Tabung Masa Depan ...

Thursday, November 14, 2013

REPUBLISH N3 - Kisah Seram Wanita Misteri

ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 13/4/2012

Cerita ni diceritakan oleh salah seorang makcik saya.  Beliau telah membeli sebuah rumah 
baru betul2 di pinggir kota.  Tujuannya agar senang dan memudahkan kerana lokasinya 
 berdekatan dengan tempat beliau dan suami bekerja.  Mula2 bila duduk di situ, beliau agak 
perasan juga yang kadang2 macam ada kedengaran suara orang memanggil di luar dan 
terkadang-kadang beliau perasan ada orang yang berada atau berdiri di luar tingkap dapur 
waktu dia sibuk2 memasak terutama pada waktu2 malam. Tapi dia buat tak tahu ajelah sebab 
waktu itu suami dan anak2 ada di rumah bersama.

Hinggalah pada satu malam, anak2 beliau turut sama mengikut suaminya ke kedai untuk
membeli sedikit barangan sementara dia tinggal seorang di rumah menyiapkan makan
 malam. Kebetulan pula waktu itu hujan mulai turun. Beliau bergegas untuk menutup tingkap
dapur yang sengaja dibuka agar lebih selesa waktu memasak.  Alangkah terkejutnya beliau,
apabila melihat seakan-akan ada orang yang berdiri betul2 di sebalik langsir tingkap.  Perlahan-
lahan beliau cuba menyelakkan langsir tingkap tersebut untuk memastikan memang benar2 ada
orang yang berdiri di situ atau mungkin perasaan beliau sahaja.  Ya, Allah! Bila langsir terselak
 apa yang berdiri di hadapan beliau adalah satu lembaga perempuan berambut putih panjang,
 bermata merah dan berwajah hodoh tepat memandang ke arah beliau. Selepas itu makcik
saya tidak ingat apa-apa lagi. Beliau terus terjelepuk pengsan!

Bila sedar, beliau sudahpun berada di dalam bilik dan dikelilingi oleh suami dan anak2.
Menurut cerita suami beliau, mereka menjumpainya pengsan di dapur betul2 di hadapan
tingkap.  Makcik saya terus menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Suami beliau
kurang mempercayainya pada mulanya, tetapi apabila makcik saya demam panas
berpanjangan walaupun telah berjumpa doktor, suami beliau pun mula beralah. Atas nasihat
 kawan2 dan saudara-mara, mereka telah memanggil seorang Ustaz untuk melihat keadaan
 dan kawasan persekitaran rumah.
(Fr. Google - percaya tak waktu nak upload gambar ni tetiba xleh nampak gambar dia.. scary nyer)
Menurut orang2 yang lama tinggal disitu, tapak rumah makcik saya dulu merupakan
 tapak perkuburan orang-orang cina dan telah dipindahkan agak jauh kedalam untuk
 projek perumahan baru. Walau bagaimanapun, mereka percaya ia masih menjadi lagi laluan
 utama bagi 'makhluk'2  itu.  Dengan izin Allah s.w.t dan usaha dari Ustaz tersebut berjaya mengalihkan laluan "Makhluk" yang tersebut ke arah laluan yang lain dan tidak mengganggu kawasan perumahan tersebut. Alhamdullillah, selepas itu tidak ada lagi perkara2 yang aneh
terjadi dan makcik sayapun telah mengadakan majlis bacaan yassin sebagai tanda bersyukur
 kerana dijauhkan dari perkara2 yang lebih buruk. Sekarang, mereka sekeluarga pun telah
berpindah ke rumah yang lain dan cerita rumah lama itu senyap begitu saja.
Wallahua'lam.

Lepas baca cerita ni, jangan takut pulak nak gi toilet malam ni ye !
He He He He He Heeeeeeeeeeeeee

( N3 AUTO PUBLISH )

32 comments:

eB said...

selalu merasainya. tapi masih takut. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

❤Kamsiah❤ said...

kalau saya,dah tak berani nak terus menetap kat situ..

aTieYusof Family said...

Seramnya...klu sy mau tak pengsan..dah lah masa tu duk sorang2..huhu

asyifa mustaffa said...

Sinki bedepan dgn tingkap dapur...kdang bila bsuh pnggn memlm....mata sy ni..liar juga pandang keluar....seram plak bcanya....huhuhu...

Montana said...

seramnya..

LydSunshine said...

selalu je suami tak percaya benda2 mcm ni kan? Seramnya kalo nampak sendiri. Siap nampak mata merah huhu...

m.u.l.a.n said...

tak nak baca, seraaammmm..

Ann Ishak said...

alahaiiiii KA, mesti teringat2 cerita ni malam nanti + malam tadi saya pegi tengok cerita Highland Tower dekat wayang

Kakizan Omar said...

erk.. pengsan tak bangun dah..

Mak Wardah said...

KA, kalau sayapun pengsan...Ngeri...

Nafisa81 said...

naik bulu roma...

ummuaidan said...

eee..seram jgk KA..kalau sy dah pindah daa...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

seramnya baca kisah ni KA.. syukur makcik KA tak apa-apa.. mereka memang wujud di sekeliling kita..

wantie said...

klau jadi kat t pun leh pengsan. mana taknya kan. eee seram

Deqla Manjew said...

seram la kak... naseb baik baca siang hari.. huhu... tp kalo mlm2 mmg xkan baca punyalah..baca tajuk pun dah seram..

hazwan hairy said...

tetiber meremang2 plak..hehe

Queen Teratai said...

maaf KA mmg x baca pun.. hehehe sbb sya ni penakut.. kihkihkih

Tihara said...

syukrlah saya baca waktu siang..
benda2 macam ni memang ada cuma sesetengah orang dia tak percaya..
pengalaman saya sendiri, saya pernah dengar suaranya je tapi tak nampak makhluknya cuma kerusi berpusing sendiri semasa di opis lama dulu..jadi saya memang boleh terima cerita2 macam ni memang wujud..cuma kena ingat Allah selalu kan KA..

Mummydearie said...

KA, seram sejuk saya membacanya. Saya ni suka horror-horror cam ni tapi baca ajelah bukannya mengalaminya. Kalau terjadi pada saya, memang terpengsan ajelah KA.

Haryati Faizal said...

hihihi...takutnya...klu dok umah kampung cam takut sket tak tau pasal pe...

Rai Ourkizuna said...

haishh.. nasib baik bilik air bukan kat luar rumah macam zaman dulu..hahaha..

LYAfrina said...

scary,,

itulah.kt berkongsi alam n kehidupan dgn makhluk ghaib.. smoga kt smua dijauhi drp pkara2 camni.. sbnarnya lya sdri pon pnh mgalami pkara2 mistik camni

suri said...

apa kata mereka nak sertai hidup bumi ini.wahualam semua kejadian Allah tahukan..

dah klik tabong 3x hee..

pasni ada cerita apa pula aha...

paridah said...

seram mmg seram...membaca suka tp mnonton filem seram xgemar...

Anonymous said...

salam
pasal hantu setan ni kan.. mmg tanah kita penuh ya.

ingat lagi masa kecil darjah satu bila pidah rumah baru. Bayangkan kawasan perumahan dikawasan masuk adalah jirat lama. ni yang kaya punya. so org tua tanam pokok keliling.

tapi maghrib depan rumah bau wangi... org datang pon perasan.
kalau celupar mulut tu tegor lepas tu bau busuk.
Any way malam malam kedengaran sayup sayup bunyi orang main kompang sampai tengah mlm. ingatkan org kampung di hujung ada dalam 1/2km main kompang.
pastu org tua tidur nampak ada org jengah kat grill pintu, masa dulu electric tak masuk lagi, so tidur lambak buka pintu papan kunci pintu grill.

tiap tiap mlm mmg kedengaran orang main kompang. Hinggala ada saudara yg tinggal dgn kami jatu sakit kena busung. masa dia sakit tu yg dia nampak org bunian dok buat majlis kat kawasan taman depan rumah.then perkakas semua emas. offer lagi kalau nak pinjam boleh tapi kena pulang, lepas tu dia berubat.
baik, lepas tu bunyi kompang masih kedengaran. org ubat tu cakap kawasan rumah memang kawasan mereka. kompang tu mereka buat kenduri kahwin.
Kdia ada batu hitam makin hari makin berkilat sejak mula pindah lagi. rupanya ada yg menunggu. bilah di tuil utk buang keluar yng buat tu mlm mimpi ular dtg kepada dia di satu pondok usang dengan nenek tua yg mukanya sangat hodoh.. hampir beberapa malam mereka kena.
so kena pergi berubat.

tu aja la..
mlm mcam org tua tua kata jgn merayau... keluar bila mlm geng tu yg punya siang pula..

wasalm

Kaseh Wee said...

rumah bonda saya kat kg , bila mlm kosong . anak buah saya mmg x berani nak tido situ sbb dah nampak mcm2 . alhamdulillah , bila saya balik kg dan berdua jer dgn bonda , kami x diganggu pula ... alhamdulillah .

kasihredha said...

Aduhaiiiii...Baca malam pulak ni...huhu

Pokok Manggis Depan Rumah said...

seram juga macam ni.

attyfir said...

kalo jdk kat kita, kita pun takut
walaupun kita peminat citer seram dan boleh layan citer hantu sorg2..tp kalo jumpa real..takuttt oo.

Fiza Rahman said...

Scarynya kak. Teringat kisah sliding door umah saya kena gegar & anak nampak hantu.

Mimi Azirah said...

alamak sy lak yg seram...kalo sy la tak berani nak selak kain langsir tuh

hainom OKje said...

Takutlah pulak nak duk dapur masak KA...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...