Tabung Masa Depan ...

Tuesday, January 21, 2014

YB KA Di Sekolah Menengah Teknik Sepang @ KV Sepang Along !

Semalam sudah selamat melepaskan Along
Belajar hidup berdikari & buat semuanya sendiri
Rasa sedih & risau tu memanglah dah naluri seorang ibu kan
Tapi demi kejayaan & masa depan
Semua perasaan kena tolak tepi
Depan anak2 kena tunjukkan semangat & sokongan
Dan sentiasa beri kata2 dorongan & motivasi
Padahal dalam hati aduhai Allah swt je lah yang tau !
KA hantar Along bertemankan Angah & En Hubby
Adik tak nak ponteng sekolah so dia x ikut sekali
Sibuk cakap Adik confirm x rindu Along nanti
Sedangkan malam semalam dah sibuk2 dah Adik
Nak jenguk & visit Along weekend nanti
Gitulah sesama adik beradik kan...
Siap Adik bagi hadiah dompet buat Along lagi.. Adik, Adik !

Mengimbas cerita sebelum Along ke sini
Along memang berminat bidang2 teknikal ni
Jadi lepas aje habis trial PMR
KA terus mohon online kat sini
Dan tak lama kemudian mungkin rezeki Along 
Terima SMS dari pihak SMT Teknik Sepang untuk ujian bertulis & Temuduga
Boleh juga disemak di sini Kvsepang.edu.my
KA kongsikan di sini apa yang Along ceritakan sepanjang ujian
Untuk makluman semua yang mungkin ada anak2 yang berminat juga nanti
Seperti taklimat awal yang diberikan oleh Pengarah Sekolah ini
Pemilihan pelajar bukan saja berdasarkan pencapaian akademik
Bahkan aktif dalam aktiviti kokurikulum & punya sahsiah diri yang baik !
Cuma KA ingatkan kalau keputusan kita terlalu cemerlang
Contohnya 7A or 8A, kemungkinan besar kita takkan dipanggil
Kerana mereka punya peluang untuk pergi ke sekolah2 lain yang terbaik
Menurut Pengarah sekolah ini sahaja
Sekolah ini menerima lebih 2500 permohonan untuk kemasukan 2014
Dan pihak sekolah hanya memanggil lebih kurang 300 pelajar
Untuk ujian kali ini
Jadi pengambilan dibuat pada pelajar2 yang mendapat keputusan 6A 
Dan kebawah atau ditengah2
Dan pengambilan pelajar nanti hanyalah seramai 180 pelajar shj
Untuk 6 kursus yang ditawarkan disini untuk tahun 2014
( SESSI TAKLIMAT SEBELUM TEMUDUGA )
Along dipanggil pada 8 JANUARI 2014..
UNTUK UJIAN BERTULIS
Merangkumi beberapa matapelajaran teras
Contoh, BM, BI, Agama Islam & Matematik
Kalau x silap dalam 30 soalan dijawab dalam masa 1 jam
UNTUK TEMUDUGA
Ianya bergantung kepada kursus yang kita ambil
Dan siapa penemuduga kita
Along berhadapan dengan 4 orang penemuduga
Sedikit gementar tapi mencuba dengan sebaiknya
Along kata antara yang ditanya adalah
Mengapa kita memilih bidang teknikal
Dan soalan2 lain yang berkaitan
Serta soalan2 berbentuk pengetahuan am
Apa yang kita tau tentang bidang yang kita pilih itu
Kemudian ada UJIAN TAMBAHAN LAIN iaitu
Mula2 Ujian membaca Al_Quran
Kemudian diminta membaca Surah Al-Fatihah & Al-Ikhlas 
Juga bacaan Doa Qunut waktu Sembahyang Subuh ! 
( TEMPAT UJIAN & TEMUDUGA )
 Jadi pada yang berminat , anak2 kenalah bersedia ya !
Menunggu keputusan itu satu penantian yang menyeksakan hehehe
But Alhamdulillah berkat doa semua
Along berjaya dalam pemilihan yang pertama itu
KA semak keputusannya di sini pada 13 JANUARI, 2014
Dan di website Kvsepang.edu.my
Dan selamat mendaftar masuk semalam 20 JANUARI, 2014
Dan hari yang sama juga
Ada temuduga untuk 2nd intake ke sini.

Kenapa SMT Sepang @ KV Sepang??
Bila Along suarakan keinginan dia untuk sekolah teknik
KA dah mula google cari2 info
Satu nak cari SMT terbaik di Malaysia 
Dua, yang agak tidak terlalu jauh dari rumah
Dan ini adalah antara hasilnya, dari lebih 90 SMT & KV seluruh Malaysia
 So, ada 3 terbaik dalam ranking 10 yang terbaik
Serta berdekatan iaitu SMT Cheras, SMT Gombak & SMT Sepang
Dan bila tanya Along dia prefer ke SMT Sepang
KA dah jalan tengok2 sekitar sekolah ini 
Waktu Along ditemuduga hari tu
Dan juga cari cerita tentang sekolah ini di laman2 web & blog sana sini
Yelah sebagai persiapan kalau2 Along dapat belajar kat sini

Oh ya, SMT Sepang ini telah dinaik taraf ke Kolej Vokasional Sepang
Bermula pada tahun 2014 ni
 (FOTO KREDIT LAMAN WEB KV SEPANG )
 Jadi Along merupakan batch pertama pembelajaran menggunakan
Sistem pengajian 8 semester
Menurut Pengarah Sekolah ini
SMT Sepang menduduki ranking ke 5 terbaik
Antara sekolah2 teknik & Kolej Vokasional di Malaysia
Dan sebab itulah pemilihan kemasukan pelajarnya agak ketat
Bagi memastikan kecemerlangan sekolah berterusan

Dah selamat pun Along mendaftar semalam
 
Pelajar2 di sini memakai uniform korporat KV
Yang berwarna oren/biru serta berseluar & berkasut hitam
Selain baju2 khas untuk bengkel, sukan & asrama yang perlu disediakan
Cuma pada hari Jumaat saja berbaju melayu putih
Tetapi bersamping tenun khas KV Sepang ini
Kos kemasukan asrama/pembelian anggaran RM 500 ke RM 1000
Bergantung pada apa yang kita beli & jumlah pendapatan ibu bapa
Ini tak termasuk peralatan & keperluan lain yang perlu kita beli di luar sendiri
Untuk kegunaan dan kemasukan ke asrama nanti 
(Anyway, tq to my sister & my two brothers yang sudi jadi penaja,
sedikit sebanyak lega jugalah !) 

Apapun pada anak2 & semua yang berminat
Untuk masuk ke Sekolah Teknik mahupun ke Kolej Vokasional
Di masa2 akan datang
Kena rajin & bolehlah terjah tengok laman web www.moe.gov.my
Sekali lagi..
Tahniah pada anak2 yang turut sama mendaftar masuk bersama Along
And as usual, as a parent kita sentiasa doakan yang terbaik
Untuk anak2 kita kan !
Tapi yang paling kelakar bila Angah cerita macam ni
" Ummi tadi masa Ummi sibuk2 kat kaunter pendaftaran 
ada seorang Aunty tu tanya, yang duduk sebelah tadi tu YB kan ?
Bila Angah jawab "Bukan, yang itu, emak saya!" terus Aunty tu kata
" Ye ke, tapi memang seiras dengan YB lah, ingat YB yang datang tadi !"
KA tanya Angah balik " Tak tanya ke dia, YB kawasan mana? Ha Ha Ha !"
Oklah, Nanti ada cerita2 baru kat sekolah ni KA update lagi, In Sha Allah
Panjang dan meleret2 dah jadinya N3 ni HeHeHe..........

UPADATE:  Pengajian Along selama 4 tahun
2 tahun akan dapat SVM setaraf SPM
Mesti lulus dengan CGPA minimum 2.00 setakat ini
Dan sambung ke peringkat Diploma selama 2 tahun lagi
So 4 tahun with Diploma Vokasional Malaysia !

Lanjut tentang KV Sepang di sini yer
https://www.facebook.com/kolejvokasionalsepang
http://kvsepang.edu.my

32 comments:

hajar said...

as salam... lama dah x singgah sini... mesti sedih bila melepaskan anak utk berdikari... tapi tulah cara terbaik utk anak lebih mengenali diri sendiri...

Eye_nee said...

YB tuuuuuu..hehehe...Tahniah ALONG..belajar rajin2..banggakan kedua ibubapa...

Farah Waheda Wahid said...

all the best in your future undertakings along...

Zura@Iwan said...

alhamdulillah..
along dh slmt mendaftar...
pasni kalau KA nk visit along dkt la kn...

wahh..YB KA? sure KA dressing mcm YB ni..tingin nk tgk picture KA..hehe..

Noe said...

salam KA...lama tak datang sini...harap KA sihat walafiat.... tahniah buat Along...hehehe...style KA dah macam YB la tu...hehehe

adyna said...

Alhamdullilah seronok kan bila anak dpt plh belajar ditempat yg mmg menjadi pilihan , teknikal skrg mmg byk peluang pelajaran dan pekerjaan

Acik Erna said...

Tahniah Along..dah memulakan kehidupan di asrama dan berdikari
ridu la adik ngan along nanti

BM said...

Salam YB... :)
Tahniah Along, semoga dapat belajar dgn selesa dan berjaya. Banyak maklumat yg KA berikan...semoga dpt membantu mereka yg berminat.

Mayang ABDUL RAZAK said...

Tahniah along semoga berjaya hendaknya...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

tahniah along... semogaterus success..

Knor said...

Yg bwah sekali tu senyum bca..
tahniah pd along..bermulalah episod pmbelajaran..

mk yg perihatin...mmg bgitulh kita, semuanya yg bterbaik utk anak2 kan KA

Sue-Rya Qistina said...

tahniah along!
wah wah..YB KA ye..terbaiklah!

Sue-Rya Qistina said...

tahniah along!
wah wah..YB KA ye. terbaiklah!!

Khai♥Rin : anies said...

apa2 pn ALL THE BEST utk along!

Nastyna said...

All th best Along. wahhh KA ada iras2 some YB eh, ada aura ni KA.

maszmadi said...

wah tahniah Along..... n YB jugak.. hihi

Nurfaezah Abdullah said...

YB ye kak hehe

hainom OKje said...

Tulah dengar jugak pasal Kolej VK ni...tp tak clear....nanti along terus dpt Diploma ke KA? Mereka masih ada SPM ke tak?

paridah said...

in sya Allah along akan berjaya seterusnya...kata seorang guru SMT sewaktu kak hantar anak belajar disitu...memasuki SMT bermakna sebelah kaki sudah masuk IPT...

MaMa Rey said...

good luck buat Along..belajar rajin2 ya dik

Manan Qayyim said...

blajo elok2.... jgn memain ...

Recent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.

asyifa mustaffa said...

Salam YB KA...hehe...
Along...tahniah...teruskan usaha..belajar sunguh2 ya...

Tak sanggup nak hadapi moment gini KA...tinggalkan anak...walau kita tau sebab dia nak belajar...ishhh...camne la sy ni nnti....

Raudzah Z said...

Alla The best along & Salam Rabu KA...

mama aryan said...

alhamdulillah...tahniah utk along,semoga along terus berjaya..

acik idah said...

Alhamdulillah... Tahniah Along...

Belajar rajin2 yea... and all d best to you.. :)

acik idah said...

Alhamdulillah... Tahniah Along...

Belajar rajin2 yea... and all d best to you.. :)

UmmuAidan-Arissa said...

Tahniah along..rasanya dah terbaik dah tuk anak lelaki yg berminat dlm bidang cam nie..semoga suksess hingga peringkat yg lebih tinggi yer..inshaalllah

Mummydearie said...

Tahniah buat Along sekali lagi. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Fiza Rahman said...

Siap ada temuduga tu. Good luck utk along disekolah baru.

Ibu Lala said...

Ok la tu after spm extend lg 2 tahun leh dapat diploma. Lg senang.

ayut said...

Sek teknik dkrg semua dh nek taraf ke kolej..sbb blh smbg dip...tu nek taraf..ap pon all the best bt along ye...

Deqla Manjew said...

moga along dpt suaikan diri kat sana.. best of luck yer along.!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...