Tabung Masa Depan ...

Thursday, February 13, 2014

Puisi Gembira Moga Kamu Bahagia !

Sudah 2 hari KISAH INI berlalu
Tapi entah kenapa perasaan sayu masih lagi bertamu 
Benarlah kata Kak Zakie  naluri seorang ibu
Cepat aje terasa bila lihat anak sekecil kamu
Terpaksa melakukan sesuatu
Demi membantu ayah, ibu & keluargamu
Sedangkan rakan sebaya kamu sudah ke sekolah di waktu itu
Duhai Anak.....
Ingin benar ku tahu kisah sebenar mu
Ingin benar aku dengar cerita2 mu
Kerana dari raut wajahmu itu
Sudah tergambar keperitan & kepayahan hidup mu
Tergambar dalam senyuman keterpaksaanmu itu
Duhai Anak...
Kalaulah bisa aku lagukan puisi indah dan gembira
Buat mu agar kamu bisa ceria
Kalaulah dapat aku petikkan lagu2 gembira
Buatmu agar terukir senyuman dan kamu bisa sedikit tertawa
Namun sejujurnya...
Kita takkan tahu apa yang akan terjadi esok mahupun lusa
Mungkinkah kita masih dapat ketemu jua
Kerana ada keresahan bertandang di jiwa
Bila kelibatmu sudah tidak kelihatan berjualan seperti biasa
Sejak ku lihat kamu pertama kalinya di pagi selasa....
Dan segala keinginan dan pertanyaan yang berjela2
Terpaksa aku pendamkan dalam hiba
Duhai Anak...
Aku hanya mampu & terdaya
Mendoakan agar kamu beroleh & bertemu jalur bahagia
Dan terus dilimpahi kesejahteraan dari yang Maha Esa
Dan mengharapkan yang baik2 saja
Kerana sesungguhnya aku percaya
Pasti akan ada sinar terang bercahaya 
Di penghujung jalan hidupmu yang bersulam derita!

24 comments:

Mummydearie said...

Semoga anak tersebut sentiasa diberkati hidupnya dan dalam perlindungan yang Maha Esa.

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Zura@Iwan said...

KA dh cuba ke beli nasi lemak kt budak berkenaan..
sy simpati juga bila KA buat n3 kisah bdk tersebut..
semoga Allah sentiasa melindungi budak tsbt dn kluarga beliau..

Nurzakiah Hanum said...

singgah pagi

Kisah Si Dairy said...

touching KA..

Rai Ourkizuna said...

syahdu pepagi..

paridah said...

YA PUISI KA YG SAYU MENYENTUH HATI TANDA KA INSAN YG AMAT PRIHATIN DGN MASALAH ORANG LAIN...

BM said...

Ini dah bukan puisi gembira...sayu pula terasa...

Fiza Rahman said...

Kak...dapat ker beli nasi lemak budak tu? Touching sgt puisi ni kak.

Sue-Rya Qistina said...

syahdu dan menyentuh hati :)

msredcheesecake said...

kadang2 doa pun buleh membantu...

Farah Waheda Wahid said...

ok Farah baca pun dah tacing kak... hampir2 bergenang dah ni air mata...

lieyalatif said...

moga2 Allah sentiasa pelihara anak kecil tu...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, kesiannya.. suami sheila pernah nampak budak kecik kutip botol tepi jalan. bapak dia naik motor, sengih2. sakit betol hati suami tengok. kesiann T___T

NM03 said...

moga ada kebahagian utk anak itu

Eye_nee said...

AhHH pena kamu
Tusukannya hingga ketulang hitam
Terhiba dan seolah terbayang
Wajah kecil itu melalui hari2 yg kelam dan suram
Dimanakah dia??
Apa Khabar Nya??
Brjual dimana pula??
Adakah rezekinya pagi ini??
Allah!!! lindungi anak itu lindungilah dia..

RDZ Z said...

Sayunya puisi ni KA..nway salam Khamis ya..jangan sedih-sedih k!!!

Roha said...

tersentuh naluri keibuan akak baca puisi KA ni..setiap yg bergelar insan di muka bumi Allah ni..tidak sama nasib setiap hamba NYA..jika kita berlebihaan bantulah mereka yg serba kekurangan..walau KA tak kesampaian membeli sebungkus 2 nasi..tapi dek kerana n3 yg KA kongsikan ni..membuatkan rakan2 blogger yg owesome dan baik hati menghulur doa pada anak ini..agar rezeki anak ini sentiasa diberkati...semoga KA juga sentiasa dirahmati :)

Ema Johari said...

puisi yg indah sis

:: Mrs.Eady :: said...

sedih nyer...

LydSunshine said...

insyaAllah anak kecil tu akan menjadi insan yg tabah bila besar nanti.

shasha yacob said...

semoga anak itu di perolehkan kejayaan.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semoga Allah sentiasa melindungi budak itu dan keluarganya..

ayut said...

KA dah xde jmpe ke ank kecil tu berniaga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...