Tabung Masa Depan ...

Sunday, November 24, 2013

REPUBLISH N3 - NUKILANKU - Bertemu Kawan Lama

ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 15/5/2012

Bertemu kawan lama
Ada saja yang nak dicerita
Sudah berpunya atau masih sendiri
Terkadang ada yang tersipu lari
Kenapa ?

Bertemu kawan lama
Ada saja cerita lalu
Di ulang-ulang tanpa noktah
Tanda rindu yang tak sudah
Benarkah ?

Bertemu kawan lama
Kupeluk dia erat ke dada
Mungkin masa terlalu cemburu
Sekejap waktu terpaksa berlalu
Rindu ?

Sesungguhnya
Sehabis melepas pelukan itu
Ada air jernih yang hampir menitis
Di hujung mataku
Mungkin kiranya ada waktu
Untuk kita berkesempatan bertemu
Dan berlagu semula cerita dulu
Akan ku tunggu saat-saat itu!

Sejujurnya aku rindukan
Segala saat-saat indah
Di zaman persekolahan
Yang pernah kita sama-sama redah
Wahai kawan-kawan lama!



BY:  KESUMA ANGSANA

14 comments:

NinaAz said...

lama tak singgah sini. agak ketinggalan dah nina ni. hehe

Tihara said...

saya biasa bertemu kawan lama secara spontan..insha Allah teringin nk join reunion one day :)

Qashmere said...

sangat puitis lah KA...hehehe

adyna said...

Tu la saya pun dah lama tak jumpa kwn lama ;)

Nastyna said...

sweet... memang kalau jumpa kawan lama segala citer kalau boleh nak diulang tayang, mengimbau suka duka.

Yumida Huda said...

sama la kak
rindu nak jumpe kwn2 lama

eita said...

best dapat jupe kawan lama kan...
mesti panjang sembang nyer

Kakizan Omar said...

Bertemu kawan lama?.. fuuhh lama sungguh tak berjumpa...:D

LydSunshine said...

bahagianya mengimbau kenangan lama bersama kawan lama.

Rai Ourkizuna said...

betul KA.. kalau jumpa kawan lama memang boleh borak berjam jam.. banyak yg nak dikongsi dan diupdate.. hehehe.

Cikda said...

kawan lama cerita lama memori lama.. memamg indah dijadikan bahan cerita.

kadang tukan, cerita seram, takut, geram benci tu semua jadi bertukar jadi bahan lawak bila kita bertemu dengan kawan lama.. kan...??

asal jangan bukak cerita lama sudah.. luka lama berdarah kembali.. ecewahh..

Haryati Faizal said...

betul tu seronok sgt klu dapat jumpa kwn lama... sehari semalam pun belum tentu abis cerita kan

mama aryan said...

memang seronok kalu dapat jumpa kawan lama kan...tak cukup mulut nak bercakap

Deqla Manjew said...

hrp 1 hari deqla dpt bertemu ngan sorg kwn lama ni.. mmg dah lama cari dia... hmmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...