Tabung Masa Depan ...

Tuesday, February 18, 2014

Program MYLESEN Untuk ANGAH Ler !

Berita baik untuk Angah lah ni. Tapi umur tak cukup lagi yer
Tahun depan baru boleh ler gamaknyer !
So, berangan2 dulu lah yer 
Mungkin bukan model ini yang ANGAH minat sangat
Tapi, inilah antara yang menjadi idaman ANGAH kan.....
Kalau dah minat tu, tak kisahlah lelaki ke pompuan !
( GOOGLE )
Orang ramai boleh mendapatkan lesen memandu dengan kos lebih murah dan cara mudah
apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan program MyLesen di setiap negeri,
 mulai April, 2014 ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sri Ismail Ahmad, berkata JPJ memperkenalkan program itu
selepas mendapati lebih 3.5 juta pengguna jalan raya di negara ini, tidak memilik lesen
 memandu yang sah. 

MyLesen adalah kesinambungan kepada program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang
sedang dilaksanakan JPJ bagi membolehkan pemandu berusia 45 tahun ke atas memperoleh
lesen memandu dengan cara lebih mudah. Untuk tujuan itu, Ismail berkata JPJ sudah
mengadakan perbincangan dengan semua sekolah memandu bagi membolehkan program
 MyLesen dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan dengan menetapkan harga
 maksimum bagi urusan mendapatkan lesen memandu untuk motosikal hanya RM198,
berbanding lebih RM300 ketika ini.

Menerusi program ini, individu yang gagal melepasi ujian bahagian pertama beberapa kali
dengan menggunakan komputer boleh mengambil semulanya secara bertulis, sekali gus
memudahkan calon kurang mahir dalam teknologi maklumat. 
JPJ akan meneruskan program SKSJ berikutan sambutan menggalakkan masyarakat
terutama mereka berusia 45 tahun ke atas yang belum memiliki lesen memandu dan
akan memperkasakan SKSJ dengan kemungkinan dilaksanakan empat kali setahun berbanding
tiga kali sekarang, katanya.

19 comments:

ummiross said...

Cantik motor tu, patut 'Angah' minat..:)

Nurzakiah Hanum said...

bagus kan

Rizziela said...

dulu2 minat gak motor..tp sekarang ni memang x la...berat badandah bertambah

Fiza Rahman said...

Motor idaman suami dan anak bujang saya ni kak KA.

hajar said...

senang hati bila dah ade lesen...

Zura@Iwan said...

lawa motor utk kak..
nnti Angah bleh la amik lesen ha
murah dh..

wantie said...

bagus tu. kalau dah ada peluang patut diambil peluang tu.

CikLily Putih said...

bagus ni, kita baru plan nak amik lesen motor ni la

Kakcik said...

Kakcik ada lesen memandu yang sah tapi memandunya tidak... huhuhu

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga program ini dapat memberi peluang kepada rakyat malaysia yang layak untuk memiliki lesen.. harap-harapnya di dalam modul itu juga ditekankan mengenai kepentingan berhemah ketika di jalanraya..

Nurfaezah Abdullah said...

fae belum ada lesen memandu huhuhu

QasehnyaRania said...

smga dipermudahkan buat angah.aamiin

shasha yacob said...

saya pun ada plan nak ambil lesen. teringin pula nak baea motor macam gmabar kat atas tu hihi. angan angan matjenin lah nampaknya hihi

Puan Kutu said...

bagus program ni..tgok kt tv terus sms adik bagitau..dia mmg nak amik lesen moto tu..ada ni murah sikit la kan

Mummydearie said...

Mesti berbunga-bunga hati Angah bila tahu impiannya diredhai ummi :)

Noe said...

bila dah ada lesen...baru la senang hati mak ayah...semoga apa yg diidamkan menjadi kenyataan

hainom OKje said...

Bolehlah Angah ambik lesen nanti ......lepas tu boleh vroom vroom dengan umi.. hehe

Deqla Manjew said...

tahun dpn cpt2 amek lesen yer angah.. nk tgk angah bawak motor besor gini.. amek lesen skali ngan keta la yer?

ArELeEz said...

syiok b'konvoi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...