Tabung Masa Depan ...

Monday, March 03, 2014

Bila Adik Pujuk Abah !

Ingat tak tentang N3 BURUNG NILA EN HUBBY YANG INI !

 

 Tau2 aje pagi2 Sabtu waktu nak hantar ANGAH ke sekolah
Dan hantar ALONG ke kursus lesen permotoran
ADIK jerit bagi tau, Burung Nila Abah dah xde, yang tinggal bulu2 aje
Dengan tompok2 darah yang masih basah
Seingat En Hubby waktu tengok burung ni jam 4.00 pagi
Masih ada di sangkarnya lagi 
Puas memikir kerja siapa ! Bak kata ADIK, misteri betullah ....

 

Elok2 je,  hari Ahad semalam dah dapatpun penggantinyer
Yang ini dipanggil BURUNG MERBAH JAMBUL
Macam nilah ....
( google )
BURUNG MERBAH JAMBUL ni pemberian dari rakan En Hubby !
ADIK duduk sibuk memerhati di sebelah, waktu En Hubby mandi & bersihkan burung ini
Sambil layan borak2 dengan En Hubby sebab tau En Hubby sedikit sedih 
Dengan kehilangan burung nila biru semalam !
 
ADIK :  Abah, Abah tak rindu ke burung nila Abah tu !
EN HUBBY :  Entahlah Dik.  Adik rindu tak !
ADIK :  Rindulah, burung tu cantiklah Abah !
EN HUBBY :  Yelah, mestilah rindu kan 
ADIK : Abah rasa apa yang makan burung Abah tu ?
EN HUBBY : Susah nak cakaplah, takkan kucing, takkan ular pulak, samada kera ataupun
musang ni ! Tapi macam kerja musanglah ....
ADIK :   Adik rasa betullah Abah , musang tu, sebab Adik ada baca cerita musang berbulu ayam
merah ! .. Kan burung abah tu habis berterabur bulu2 dier ... Musang lah tu !
EN HUBBY :  .. Yelah Abah rasa pun musang lah !
ADIK :  Misteri betulllah !  Yang ini pulak burung apa Abah ?
EN HUBBY : Burung merbah jambul !
ADIK :  Eee... mancho lah burung Abah ni !
EN HUBBY :  He He He ... Jambul dier tu yang buat nampak macho !
ADIK : Adik rasa Abah ajarlah burung Abah ni bersikat, nanti nampak macho ajelah !
EN HUBBY :  He He He ..burung mana boleh bersikap rambut macam kita,
burung ni biasanyer sikat2 sayap2 dier aje dengan gunakan paruh !
ADIK :  Oh !..Tapi memang macholah burung abah ni, walaupun sebesar penumbuk Adik aje 
macam ni ! (Sambil tunjuk penumbuk kat En Hubby )
EN HUBBY : He He He

( GAMBAR BURUNG X BERAPA JELAS DEK PANAS MATAHARI SEMALAM ! )

Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup,
 alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung.
Burung Merbah Jambul Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan 
yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Jambul Hitam tidak bergigi. 
Burung Merbah Jambul mempunyai keunikan di mana memiliki bulu pipi berwarna merah terang 
dan beberapa helai bulu pelepah diatas kepala yang menyerupai jambul. Mempunyai suara 
yang merdu dan memiliki kelincahan sehingga ramai penggemar Burung memilih Burung 
Merbah Jambul sebagai haiwan belaan.

32 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sweetnya

Kisah Si Dairy said...

teringat kat arwah pakcik,dia sangat sukakan burung.

Roha said...

la kena makan musang ker burung nila abah dik ? nasib baik cepat dapat penganti kan..burung merbah jambul lagi..bak kata adik mancho burung abah ni ! terhubat la rindu kat burung nila tu kan dik :)

Rasp said...

alahaiiii...
tapi memang misteri lah hurmmm...
sib baik dah ada pengganti :)

adik ni memang cerdik dan petah kan...

Fiza Rahman said...

Tersengih2 baca. Ada2 jer adik ni. Rajin husband akk bela burung.

Fiza Rahman said...

British council ☺

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sweetnya ~~~

BM said...

Tragedi berdarah rupanya! KA kena letak CCTV ni...hehe
Apa pun dah ada pengganti, sesiapa yg ada hobi bela burung ni, orangnya memang penyayang dan teliti.

aTieYusof Family said...

Pandai nya adik pujuk abah ye..hehe..burung yg baru ni pun comel..

:: Mrs.Eady :: said...

cantik ner burung...

Sue-Rya Qistina said...

comel je adik ni tau. mcm2 dia nak tau kan..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Seronok bila dengar kisah adik. Ada sahaja dengan teletahnya. :-)

OhPanduan said...

Bela burung memang seronok bila suaranya bunyi merdu. Boleh jadi penghibur masa lapang.

paridah said...

gitulah kalau bukan rezeki dijaga elok molek pun hilang juga misteri sungguh tu...tapi dh ada pengganti tu sukakan hati sedikit kan...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

cantik burung merbah jambul tu ....

Kira Sakura said...

pandai adik sejukkan hati abah. sejuk perut ummi kan ummi? ;)

Haryati Faizal said...

alahai...kiutnya burung tu...

Daddy Ziyyad said...

musang/kucing/kera..bleh ke bukak sangkar burung tu? saya pun musykil..:)

LydSunshine said...

dah mati ke si nila tu/. alaaa sedihnya mati tanpa pusara. kucing ke yang makan. sangkar tu rendah ke sampai boleh binatang lain buka.

tapi takpe la.. dpt ganti dgn burung macho bak kata adik. hehe.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

macam mana agaknya musang tu boleh buka sangkar burung tu..

nurbijen said...

La x jelas pun gambarmacho burung tu.... Kena upload yg lain tu K a

wantie said...

Pandai adik pujuk hati si abah yg lara tu yer

n O e s u h a i m i said...

bijak adik...suruh burung sikat rambut...hehehe

Ibu Lala said...

Alahai. Siannya. Bape jd camtu ek

Aisy Nasiha said...

pandai ya Adik pujuk abahnya

Petak Bunga said...

kucing makan ke?

hainom OKje said...

adik adik burung pun nak disuruhnya sikat biar nampak macho ye...hehe ada ada aje adik ni tau!

Mummydearie said...

Pandainya Adik ambil hati Abah. Macam ni mmg Abah tak sempat bersedih kehilangan burung kesayangan. Angah tak sedih ke burung tu hilang?

RDZ Z said...

British Council & Zwingy for KA!!!

Maria Firdz said...

Hehe.. Rajin abahnya layan celoteh adik.. Teringat iklan petronas pasal brung tu... Hehe

ArELeEz said...

jimat! xyah pakai gel utk pacakkn 'rambut' merbah jambul. ha3..

mama aryan said...

sweet je adik ni,pandai dia berbual ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...