Tabung Masa Depan ...

Friday, December 06, 2013

Update Kisah Misteri Di Resort PD

SEBAHAGIAN CERITA PERNAH DI PUBLISH PADA 1/5/2012

Kisah ini berlaku dalam 2 -3 tahun yang lepas.  Semasa satu percutian keluarga di Port Dickson. Tak perlulah nak sebut tempatnyer.  Tapi tempat penginapan ini, betul2 popular di Port Dickson tu. Sebenarnya itu bukanlah kami pertama kami menginap di sana. Tak pernah pula ada perkara2 aneh yang berlaku. Mungkin sebelum ni ada, tapi tak sedar kot. Biasalah, bila seharian tu dah penat sangat, malam mestilah akan tidur macam naga, tak sedar apa-apa dah. Kali ini kami menginap di sana selama 3 hari sebenarnya.

( Salah satu tempat penginapan yang pernah cuba di PD)
Pada malam yang pertama tidak ada apa2 yang pelik berlaku cuma bila tengah malam saja, seperti ada bunyi orang cuba menolak2 pintu tapi bila ditanya pada suami, katanya mungkin tolakan angin saja!. Hinggalah pada malam terakhir kami menginap di sana.  Waktu itu jam hampir2 pukul 2 pagi, saya tiba2 terdengar seakan2 bunyi pintu bilik dibuka. Mulanya ingatkan tolakan angin. Akan tetapi dari cara pintu dibuka dengan tombol dipulas secara perlahan-lahan, tidak memungkinkan angin yang menolaknya.  Dari bawah selimut saya perhatikan dengan teliti.  Memang betul!.  Pintu bilik saya dibuka seperti ada orang yang ingin masuk, tetapi yang anehnya tidak ada sesiapapun yang masuk ke bilik. Dan yang lebih aneh lagi, pintu bilik telahpun dikunci sebelum kami semua masuk tidur tadi. Ini saya amat pasti!. Selepas terbuka dalam tempoh yang agak lama juga, pintu bilik tiba2 tertutup dengan sendirinya. Tapi memang tidak apa2 atau sesiapa yang masuk ke dalam bilik! Serta -merta bulu roma saya meremang dan cepat2 saya tarik selimut menutupi mata saya.  Suami yang tidur di sebelah, tidak sedar apa2pun. Apakah saya bermimpi?. Bila saya pusing ke kanan, rupa2 salah seorang anak saya yang tidur sebilik di katil sebelah juga melihat perkara yang sama.  Maknanya, apa yang saya lihat itu benar2 berlaku dan bukan mimpi semata2.  Cepat2 saya bukakan bacaan ayat2 suci Al-Quran dari telefon bimbit saya yang terletak di hujung katil.

Keesokan harinya, saya bertanya kepada yang lain2 samada, mereka ada masuk ke bilik saya atau tidak.  Tapi semua mengatakan mereka telah masuk tidur awal semalam kerana keletihan. Bila saya bertanya kepada anak saya, beliau terus mengatakan yang beliau juga nampak apa yang berlaku malam tadi.  Syukurlah tidak ada apa2 perkara atau kejadian buruk  yang terjadi.  Kalaulah saya atau anak saya  nampak "sesuatu" malam itu atau "sesuatu" itu menunjukkan dirinya, entah apalah yang akan terjadi.  Tengahari itu juga kami bersiap2 untuk pulang.  Dan apa yang terjadi, masih tetap jadi misteri hingga ke hari ini.

Hinggalah baru2 ni, bila berbincang tentang percutian keluarga lagi, abang ipar saya memberitahu bahawa kisah yang ini pula. Katanya , waktu kami bercuti ke sini dulu, dan ketika semua berkumpul duduk dan makan di tingkat bawah, tiba2 anak beliau yang bongsu mengatakan ingin naik ke tingkat atas.  Katanya dier ternampak kakak beliau naik ke atas dan memanggil beliau untuk naik sama.  Sedangkan ketika itu, kakak beliau ada di bawah duduk bersama2 kami semua.  Entahlah !..... Apapun, Wallahua'lam...............

( HARAP2 DI PERCUTIAN KALI NI XDELAH KISAH2 MISTERI MACAM NI LAGI ! )

29 comments:

Acik Erna said...

assalam KA..masa baca ni pun meremang bulu roma acik..

Nurzakiah Hanum said...

salam jumaat

Rai Ourkizuna said...

seram..seram.. kalau saya tobat dah peluk suami ketat ketat.. penakot.. hahaha..

Rizziela said...

kalau PD kami terkena gak .. kat Tiara Beach.. memang menakutkan

Abil Fikri Ahmad said...

Benda2 cm tu mana2 pun ada kan. Klau ke PD dok kat hotel2 baru jea..yg lama2 tu memang ada..

mama aryan said...

uit..seram nih, moga percutian KA kali ini dipermudahkan dan dilindungi Allah

Mummydearie said...

Alahai, KA... kenapa tak beritahu hotel mana. Ini bukan Thistle ke? Kami kalau ke PD selalu tidur sana setakat ni tak pernah berlaku apa-apa tapi kata kengkawan, 'kuat' juga sebenarnya Thistle ni!

Ummi Iman said...

Pernah dgr cerita seram hotel kat pd. Seram juga bila baca pengalaman KA. Mujur tak nampak sesuatu..

Zura@Iwan said...

seram gk tu...
hrp mende2 cm ni tk blaku lg la..

suri said...

ai nak kut nak pi bercuti kat sana sikap tak tidur malam siang huhu...

klik ya

inazamri said...

sy baca dgn anak2 ni...masing2 meremang bulu roma.hrp2 percutian kali ni takde la ape2 berlaku

ietams said...

uii seram juga tu

Qaseh Wee said...

selalunya benda camtu dia tak kacau org . cuma sekadar buat ' aktiviti' mrk jer . cuma pastikan kat hphone tu ada rukyah . dlm keta pun ada cd rukyah ...

Deqla Manjew said...

ish seram la.. byk jugak ye kejadian misteri berlaku kat akak sekeluarga.. mohon dijauhkan dari berlaku utk percutian akk yg setrsnya..

Amanda Suria said...

Seram plak SA baca...

::NureeN:: said...

seramnyerrr....
nk bgn tgh mlm buang air pon takot la klau g cni kan huhuu

Rasp said...

ooooo scarryyy ok...
syukur sangat ianya tak 'menjelma' kan...

Tihara said...

seramnya KA, dia nak ngusik manusia la tu..yang penting kita ingat Allah selalu

Puan Kutu said...

tinggi jugak tahap seram kisah KA bercuti ni..tempat2 percutian camni mmg biasa berlaku perkara misteri,meremang bulu roma eden.dh la sorg2 kt opis ptg2 ni.hehe

Nazayiena Ayiena said...

Seramnya KA,Nurul baca pun dah seram apatah lg KA yg mengalaminya,x tanya ke dgn staff di Resort,mesti diorg tahu...

LadyBird said...

meremang bulu roma baca.. huhuhu.. xnak lalui perkr menakutkan mcm tu.. mesti kene histeria.. huhuhuhu

Fiza Rahman said...

Adoiiii kak. Siap boleh intai lagi tu. Klo saya dah tarik selimut.

Ema Johari said...

aduh kak, seramlah pula..dahlah skrg ni duk sorang-sorang dalam bilik ni

asyifa mustaffa said...

Adoi KA...seram plk nak tido hotel...da la anak2 request tido hotel ni...sbb kami lom p becuti lg ni....seriau plk aihhh...!

Noe said...

bab ni la yg paling noe gerun...klu noe g mana2 hotel ke chalet ke...masuk jer terus pasang ayat suci Al-quran... :)

ieda immi said...

uishh kak kkekee

seramm wooo

miss u so much ..
sorry sgt2 sbb x update hhuh
tq so much sbb sudi singgah blog ieda tau .. ;)

Chic Na said...

menakutkan jugak ye.. hehe..

baby comel said...

Akak, kita bukan tak mau baca. Tapi takut nanti asyik terfikir dan teringat je, kang tak leh nak tidur malam :(

N.Aima K said...

ee beraninya KA mengintai dari bawah selimut T_________T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...