Tabung Masa Depan ...

Friday, February 14, 2014

Sesungguhnya Hidayah Itu Milik Allah !

Kalau sebelum ini, kita dah tau cerita tentang penghijrahan DIYANA HALIK
 yang mana kisah hari kiamat telah membuka hati isteri kepada pelakon popular, Aaron Aziz,
untuk mengenakan hijab.  Patutlah, masa Anugerah Meletop Era tu nampak dier cantik bertudung
duduk menemani suami beliau di majlis itu.
 
 Bak kata Diyana sebelum ini..
  "Tidak dinafikan, sebelum ini niat untuk berubah memang ada, 
cuma hati yang belum betul-betul bersedia. Namun, sejak kebelakangan ini, 
Aaron banyak menghantar video dan bercerita tentang hari kiamat. 
Akhirnya perkara ini berjaya membuka hati saya untuk bertudung," ujar Diyana. 
   Aaron turut melahirkan rasa bersyukur dengan jalan yang dipilih isterinya dan
 menjelaskan segala keputusan yang dibuat adalah ikhlas dan bukan atas desakan sesiapa. 
  
Terbaru pula kisah RABECCA NUR AL-ISLAM.
Pemergiannya ke Umrah bersama ahli keluarga pada 31 Januari lalu telah membuka hati 
beliau untuk melakukan penghijrahan dengan mengenakan hijab. 
 "Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan
 ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab," 
ujarnya yang dipetik daripada sebuah portal berita. 
  Rabecca juga menjelaskan penghijrahannya ini mendapat sokongan penuh 
 daripada suami dan menjelaskan kehidupannya kini lebih tenang. 
Alhamdulillah,  Semoga keputusan yang diambil ini akan berkekalan 
dan seterusnya menjadi contoh yang baik kepada semua.

Teringin pulak nak tengok Emma Maembong yang tengah kecoh dengan
bertudung litup sepenuhnya.  Biasa tengok dier bertudung dalam cerita2
dan drama2 aje !

Tak pun kalau NEELOFA yang tengah hangat   
 & tengah meletop dengan 
bertudung penuh, memang nampak cantik sangat kan ! Nampak suci aje...

Apapun kita hanya mampu mendoakan yang baik2 aje 
kerana sesungguhnya Hidayah Itu Milik Allah swt Jua !!
 
 " Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) tidak akan dapat memberi petunjuk 
kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada
 orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang
 mau menerima petunjuk. "
(Al-Qasas 28:56).

42 comments:

Mummydearie said...

Syukurlah bila dah dapat hidayah. Cantik sebenarnya mereka ni bila dah bertudung litup. Nampak suci bersih aje :)

Kakzakie said...

Kerana sesungguhnya menutup aurat adalah perintah agama yg tak boleh dipertikaikan... moga ramai lagi yg sedar.

Kisah Si Dairy said...

Insyallah suatu hari nanti,Moga Allah membuka pintu hati mereka ye KA.

MaMa Rey said...

alhamdulillah..nampak cantik dan ayu

Mimi Azirah said...

sama sama kita doakan yg terbaik utk mereka..

hajar said...

benar hidayah itu milik Allah... kita sebagai hambanya yang sedar harus terus mencari hidayah itu bukan menunggu semata2... (sekadar pandangan)

Nurfaezah Abdullah said...

Alhamdulillah. wajah cantik akan bertambah cantik bila bertudung.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga lebih ramai artis yang bertudung selepas ini. Untuk kebaikan mereka dan peminat juga.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga lebih ramai artis yang bertudung selepas ini. Untuk kebaikan mereka dan peminat juga.

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah kepada mereka2 yang telah berhijrah...tetiba teringat akan kisah penghijrahan sendiri...

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

aizamia3 said...

Cantik bila Diyana mengenakan tudung.. Alhamdulillah.. ;)

aTieYusof Family said...

Alhamdulillah.. hidayah datang tanpa di sangka..moga kita sma2 terus istiqomah...amin! :)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah.

Aisy Nasiha said...

Betul tu.. kita minat lakonan diorang ni. Sambil tu doakan juga artis kegemaran kita ni berubah kepada menutup aurat.. alhamdulillah pada yg dah berubah

LydSunshine said...

mmg dah ramai artis yg berhijrah kan KA. Mcm tak sangka pun ada. Siapa boleh jangka, Mizz Nina yang ranggi dulu pun berubah selepas pegi Mekah. Rabecca Nur Islam ni pun dulu pernah bagi jawapan mengarut bila org tanya pasal kenapa dia seksi, skrg alhamdulillah. Saya doakan agar kita semua ditetapkan hati oleh Allah setelah kita berada di jalan yang diredhai Allah.

Zura@Iwan said...

artis kan lawa KA
bila dipakai tdg..
bertambah lawa..
lebih afdal gitu kan...

wantie said...

paling sweet rebecca Nur Islam tu. ye..she so sweet dengan berhijab.

ietams said...

bertambah² manis dan cantik
bile semua bertudung kan..

BUNDA said...

Alhamdulillah...

Dhia Dirham said...

alhamdullillah :)

Anonymous said...

oh memula tengok nama blog dan tagline blog ingatkan personal blog
rupanya blog gosip artis
hai kak. cun nya nelopa pakai tudung

Maria Firdz said...

Wanita mmg dijadikan cntik dgn beetutup... Sama2 doakan mga kita dan wanita yg behijab istiqamah dlm kebaikan..

Kasih Salina said...

semoga rebecca berkekalan & istiqomah bertudung. Berhijab adalah perintah Allah..semoga semakin ramai yg sedar akan perintah Allah swt..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, alhamdullilah. sejuk mata kita pandang mereka dah berhijab.. semoga Allah permudahkan segala urusan mereka.. in shaa Allah (",)

LYAfrina said...

alhamdulillah..
betul tu... sapa sangkakan..kalo hidayah allah swt tu dtg, 360darjah leh berubah lebih baik drp kt y sedia ada btudung..

kagum dgn mizz nina, y tinggalkan terus dunia nyanyian..

RDZ Z said...

Alhamdulillah ..Hidayah Allah datang pada waktu dan ketika yang tepat...Allah maha tau apa yang direncanakan..

BM said...

Semoga mereka yg tidak bertudung akan mendapat hidayah...amiin

Acik Erna said...

cantik bila bertudung kan KA..suka acik tengok..manis

suri said...

kalau di seru apa salahnya moga di mudahkan

Kaio said...

bagus lah bertudung. tapi kalau bertudung sahaja tak cukup kalau aurat tak terjaga. itu yg ramai silap skrg. hhhuhu. btw, jemput singgah blog ye. :)
http://iluvtour.com

PakcikLie PCL said...

salam KA, sebagai ketua kpd sebuah keluarga..peranan memimpin perlu ditekankn dgn cara yg betul supaya ahlinya ikhas mnerima..ini yg peru dipeajari oleh setiap lelaki muslim..wallhualam.

ayut said...

Doakanlah itk yg terbaik bg mereka dan juga kita ye KA....

CikLily Putih said...

syukurla

Ema Johari said...

Alhamdulillah...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

cantik dan ayu bila dah berhijab begitu.. semoga terus istiqamah dengan perubahan itu..

Haryati Faizal said...

amin...semua segak bila bertudung kan... termasuk kita semua kan??

shasha yacob said...

hidayah itu milik allah, usaha dan doa saja lah yang dapat tolong. proud bila baca aaron aziz buat vdio utk isteri dia supaya pakai tudung kan. hehe

hainom OKje said...

Tahniah buat mereka yg telah berhijrah....Emma Maembong ni cantikkan KA...putih melepak...

Deqla Manjew said...

alhamdulillah ... moga diberi hidayah buat mereka yg belum berhijab.. dan deqla yg berhijab ni pun byk lagi yg harus diperbaiki..

ArELeEz said...

semoga istiqamah..

Anonymous said...

"Tutuplah auratmu sebelum kain putih membaluti tubuhmu" ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...