Tabung Masa Depan ...

Tuesday, February 18, 2014

KeranaMu Adik, UMMI Kenal Pokok Peluru Meriam !

( Mula2 Nak Mohon Maaf Dulu, N3 Terlebih Panjang Hari Ini )
Minggu lepas, ADIK tiba2 berlari balik
Sambil terus capai Yassin dan memeluk KA seerat2nya
ADIK :  Ummi, Ummi....Adik terpegang pokok Mariam ! ( Suara tersekat2 )
KA :  Apa , pokok Bayam ?
ADIK : Bukan....Pokok Mariam ! (Suara hampir menangis !)
KA :  Pokok Mariam,....Mana ada pokok Mariam ?
ADIK :  Ada, kat depan rumah Ain.  Dier cakap kita tak boleh pegang pokok itu,  Kalau kita 
pegang nanti malam2 Nenek Kebayan datang.  Ummi kena tolong Adik baca Al-Fatihah
 banyak2, baca Ayat Qul.  Lepas tu Yassin kena letak kat tingkap supaya Nenek
Kebayan tu tak dapat masuk !
KA :  Mengarutlah Adik, mana Adik Pokok Mariam !
ADIK :  Ada , Ain pernah terpegang pokok tu, lepas tu dier demam panas sebab Nenek
 Kebayan datang kacau dier !
KA :  Kalau dier dah tau pokok tu tak boleh pegang kenapa nak tanam depan rumah pulak ?
ADIK :  Dulu dier tak tau, pokok tu orang yang bagi, lepas tu dier nak cabut dah x boleh, pokok
 tu dah besar !  Jom lah mandi Ummi, lepas tu Adik nak sembahyang dengan Ummi, lepas tu 
baca Yassin yer Ummi !
KA :  Adik ni suka sangat percaya cakap kawan2 !
ADIK :  Betul Ummi ! 
(KA agak risau juga sebab badan Adik tiba2 panas sangat dan tengok dier macam ketakutan 
sangat2 , biasalah budak2 kan!)
Puas pulak sepanjang malam mententeramkan Adik dan memeluk dier tidur hingga  lena.
Bila KA tanya En Hubby,  tau tak ada Pokok Mariam, boleh pulak dier jawab ada, 
KA tanya balik pokok tu untuk apa ?. En Hubby kata dier kurang pasti tapi kalau
 x silap ada kegunaan untuk menggugurkan kandungan .   KA jadi risau lah pulak !
Malamnya xde apa2 yang berlaku. Dan bangun pagi bila KA tanya Adik, boleh pulak dier 
cakap macam ni : ADIK rasa kawan ADIK tu mengarutlah !
Ingatkan semuanya dah ok lah !

Tup2 tengahari bila KA call lain pulak ceritanyer 
ADIK :  Ummi, Adik rasa x sedap hatilah, ADIK ingat nak pergi berubat dengan Ustazlah. 
Tadi Ain kat sekolah cakap kena berubat cepat2 kalau tak nanti kita sakit teruk !
KA ;  ADIK ni, mana ada macam tu, mengarut ajelah.
 Sebagai Ummi yang prihatin, KA pun duk googlelah cari Pokok Mariam ni,  memang xde. 
Cari2 lagi hingga terjumpalah dengan Pokok PELURU MERIAM ni.  Alamak, lepas tengok 
gambar & rupa pokok ni, KA pulak jadi naik seriau !
 Memang semacam je pokoknya ! Ianyer juga dipanggil Pokok Cannon Ball !
Pokok Peluru Meriam atau nama saintifiknya Couroupita guianensis merupakan sejenis pokok yang istimewa kerana ranting-ranting yang menjulur daripada batangnya dan mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-warni. Pokok-pokok begini dikatakan bersifat kauliflori. Bunga-bunga ini tahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang menarik serangga untuk mendebungakannya. Pokok Peluru Meriam boleh tumbuh sehingga 20 m tinggi. 
Ia merupakan sebahagian dari keluarga Lecythidaceae dan tumbuh sehingga setinggi 25 m (82 ft). "Pokok Peluru Meriam" digelar sedemikian kerana buah perangnya seperti peluru meriam. Sebahagian besar dari pokok yang berada di luar persekitaran semulajadi mereka telah ditanam sebagai minat botani, kerana ia menghasilkan bunga yang besar, berbeza. Bunganya bewarna jingga, merah dan merah jambu, dan membentuk jambakan besar sehingga sepanjang 3m. Ia menghasilkan buah berkayu bulat besar bergaris pusat antara 15 hingga 24 cm, mengandungi sehingga 200 hingga 300 biji benih setiap satu.
*******************************************************************************
Petang tu juga, KA bawak ADIK ke rumah kawan dier tu. Saja nak tengok rupa Pokok Mariam
yang ADIK cakapkan.  Yelah, memang selagi x settle, selagi tulah rasa x sedap je hati mak2 ni 
kan. Alih2 bila sampai, tau tak pokok apa ????
V
V
V
V
Pokok ini....... Pokok Bunga Melati !!!
( Ehsan Google)
Alkisahnya, bila KA tanya pada mak kawan ADIK ni, kata beliau
dier sengaja menakut2kan anak2nyer supaya anak2 beliau tidak lagi
memetik2 bunga2 dan daun2 pada pokok bunga melati yang beliau tanam.
Habis togel pokok tu dikerjakan anak2 dan budak2 yang main di halaman rumah beliau.
Jadi macam mana timbul nama pokok MARIAM ni ???
Ini gara2 cerita Pontianak Harum Sundal Malam itu lah, kisah PONTIANAK MARIAM 
dengan bunga putihnya itu !
Aduhai...... lega rasanya bila dah tau kebenaran cerita.

Dan pengajaran untuk semua, satu janganlah takutkan anak2 dengan mereka2 cerita sebegini,
lebih baik berterus terang aje kalau kita tak mahu mereka melakukan sesuatu.
Semalaman KA bercakap dengan ADIK, menasihatkan ADIK agar lain kali jangan cepat
 percaya dengan cerita2 macam ni. Kena selalu ingat kebesaran Allah swt !

Apapun TERIMA KASIH PADA ADIK, 
Sebab kerana ADIKlah Ummi dah kenal POKOK PELURU MARIAM INI !!!!
Betullah pasti ada hikmah sebalik tiap kejadian kan ...
Dari tak tau langsung, dah kenal POKOK CANNON BALL ...

45 comments:

Shark Kay said...

shark pn x kenal pokok mariam nie..
rasanya ni 1st time tgk.

KA,adik tu umur braper yer,
suka pula tgk dia celoteh.

Aisy Nasiha said...

La.. ini kisahnya ya.. ingatkn betul pokok yang sama yang Adik maksudkan. Tapi tak sesuailah kan menakutkan budak2 macam tu. Sian

suri said...

Haa.comelnya walau pada mula nk baca agak menakutkan.nuff hiiii bengggghh2x

Farah Waheda Wahid said...

satu knowledge baru untuk ummi kannn??? tapi seriau juga tengok pokok tu kak...

UmmuAidan-Arissa said...

Oh rupa2nya lain belaka yer..hihihhi...sian aadik ketakutan..budak2 mmg cept percaya ckp kawan..tp pokok meriam tuh mmg seram..:)

Kakzakie said...

Aduhai adik... adik...
Auntie pun ingatkan macam manalah pokok Mariam tu hihi.. KA sampai ke rumah org tu ye sebab nak tengok sama tak dgn peluru Mariam yg digoogle:)

Kisah Si Dairy said...

macam tu cerita nya,...kesian kat adik..dah macam takut sangat dah dia..

Nieyl said...

Singgah pagi..
Menarik cter adik..tapi kdg2 sebagai ibu mesti risau kan walaupun kita rasa benda tuh mengarut..

:: Mrs.Eady :: said...

sampai boleh jadi demammmm! :)

BM said...

Berpada2lah menakutkan budak2...Bukankan budak2, orang tua pun takut mendengarnya. Tapi kalau betul mcm pokok peluru meriam tu seriau juga...(pertama kali tau dan tengok pokok tu...sgt unik)
Rupa2nya Mariam jadi Melati...huhu.
Suspen cite akak nih!

Mira Adzlia said...

hahaha....patutla..memang tak wujud la kan pokok mariam....hahaha..lawak lah adik..yelah budak2 mmg cpt tpngaruh kan....jgn kata budak, kita pun kadang pcaya je cite org..hihi

*pokok peluru meriam tu unik...tp xpnah pulak tgk secara real..mujur ada google kan...hihi

LydSunshine said...

COmelnya adik. takut betul dia dgn cite momok kawan dia si Ain tu. Dah tu mak si Ain pun satu. Cuba explain dgn lebih berhemah supaya anak dia tak petik bunga melur dia. Kalau menipu tu tak elok la.

makchaq said...

Terima kasih adik...
Sebab adik makchaq pun dah kenai pokok peluru meriam...
memang agak pelik rupa pokoknya..

Tapi kesian kat adik... takut sampai macam tu sekali..

Nurzakiah Hanum said...

tambah ilmu lagi
thanks

shaliza said...

huhu...dapat jugak kenal dgn poko peluru mariam:-)
Ramai jer parents/orang tua suka takutkan budak2 dengan cerita karut kan...alahai

aizamia3 said...

tergelak baca entry ni.. menjadi idea mak kawan dak Adik tu tapi membawa kesan yang mendalam kat orang lain.. hehehe..

Zura@Iwan said...

rasanya ada penah tgk pokok ni kt png..kt taman bunga tk slh

mmg dorang pggey cannon ball..betul la kot..hehe

lieyalatif said...

laaa gitu kisahnye KA hahaahaha...aduh tak pasal2 adik takut mcm ape jek.....

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, tak pernah dengar dan tengok bunga peluru meriam ni. heheee ~~~

wantie said...

ish.. tak baik takut takut anak sampai cenggitu sekali. kang dah tertanam dalam memeory anak anak. adei...

pokok peluru meriam tu T pernah tengok kat kebun bung apenang ni ha..

mula tu terkejut jugak. besar gabak punya pokok tanam depam umah ke. hiksss... ghupernya pokok melati. adesss.. wat suspen je la..

sal ya said...

macam2 la adik ni.

Dhia Dirham said...

pokok meriam tu menakutkan

Fiza Rahman said...

Ekekeke...gitu kisahnya. Kesian adik ketakutan. 1st time tgk pokok ni kak.

Fiza Rahman said...

churpchurp

Roha said...

auntie pon nak ucap timekasih kat adik..disebabkan citer adik yang ala2 kelaka seram ni..membuatkan pembaca setia blog ummi adik tahu akan keujudan pokok meriam :)

Nastyna said...

Kami juga berterima kasih pada adik, kerana dia kami semmmua ni kenal akan pokok mariam tu hahahaa. Cara paling mudah orang kita, momokkan hantu la apa la, itu yg jadi tahyul tu kadang2.

Cho Zila said...

tak sabar nak baca sampai habis tadi.. kelakarler pulak yerk.. der gak mak zaman sekarangni duk takutkan anak dia lagutu yerk.. itu yang mcm tak percaya..

eima said...

penuh ngan sesuatu unpredictable la...
nape la org tak suka baca kisah adik ek .. olahan terbaik plak dari umi die ...

adik u make my day la ....

MulutPayau said...

Sian kat adik..sampai gitu sekali takutnya dia...
Masih ada jugak ibu bapa yg takutkan anak2 dgn citer2 macam tu...

❤Kamsiah❤ said...

adik..kat rumah auntie ni byk pokok mariam hehe..
seeloknya jgn la kita yg dewasa ni bg info yg salah pada anak2..sbb silap2 kepercayaan tu dibawanya hingga kedewasa..

Daddy Ziyyad said...

1st time saya dengar & lihat pokok ni...nama unik, rupanya pun unik

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

owh, pokok bunga melati rupa-rupanya.. hehe.. tapi kalau pokok peluru meriam tu aiza tengok gambar memang seram rupanya.. betul tu KA, tak elok mereka-reka cerita untuk takutkan anak-anak.. berterus-terang paling baik..

attyfir said...

sian kat adik , jdk takut

Eye_nee said...

Thanks to adik jugak lah..sbb adik auntie tau ada pokok Peluru Mariam...tp scary lah pulak rupanya...

QasehnyaRania said...

suspens tau adikni.hihi
pestime jugak tgk pokok ni kak
tima kasih sudi berkongsi

RDZ Z said...

cantik bunga peluru mariam tu...agak unik coz pokok tu macam tak ada daun..tiba-tiba ada bunga..

Pha Is said...

1st time dgr pasal pokok tu..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

eh..lain macam pokok ni ... huhu saya pun first time dengar ni :)

Mummydearie said...

Saya tak pasti nak gelak ke atau nak kesiankan Adik kerana tertipu dek emak kawannya punya cerita hantu nih. Saya pun tak pernah tengok pokok peluru meriam ni tapi macam cantik pulak bunganya ya!

Yalah, KA. Nak buat macamanakan...kena solvekan juga masalah anak-anak nih!

Noe said...

akhirnya terungkai juga cerita sebenarnya...hehehe....noe pun x pernah tengok pokok meriam ni...

shasha yacob said...

tak penar pulak dengar nama pokok meriam nih, tapi rupa pokok pun menyeramkan, Haiii laa si adik nih buat tekejut je, rupanya pokok melati.hihiihi . sebenanrnya ada hikmah juga si adik bercerita nih kak KA. hihi

hainom OKje said...

Tak pasal pasal dapat satu ilmu yeh KA bagus jugak! Kalau tak tak denya kita mengoogle hehe...bunga melati tu rasanya bau dia wangikan KA

ayut said...

Hahaha..tmbh kg ilmu ummi KA kerana adik punya cerita...ayut pon bru tahu ad pokoj peluri meriam ni.

Deqla Manjew said...

deqla pun jadi tahu! thanks yer adik.. mmg x patot la kan takot2kan bebudak smpai mcm tu skali takotnya adik.. haihh

ArELeEz said...

p'gunaan psycology dlm bentuk penipuan & manipulatif. owh.. tipah t'tipu..! hu3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...