Tabung Masa Depan ...

Monday, February 10, 2014

Zizan Razak Memang Meletop Di Anugerah Meletop ERA !

Satu lepas satu kejayaan di raih Zizan Rizak,
Dan yang terbaru adalah beliau telah mendominasi 
senarai pemenang di Anugerah Meletop ERA (AME) 
 apabila memenangi empat daripada 17 kategori yang dipertandingkan 
dalam anugerah yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada Sabtu. 

Empat anugerah tersebut adalah bagi
kategori Fesyen Meletop, Bintang Siber Meletop, 
Anugerah WeChat Meletop serta Top Top Meletop
 sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM35,000
berserta trofi sumbangan Astro.

Penyanyi Hafiz Suip seperti dijangka pula membawa pulang tiga kemenangan 
apabila berjaya menggondol anugerah Penyanyi Meletop, 
Lagu Meletop menerusi lagu Bahagiamu Deritaku 
serta Grup/Duo Meletop hasil gandingannya bersama Dato’ Siti Nurhaliza.

Manakala pelakon drama Love You Mr. Arrogant, Zara Zya 
berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 berserta trofi 
apabila memenangi dua kategori iaitu Artis Baru Meletop serta anugerah utama, Top Top Meletop.

Pelawak Nabil Ahmad juga meraih dua anugerah apabila dinobatkan
 sebagai Penyampai Radio Baru Meletop serta Couple Meletop  bersama isteri, Nazirah.
 Tidak ketinggalan filem 'KL Gangster 2' yang turut memperoleh dua kemenangan iaitu menerusi Filem Meletop serta Bintang Filem Meletop yang dimenangi oleh Aaron Aziz.

Anugerah yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal, Neelofa serta Nabil Ahmad ini
 turut menyaksikan kumpulan dari Singapura, Sleeq 
memenangi kategori Artis Serantau Meletop.

Kategori lain yang turut dipertandingkan pada anugerah yang julung kalinya diadakan ini ialah Program Radio Meletop (Johara Pagi Era),
 Program TV Meletop (Maharaja Lawak Mega 2012) 
dan Bintang TV Meletop (Jep Sepahtu - Super Spontan 2013).

Kesemua pemenang ditentukan 100% menerusi undian daripada para peminat. 

P/s : KA x tengok sampai habis pun, Angah ler yang rajin update !

26 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tak tgk la pulak..

Nurzakiah Hanum said...

zizan banyak menang

Khai♥Rin : anies said...

mmg meletop la zizan..tp x menahan cik lopa kite tu..ekekekke

Fiza Rahman said...

Tahniah buat mereka. Tak tgk pon kak. Tak der astro kat umah :(

BM said...

Meletop Letop! Nampaknya tahun Zizan/Hafiz menang banyak Anugerah...

Linda said...

tapi pelik camnelah zizan yg menang fesyen meletop tu ish ish...hihi

Sue-Rya Qistina said...

x tgk pun sbb xde astro. hehehe

Farah Waheda Wahid said...

terbaik zizan menang... memang nak dia menang pun...heee...salam isnin kakak KA...

aizamia3 said...

saya lagi.. tak tengok langsung.. hehehe..

Mayang ABDUL RAZAK said...

murah betul rezeki zizan dan hafiz tahun ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semunya hebat-hebat. saya suka tengok Zara Zya.

OhPanduan said...

Semua mereka hebat-hebat.

Raudzah Z said...

Murah rezeki dia..dimana-mana ada zizan...Hafiz pun tak kurang jugak..

yan's cottage said...

tahniah.....lawak zizan memang best....

aTieYusof Family said...

Tahniah Zizan.. mmg rezeki dia malam tu..:)

eima said...

tak tgk pun mls ... sbb tak suka sgt cite gini kan ... ai is pelik

Nurfaezah Abdullah said...

fae x tgk langsung hehe

wantie said...

Tak tengok huhuhu...terlepas

ayut said...

Xamik tahu la plak .huhuhu.ap pon tahniah bt pmenang...

QasehnyaRania said...

sy pon tgk x habis.ingt hafiz gondol. zizan rupanya. tahniah buat kesemua pemenang

Zura@Iwan said...

tk smpt tgk..
tp ada tgk ulangan..tu pun skip2 byk sbb sibuk buat keja umah..hehe

Ema Johari said...

zizan boleh kalahkan wanita dalam fesyen meletops

Noe said...

noe x tengok...rezeki diaorg...alhamdulillah

Deqla Manjew said...

x tgk pun.. tahniah buat zizan dan smua pemenang..

Mummydearie said...

Saya tak tengok juga KA. Yang saya tahu baju Neelofa pakai sangatlah meletop :)

shasha yacob said...

zizan razak je saya ambik hihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...