Tabung Masa Depan ...

Friday, November 29, 2013

REPUBLISH N3 - Kisah Seram Lembaga & Puyu

N3 PERNAH DIPUBLISH PADA 6/4/2012

Cerita ni diceritakan oleh arwah abah saya waktu saya kecil-kecil dulu. Dulu-dulukan kampung-kampung masih lagi hutan belantara dan jarak antara satu rumah ke rumah yang lain agak jauh.  Ceritanya macam ini.  Ada sepasang suami isteri yang tinggal jauh dari rumah orang-orang kampung yang lain.  Si suami hanya bekerja kampung, manakala isteri surirumah sepenuh masa.  Nak dikatakan rezeki si isteripun hamil.  Oleh kerana suami selalu tiada di rumah dan mengenangkan keadaan isterinya yang berbadan dua dia meletakkan beberapa ekor ikan puyu dalam botol dan diletakkan di dalam rumah. Kata orang tua-tua elok membela ikan ini untuk menyelakkan gangguan selain kita berserah dan memohon perlindungan daripada Allah swt. Ikan puyu dikatakan boleh menghalang gangguan makhluk halus dan mematikan sihir. 

( Pinjam Dari Google )
Dari bulan ke bulan kandungan si isteri pun mencapai 9 bulan 10 hari.  Satu malam tiba-tiba isteri mengadu sakit perut dan memberitahu suami bahawa sudah sampai masa untuk dia melahirkan.  Suamipun terus bergegas dan mencapai lampu suluh untuk memanggil bidan.  Sebelum pergi, dia berpesan kepada isteri agar sentiasa membaca surah2 lazim dan meletakkan Al-Quran dan ikan puyu yang diletakan didalam botol di sisi isterinya.

Tak lama kemudian, isteri yang kesakitan terdengar ketukan pintu tanpa salam.  Siapa tu? Tanya beliau.  Aku ni Mak Bidan.  Masuklah saya kat dalam bilik ini, jawab beliau.  Tiba-tiba si isteri terasa seperti ada hembusan angin yang menerpa masuk dan alangkah terkejutnyer beliau apabila melihat dihadapannya suatu lembaga menyeringai ke arah beliau. Lembaga itu seperti perempuan tua yang memakai baju kotor serba putih dengan rambut panjang mengerbang dan berkuku tajam. Segera dicapainyer Al-Quran yang memang ada disisinya dan memeluknya erat2.  Apabila lembaga tersebut cuba untuk menyentuh badannya dia menepis dengan menggunakan Al-Quran tersebut.  Peluh menitik-nitik di badan beliau.  Lembaga itu tidak berputus asa dan terus mencuba lagi sambil mengilai-ngilai.. Tiba-tiba  salah seekor ikan puyu yang ada dalam botol disisi beliau melompat kuat dan masuk ke dalam mulut lembaga tersebut.  Lembaga itu menjerit nyaring dan terus terbang keluar bak ribut dari bilik tersebut. Si isteri terus memeluk kitab Al-Quran dengan lebih kuat sambil menahan kesakitan dan dalam keadaan ketakutan yang teramat sangat.

Seketika kemudian,  si suami pun tiba bersama Mak Bidan.  Mak Bidan yang terkejut meihat keadaan isteri beliau terus memberikan sedikit air penawar untuk memulihkan semangatnya.  Isteri kamu ni kena gangguan, kata bidan tersebut. Alhamdulillah, tak lama kemudian, si isteri selamat melahirkan anak.  Beliau terus menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya tadi kepada suami dan Mak Bidan.
 
Tak taulah kebenaran cerita ini. Tapi ia disampaikan dari mulut kemulut.  Apapun, memang saya ada dengar tentang nasihat orang tua-tua agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan seperti ini ataupun sihir-sihir.  Wallahua’lam.

( Maaf hari ni terlebih busy sikit, kalau x dpt jenguk harap maaf yer !

30 comments:

Knor said...

ada juga dgr pasal bela puyu ni..kononnya..

jgn sesekali percaya..di takuti syirik

Rasp said...

wallahualam...i xtau pun kisah pasal puyu ni...
1st time dengar citer ni sis...
tapi kan....
bila membaca nya rasa cam best lak...
rasa cam i ni kanak2 kecil yg sedang baca buku citer....
hehehehehe...

paridah said...

ikan puyu ni siripnya tajam n benda2 halus ni mmg takutkan benda2 yg tajam kara org2 tua dulu...tp tiada yg dulu tentu tiada yg sekarang ini kan...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

pernah juga mendengar mengeani ikan puyu mengelak gangguan.. cerita ini pertama kali aiza mendengarnya.. hanya kepada Allah juga kita berserah..

LydSunshine said...

ye ke cerita ni. hehehe... pandai plak ikan puyu tu melompat masuk dlm mulut lembaga tu.

Nadratul Syazwana said...

First time dengar pasal cerita ni. Ikan puyu.

Montana said...

salam singgah

Pokok Manggis Depan Rumah said...

macam ini punboleh jadi yea. Semoga dilindungi Allah.

Nastyna said...

cerita orang2 lama, memang seram dan pelik2. Kat sini mana la kami nak dapat ikan puyunyer tu, bela ikan salmon jer la kot hehee.

Fiza Rahman said...

Seram lah pulok. Saya pon pernah dgr juga kak. Elok bela ikan puyu nih.

Puan Kutu said...

baru juga tahu yang bela ikan puyu boleh mengelakkan sihir.baru ni baca kt blog sesorg yg bela ikan puyu ni boleh beri signal klu pencuri nak masuk rumah..

tak sgka ikan puyu ni hebat juga ye.hehe

Noor said...

ooo..1st time dengar pasal ikan puyu nih..tp yg biasa dengar org dulu2 selalu letak benda2 tjam kat bwh bantal..mcm paku ke..jarum ke..huhu..kesahihannya xdapat dpastikan..

Pha Is said...

datang membalas isi tabung sini..

adyna said...

Ingat lagi ms keje kt kem plkn time ngandung adib ikan puyu membe melompat seram sangat

asyifa mustaffa said...

Cite puyu ni....yelah..dulu pun ada gak orng kata bole elak segala gangguan...btul...x leh pecaya lebih2....jatuh syirik pula nnti kan KA...

ANIM said...

dengar juga fasal puyu ni tapi tak taule kebenarannya

Acik Erna said...

arwah bapak acik pun pesan macam tu..bela ikan puyu..ikan tak tidur katanya..iakn puyu hidup lama

sal ya said...

ada jgk dgr psl bela puyu. tp katanya kalau ia melompat2.

Aisy Nasiha said...

Kisah yang menarik.. kali pertama saya dgr kisah ni.. apa pun bagusnya si isteri tu tak lupa nak pegang Al Quran di saat dia diganggu tu.

Ira said...

Seram je citer KA ni. Tp seronok, suka bc citer seram ni.

Azian Elias said...

tak tau nak kata apa.. tp mmg org dulu2 rajin bela ni..

MulutPayau said...

Mmng ada jugak dgr pasal ikan puyu ni...

Pha Is said...

kata orang, makhluk halus ni takut kat ikan puyu. pertamanya sebab ikan puku ni berduri sikit. keduanya, khabarnya makhluk halus x kacau orang yg dalam rumahnya ada makhluk yg tak tdor (ikan kan tak tdo..)

Karimun Wagon R Semarang said...

ngeri juga dengar ceritanya bikin merinding

Mummydearie said...

Oh, ya ke? Tak tahu pun pasal ikan puyu ni boleh mengelakkan dari kena gangguan.

mama aryan said...

pernah dengar juga bela ikan puyu,klu org nak sihir mmg tak menjadi,sejauh mana kebenarannya tu mmg saya pun taktau la

ALoNa CintamaniszLite said...

KA..
setiap makhluk Allah..mmg diberi keistimewaan masing2.
Mcm ikan puyu..apa istimewanya selain sedap dibuat ikan pekasam, hehe.
Mcm pokok raja kayu...apa istimewanya pokok tu bila kita simpan walau secebis cuma dari keratannya...

Deqla Manjew said...

1st time tau nih kak.. ikan puyu dibela utk tujuan tu..

BM said...

Kat kampung memang bela ikan puyu ni...bukan apa, senang bela berbanding ikan lain. Xcerewet pasal penjagaan air, makan dan tahan lasak.

wantie said...

tu la.. dari kecik pun dah tau bela puyu ni. Tapi kalau T bela puyu kat umah ni asyik kojol je..

mau tak kojol, asyik membelek je si naiim tu. hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...