Tabung Masa Depan ...

Tuesday, February 18, 2014

Putus Sudah Kasih Sayang Erra & Emran !

Apa yang boleh kita katakan...
Mungkin sudah tertulis jodoh mereka setakat ini
Tapi, apapun harap hubungan baik akan terus dikekalkan
Demi anak kecil yang memerlukan kasih sayang !

Desas-desus mengenai keretakan rumah tangga pelakon Erra Fazira dan 
 suaminya Engku Emran Engku Zainal Abdin terjawab apabila pasangan berkenaan 
bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa.
Lafaz cerai dilakukan Engku Emran di hadapan Hakim Syarie, 
Mohammad Adib Husain kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Penceraian tersebut dilakukan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang
 Keluarga Islam 2003 (Negeri Selangor).

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang 
manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.
Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.
 
 Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap
 anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti 
sekolah dan hari perayaan.
Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega
 segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.
"Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai," katanya.
Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Apapun, kita doakan yang baik2 ajelah buat mereka berdua !

35 comments:

imie fatiema said...

doakan yg terbaik buat mereka ..Allah lagi mengetahui

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sudah tertulis jodoh mereka setakat itu.. kita doakan yang terbaik untuk mereka berdua.. p.s: aiza pernah meminati erra fazira..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sedih baca ni.. ehh bekas suami yang nak jaga anak? hmm semoga semuanya dipermudahkan... kesian anak mereka tu T_____T

Nurzakiah Hanum said...

amin

attyfir said...

inshallah ada yang terbaik allah janji kan utk erra.

LydSunshine said...

Sedihnya bila baca ni. Mereka dulu loving couple. Dan tak sangka anaknya Engku Emran yg jaga. Biasanya mak yg jaga.

hajar said...

sedih bila baca kes2 mcm ni... sedih memikirkan nasib anak...

Nastyna said...

kadang bila baca kisah artis cerai ni, buat diri ni terfikir jugak, macam depa ni kalau nak kira harta duit semua cukup, so better kita appreciate dan perbaiki life kita sendiri ni, wish them all the best.

❤Kamsiah❤ said...

hanya mereka dan TUHAN yg tahu apa masalahnya...saya baca kat laman sosial..mcm2 hal diperkatakan..

Asmar Arafad said...

Sesungguhnya Allah menentukan segalanya..harus buka tangan menerimanya..

izan mama mia said...

bila bc kisah penceraian artis... tak tahu nak komen apa....

wantie said...

doa yang terbaik buat mereka. bab cerai berai ni tak berani nak komen panjang..

Knor said...

Bezanya dia artis semua nk tahu..nk ikutkn setiap hri ada je org bercerai..

kesian tgok..ckup lwanya...hya mereka berdua aje yg tahu.

Farah Waheda Wahid said...

hanya mereka yang tahu apa masalah mereka, dan diharapkan segalanya diselesaikan dengan cara baik dan anak tak terabai... saya kalau part2 orang cerai tak ada anak lagi, boleh tahan lagilah kak, tapi kalau cerai dan dah beranak pinak, kesian kat budak... budak yang jadi mangsa... sebaik2nya kalau apa2 cuba cari jalan terbaik untuk selesaikan demi anak kan kak??? tapi kalau tak boleh juga dan dah tak ada jodoh, apo nak dikato??? apo pun tak buleh.... kita doakan yang terbaik ajerlah buat mereka untuk kehidupan akan datang...

Aku Penghibur said...

ermm takziah atas perceraian ini:(

Zura@Iwan said...

sedih juga..
mgkin itu jln terbaik kan
anak erra..engku hak sepenuhnya
sure erra sedih sgt..huhu

Khai♥Rin : anies said...

maknanya cerita sblm ni mmg bnr la

jamian sarif said...

sampai disini saja jodoh mereka.Doakan yang terbaik buat mereka berdua.

QasehnyaRania said...

sian dgn aleesya. slalu mak yg dpt hak penjagaan. kali ni engku emran kan. myb sbb anak perempuan nanti nak kwin berwalikan bapa jugakan

shasha yacob said...

taktau lah nak cakap apa. diarong taktefikir kan aleesya ke. dah sampai situ jodoh dorang nak buat macam mana kan.

RDZ Z said...

sampai disitu aje jodoh dia orang..doakan yang terbaik unyuk mereka..who knows jadi macam Hattan nanti..

Aisy Nasiha said...

La.. kesiannya diorang. Jodoh tak panjang ya.. semoga diberikan kebahagian selepas ni walau apa pun yang berlaku.. yang dah berlaku jangan dikenang lagi kan....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam KA..pasangan ni mmg sepadan tp yalah jodoh,ajal-maut ALLAH tentukn.Mungkin itu yg baek buat mereka....

che mid said...

Che Mid pernah merasai itu... yang pasti perasaan lega bertandang bila segalanya selesai dengan baik. Bukan mudah nak bercerai ni, Allah akan duga secukup-cukupnya..masyaallah..

MaMa Rey said...

Sedih baca kisah ni...tp apapn moga segalanya d permudahkn...

Puan Kutu said...

betulkita doakan yg terbaik.apa yg berlaku kita jadikan pengajaran sudah..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

ajal maut, jodoh pertemuan di tangan tuhan ...kita doakan lah yang baik-baik untuk mereka...semoga keputusan yang dibuat tu terbiak untuk kedua-dua belah pihak

Mummydearie said...

Bercerai juga akhirnya. Ingatkan desas-desus tinggal gosip liar aje tapi kalau takda angin masa kan pokok bergoyang, ya tak? Napa ek anaknya boleh dapat ke bapa, bukan ibu? Ingat saya kalau ibubapa bercerai, anak bawah umur semua mak yang dapat hak penjagaan.

Tak kisahlah asalkan mereka masih berbaik demi anak. Kesian pulak kat anak mereka!

Noe said...

doakan yang terbaik untuk mereka..

shasha yacob said...

moga erra dapat cari penganti yang terbaik kelak :)

Ibu Lala said...

Kesian kat anak kan. Nasib la anak satu je.

hainom OKje said...

Alahai....napelah agaknya....okje suka tengok pasangan ni sebenarnya....

ayut said...

Sudah tertulis...d9akn yg terbeklah bt mereka...

Deqla Manjew said...

dah tertulis jodoh x pjg.. x boleh nk slhkan mana2 pihak.. apapun berhrp sgt hubungan mereka baik demi anak ..

ArELeEz said...

engku emran madukn erra kot.. ooppss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...