah. Anak2 sekarang
 sebenarnya lebih "advance" daripada kita.  Apapun..  Cheers!!!

HAPPY WEEKEND YER !

14 comments:

TiranaAduka said...

salam sis
Lawatan tirana aduka
Pekabar sis?

suka suka said...

Cite lawak ye KA... konflik budak tu..

paridah said...

soalan anak2 sekarang menyusahkan ibu/bapa memikir jawapannya...silap jawab mcm2 hal yg xdiduga kan terjadi...tergelak besar sat.

Raudzah Z said...

Ha..ha. jokes of the day KA..happy weekend k..

Nurfaezah Abdullah said...

hahaha toink!

Herma Julianny said...

hehehe...
lawak la.. mak nya pun satu, tak berterus-terang.. :p

wantie said...

tu la kan.. dodulu org akan ingat taboo kalau cerita menda menda gini kat anak anak.

T cuba explain yg betul utk naiim.tak de sebut datang bulan. terus sebut haid. bila di sekolah dorang belajar dorang akan tahu apa yg ibu maksudkan kan..

LydSunshine said...

hahaha... tepek tuala wanita terus kat luka.

Pha Is said...

tak bleh nk bayangkan.. hahaha

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

lucu pula aiza membaca kisah ini KA.. hehe..

BM said...

Haha...tetengah malam ni tersengeh sorang2... :D

Acik Erna said...

sakit perut acik gelak..

Mimi Azirah said...

adoiiii...tergelak sy bace entry nih

Mummydearie said...

Aduhai, malulah mak kalau anak keluar berlari-lari dengan 'penampal luka' siap ber'wing' bagai :D

Anak-anak sekarang tak boleh ambil mudah penjelasan yang kita beri. Kena make sure mereka faham betul-betul :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...