Tabung Masa Depan ...

Wednesday, March 26, 2014

Antara Nota Kenangan MH370 Milik Adik !

Buku nota yang akan jadi kenangan buat ADIK
ADIK yang sebelum ni tak putus2 mendoakan MH370
Sampai letak status di FB dier lagi
Berkongsi antara catatan rasa yang ditulis ADIK
Sambil duduk2 di sofa mendengar berita MH370 saban hari....!


Sambil duduk sempat ADIK bagitau KA...
ADIK :
" Ummi tau tak, adalah pesawat yang hilang juga macam ni, lepas 3 tahun jumpa juga !"
KA :
"Yang tu jumpa bangkai pesawat je Adik, penumpang2 semua xde yang selamat !"
ADIK :
"Manalah tau, kalau kita doa banyak2, nanti mesti Allah makbulkan !"
(Sedih aje bunyi suara ADIK !)


( Adik2, jauh disudut hati, dier sebenarnya masih berharap lagi ! )


37 comments:

Nurzakiah Hanum said...

keep pray for mh370

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sedihnya.. semua orang masih mengharap. sama2lah kita doa semoga Allah SWT permudahkan urusan pencarian pesawat mas mh370 dan kotak hitamnya.. singgah menabung digi sini ~~~

eima said...

cuba bygkan budak sebesar itu pun paham .. cam ne ngan ahli keluarga mangsa kan ... sedih nye ... mmg tercalar jg di hati aku KA ... masih aku berharap diorg terselamat selagi tiada bukti ... teori inmarsat aku tak nk terima..secanggih mana pun itu hanya bukti secara teori

❤Kamsiah❤ said...

adik yg kecik pun tahu kepiluan serta kesedihannya...tp ada yg dah tua2 pun tak reti2 nak menghormati perasaan keluarga mangsa...muat naik status yg menyakitkan hati

:: idzwa :: said...

semua masih lagi berharap..adik..semoga allah perkenankan doa adik yg suci murni itu..

Zura@Iwan said...

seorg yg sgt prihatin adik ni..
inshaAllah dik...moga Allah mdgr doa adik..

adyna said...

Adik pun mengerti , semoga keluarga mereka tabah

paridah said...

kita juga seperti adik masih berharap keajaiban berlaku n MH370 BERSAMA ISINYA selamat sejahtera berada dimanamana.

Linda said...

Saya pun sama macam adik...masih berharap keajaiban berlaku...

MaMa Rey said...

sama mcm adik..mghrpkn keajaiban berlaku..
#prayforMH370

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Bagus ADIK. Ramai yang masih berharap macam adik. Sekurang-kurangnya ada bukti yang kukuh. Sekarang masih samar-samar lagi.

wantie said...

bukan saja jauh di sudut hati adik, jauh di sudut hati T ni pun masih mengharap yang dorang akan kembali...

mcm tak dpt terima hakikat di atas tragedi ni je kan. tapi tu lah, tengok bukti baru sahih..

Mummydearie said...

Oh, KA dalam diam dah berwajah baru blog ni! Cantiklah dan cool aje warnanya.

Back to MH370. Sebenarnya KA bila dengar berita kita seakan tahu akhirnya bagaimana tapi adatlah hati manusia, masih mengharapkan akan ada keajaiban berlaku. Akan ada berita gembira yang bakal dikhabarkan. Saya pun pada mulanya buat tanggapan sendiri. Maybe MH370 ni jatuh kat kawasan gunung ke, hutan tebal ke, tak leh nak contact dengan dunia luar dan semua penumpang dan krew sedang cuba mencari jalan keluar. Itu harapannya. Tapi Allah Maha Mengetahui. Sesuatu yang berlaku ada maksud di sebaliknya.

Melihat keadaan Indian Ocean melalui paparan di TV aje hati ni dah terdetik, siapalah kita untuk melawan takdir Tuhan. Lihat sahajalah gelora Lautan Hindi ni, melihat sahaja dan terasa ngerinya.

Al-Fatihah buat penumpang dan krew yang beragama Islam.

Daddy Ziyyad said...

Pastikan Adik simpan buku nota ni, sampai bila2....bila dia dewasa kelak...mmg bahan sejarah ni

Fiza Rahman said...

Adik yg berfikiran positive ☺

Puan Kutu said...

mmgramai yg masih berharap keajaiban berlaku.sedangkan anak sekecil adik pun faham makna rindu dan kehilangan, inikan pula keluarga mangsa..

takziah buat semua penumpang dan anak kapal

Kakzakie said...

Kalau KA nak tahu jauh di sudut hati kakak sama macam adik mengharap ada satu miracle to save them..

LydSunshine said...

Hahaha... Ummi dia dah curi2 baca diari catatan adik. Tapi takde yg rahsia takpe. Bagus jugak adik ni berbanding sesetangah remaja yg lagi berusia dr adik yg sesuka hati je bagi komen tak guna akal tentang MH370 ni. Adik lagi matang berbanding usianya.

Eye_nee said...

Selagi ada bacaan dan teori saya akan baca KA..tp hanya itulah kemampuan daya fikir kita...Yg tahu semua hanya ALLAH S.W.T..

Simpan catatan adik ni KA..sgt2 terkesan..dia juga memahami mengikut naluri kesedihan kanak2nya...

Acik Erna said...

Harapan adik adakah harapan semua..tapi kebenarannya..
tak pe adik.simpan catatan adik buat kenangan

acik idah said...

Sweet la adik nie... :D bagus tu always positif...

Dhia Dirham said...

adik yang prihatin (:

ANIM said...

ada bakat jadi penulis ni...:-))

Qaseh Wee said...

semoga ada keajaiban daripada Allah ... aaamin .

Pha Is said...

prihatinnya adik..
menabung sini.. :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

aiza pun acam adik juga, masih mengharapkan agar keajaiban berlaku..

kakchik@ella said...

Hurmmmm .. Kc masih mengharapkan keajaiban. Mau MH 370 pulang ke pangkuan. Mudah-mudahan Allah swt permudahkan semua urusan. Amin.

- AZIE - said...

bagusnya adik..berminat utk ikuti peristiwa ni, xmcm budak2 lain...

Sheila Salim said...

assalamualaikum. singgah menabung inti sini ~~~

hainom OKje said...

Syahdunya baca nota nota adik....macam tulah agaknya anak anak yg emak atau ayahnya berada dlm perut mh370

RDZ Z said...

Kadangkala terfikir MIRACLE could happen coz serpihan belum confirmkan KA...misteri masih kekal. Belum terungkai...

Aisy Nasiha said...

Setuju dgn Okje.. syahdu rasanya baca nota adik ni. Bijak memahami keadaan..

Mimi Azirah said...

Budak pun sedih apa ntah lg kita yg dewasa nih kan

aTieYusof Family said...

Sentiasa doakan MH 370..
moga masih ada keajaiban :(

n O e s u h a i m i said...

cantik tulisan adik...kemas...
ramai yg masih mengharapkan keajaiban..

aswadz said...

marilah kita doakan semoga Allah permudahkan penemuan pesawat MH370.

Kira Sakura said...

kira pun masih menaruh harapan jugak KA ;(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...