Tabung Masa Depan ...

Friday, February 07, 2014

Insafnya Rasa Bila Melawat Orang Sakit

Kebelakangan ini ramai sungguh lah saudara mara KA yang sakit
Mana yang sempat kita lawat kena pergilah sambil doa2kan mereka kan
"Semoga Allah menyembuhkan saudara/saudari dengan segera"
Baru2 ni pun sempat melawat my uncle yang baru keluar dari hospital
Gembira melihat beliau dah sihat semula seperti biasa
Siap disajikan makanan ala2 raya gitu
Mudah2an terus dikurniakan kesihatan yang baik2 
Dan berkekalan sentiasa ...
 
 Sempat juga luangkan masa melawat seorang lagi uncle
Yang diwarded buat kali kedua
Kali pertama pergi hari tu nampak dah ok aje
Bila diadmitted kali kedua ni
Nampak lemah sangat dier 
Moga Allah swt menyembuhkan penyakit beliau

Banyak Kelebihan Menziarahi Orang Sakit ni kan.....

Sepertimana Sabda Nabi SAW yang bermaksud :
“Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya,
 maka seolah-olah dia berjalan di dalam syurga sehingga dia duduk. 
Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. 
Jika dia berkunjung pada waktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaikat akan
 mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya” 
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad).

31 comments:

Nurzakiah Hanum said...

semua ujian dan dugaan pasti ada hikmahnya

Maria Firdz said...

Mmg digalakkan melawat org skit atau kematian utk kita insaf dan berfikir merubah diri...

BM said...

Betul KA...Mengunjungi orang sakit itu satu ibadah. Mendoakan kesihatan dan menceriakan mereka serta menginsafkan diri kita. Semoga mereka dan kita semua beroleh kesihatan hendaknya...amiin.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

izan mama mia said...

mmg patut kita ziarah org sakit..mg bg keinsafan pd kita...

tapi hidangan tuu..mmg mengancam betul..siap ada lemang..

Kakzakie said...

Betul KA bila menziarahi mereka yg sakit betapa bersyukurnya kita yg sihat ini.

Moga mereka yg sakit diberi kekuatan, tabah dan segera sembuh utk memudahkan beramal-ibadah.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, Allahurabbi.. sedih bila menziarahi orang sakit.. semoga dikurniakan kesihatan yang baik2, terima kasih berkongsi kelebihan menziarahi orang sakit.. sekurangnya kehadiran kita dapat menggembirakan hati orang sakit tu T______T

Amanda Suria said...

tiap kali melawat orang sakit SA mesti teringat time sakit dulu..sorang2 datang tgok SA, x dapat nak berinteraksi...hanya berkata2 melalui mata...leher kena tebuk..SA mmg x boleh berckp...sebab tu bila sakit jer pasti teringat...

Farah Waheda Wahid said...

Farah kalau setiap kali melawat orang sakit setiap kali tu lah rasa insaf KA... hu hu hu...

Sue-Rya Qistina said...

sama jugaklah ngan saya kak. aritu masa cuti lama tu, abah jatuh sakit kerana minor strok. terus rasa insaf dan jaga pemakanan dan buat senaman. benda kita boleh elak, kita elakkan. insyaAllah..dgn usaha yg ada

mysha said...

Aah betul tu kak..muhasabah diri rasa bila melawat orang sakit nih kak.. Bersyukur diberi kesihatan yang baik.

eima said...

mudahan cepat sembuh ...

Kisah Si Dairy said...

bila tengok orang yang terlantar sakit tidak berdaya,dari situlah timbul keinsafan ada orang yang lebih tidak berdaya berbanding kita..

Khai♥Rin : anies said...

syafakallah...
entry akk ni mengingatkan sy kpd opismet. dia tgk mak cik dia kt hospital kn kanser. lpstu trs dia berhenti merokok krn x thn tgk azab yg d tanggung oleh mak cik dia

Nieyl said...

Betul tuh..klu melawat org sakit nie sedikit sebanyak mmg terasa di ati ke insafan tu...:)

paridah said...

assalam didoakan saudara2 KA yg sakit kembali sihat sediakala...tiada siapa yg mahu sakit. ujian Allah pasrah redha.

Eye_nee said...

Pertamanya disoakan semoga Uncle KA kembali pulih...saya pun sama KA...dlm dua minggu ni dikejutkan dgn kematian nenek saudara dan 3 hari lepas kematian pakchik saudara pula..begitulah kehidupan kan KA...ada yg sakit ada yg pergi meninggalkan kita...telah dituliskan pada kehidupan masing2 kan...

Noe said...

melawat orang sakit ni memberi keinsafan pada kita supaya lebih mengingatiNYA

Zura@Iwan said...

semoga uncle2 kak cpt sembuh..

semoga kita sentiasa diberi kesihatan yg baik ..ameen..

Linda said...

salam jumaat ;)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bila ziarah orang sakit. baru rasa berharga kesihatan yang Allah bagi kepada kita. Semoga mereka semua cepat sihat KA.

OhPanduan said...

Bila ziarah orang sakit. boleh belajar erti SYUKUR ayng amat atas kesihatan yang Allah bagi kepada kita.

wantie said...

betul tu KA. memang banyak fadhilatnya. selain dari meninsafkan diri banyak lagi kebaikkannya kan..

Kasih Salina said...

semoga mereka semua cepat sembuh..salah satu cara untuk muhasabah diri kita..

Fiza Rahman said...

Smoga mereka cepat sembuh. Pengalaman saya jaga arwah ayah dan anak sakit kat spital memang sangat menginsafkan. Macam2 jenis penyakit dan pesakit. Bersyukur sebab diberi kesihatan yang baik olehNYA.

Ibu Lala said...

Betul tu. Insaf sekejap bila melawat orang sakit.

Mummydearie said...

Ada hikmah tersembunyi diberi ujian begini. Semoga yang sakit akan cepat sembuhnya.

aTieYusof Family said...

Insaf bila melihat org sakit ni.. semoga yg sakit cepat sembuh..

Haryati Faizal said...

semoga org yg kita ziarah tu cpt sembuh ye

mummY daniSha said...

betul..bile melawat yg sakit akan terasa insaf...tu sebab kite digalakkan melawat org sakit kan....

ayut said...

Moga diberi kesihatan yg baik bt sauara KA dan semua orang...besar kelebihan mlawat org sakit...

Deqla Manjew said...

betul tu..mana tahu kita juga akan berada di tmptnya..ziarah menziarahi ni bagus.. eratkan silaturahim sesama insan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...