Tabung Masa Depan ...

Friday, January 24, 2014

REPUBLISH N3 - Sedekah Membawa Keberkatan !

ENTRY PERNAH DIPUBLISH PADA 18/5/2012
Waktu Adik masih di Pra Sekolah lagi....
JUMAAT !.  Satu hari yang saya pasti ramai menanti, untuk menghulurkan
sedekah.  Walau dalam erti kata sebenarnya bersedekah itu tidak mengira hari, waktu
dan masa.  Kalau di masjid2 biasanyer akan penuh lah dengan sedekah2 yang
 dihulurkan oleh orang ramai antaranya buah pisang ataupun pulut kuning
mahupun makanan2 yang lain.  Tabung masjidpun pasti penuhlah hari ini.

Amalan bersedekah itu amatlah besar fadilatnya. Antara 3 fadilat utama bersedekah
 adalah :-
1.  Murah rezeki
2.  Sebagai penolak bala; dan
3.  Panjang umur .... InsyaAllah.

Kita juga disarankan mendahulukan sedekah kepada ahli keluarga sendiri, anak isteri,
adik beradik dan kemudian barulah kepada jiran2 dan orang2 lain yang memerlukan jika
 masih ada lebihan. Sesunggguhnya, bersedekah tidak mengurangkan harta kita, malah
 ianya akan bertambah dan bertambah lagi.  

Harus juga diingatkan, apabila matinya seorang anak Adam itu, maka terputuslah
amalannya kecuali  3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak
 soleh yang mendoakan untuknya.  Begitulah besarnya fadilat sedekah itu, sehinggakan
 orang yang sudah dihukumkan masuk nerakapun, boleh menjadi ahli syurga dengan
 kurnia Allah Ta'ala, berkat amalan
 sedekahnya walaupun hanya dengan bersedekah seteguk air.

Teringat dulu2, waktu kecil2 pernah tinggal dalam suatu kawasan kediaman masjid
 berdekatani Istana Sultan Selangor di Bandar Diraja Klang. Saya, kakak dan rakan2
sentiasa menanti2kan kedatangan hari Jumaat. Satu, sebab hari itulah kami dapat makan
buah2 pisang yang sedap, dua,  sebab dapat makan pulut kuning yang dicecah
'Kari Telor Rebus' yang memang2 enak dan power!
(Budak2 lagikan masa tu!) Jadi hari Jumaat bak hari raya kecil buat kami!

Aa...Tapi yang ini "Kari Arnab' yang diberi oleh one of my bongsu daughter's friend mum.
Thanks so much Kak An.(Norehan). Rasanya memang sedap, sampai my hubby and
 my bongsu daughter bagi licin semua dan tak sempat yang lain nak merasa pun.  Panjang
 umur, murah rezeki Kak An sekeluarga atas sedekah ini! Amin.........(Dah call dia pun
 cakap tq sambil2 minta resepi! he he he)
'KARI ARNAB'
 

Esok Hari Sabtu, Hari ini  Hari Jumaat,
Hari Ahad basikalku pulak pancit,
Kalau Kak An rajin2 tu lagi nak membuat,
Jangan lupa ye, hulur2lah lagi kat sini, tak banyak sikit!
 .......... ha ha ha (apa pantun la ni!).
Cheers! dan Salam....................

( REZEKI ADIK YANG BAIK & MESRA SANGAT 
EVEN DENGAN MAK KAWAN2 DIER
SELALULAH DAPAT KA MERASA AIR TANGAN MAK KAWAN2 DIER 
HEHEHE) 

N3 AUTO PUBLISH

16 comments:

Knor said...

betul KA pesan pd suami sedekahlah atas nama kita selalu..

KA kalau knor tak tahu makan kari arnab tu, tapi kalau tahu ia arnab, mungkin tak mkn..

hajar said...

sedekah walau sekecil mana pun besar ganjarannye....
bertahun2 dah x mkn kari arnab... dulu mase kecik2 abg bela arnab & sembelih wat masak kari...

Sylarius Yusof said...

Pahala bersedekah ni, memang berpanjangan manfaatnya.

Roha said...

kari arnab rupanya..akak ingat ayam masak kuram tadi..:)
nasib baik malam tadi akak bagi sepinggan kuih pada jiran sebelah..malam jumaatkan !alhamdulilah tu kira bersedekah jugakkan KA..:)

aTieYusof Family said...

InsyaAllah bila suka bersedekah rezeki pn bertambah berkat..
ohh kari arnab? tak pernah mkn lagi ni KA..:)

aTieYusof Family said...

InsyaAllah bila suka bersedekah rezeki pn bertambah berkat..
ohh kari arnab? tak pernah mkn lagi ni KA..:)

nurbijen said...

Untung dapat makan kari Arnab... sedap sgt la tu hingga org lain tak sempat merasa :)

paridah said...

bersedekah beramal jariyah langsung xrugi laksana setangkai padi yg bakal membenihkan anak2 padi yg akan berbuah lagi...

Raudzah Z said...

Bersedekahlah setiap hari walaupun hanya dengan sebuah senyuman kan KA..happy weekend ya!!!

Maria Firdz said...

Yg ada mmg ptt dikgsi wpun.sedikit..

BUNDA a.k.a KN said...

macam sedap jer kari arnab tu...belum pernah rasa lagi daging arnab...

hainom OKje said...

Bila teringat bulu Arnab.....rasa mcm malaa nak makan arnab....tp kalau KA yg masak sure makan hehe

babYpose said...

InshaAllah, bersedekah kerana Allah swt. Daging arnab? Macam mana la rasanya...

ayut said...

Pahala memberi tu mmg akn bpjgan sbnr ye...

Mummydearie said...

Untungnya jadi Adik ni. Semua orang pun suka. Saya ni bab kari memang suka sangat KA tapi bila dengar daging arnab tu, terus terbantut keinginan nak makan :)

Deqla Manjew said...

deqla x penah mkn arnab.. arnab tu terlalu comel utk dimkn kot..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...