Tabung Masa Depan ...

Thursday, March 20, 2014

Cerita SPM 2013 & Cikgu Adik !

  Keputusan STPM 2013 dah pun diumumkan semalam kan.
Untuk SPM 2013 pulak akan diumumkan hari ini 20 Mac 2013. 
Biasanya ramailah anak2 dan ibu bapa yang akan datang ke sekolah 
Untuk ambil keputusan sendiri bermula jam 10.00 pagi nanti .
Agak2 kalau x sempat nak pergi boleh juga semak "Secara Online" dengan
Buka ke laman Sesawang SAPS 
Tekan butang (Warna Hijau) Semakan Ibu Bapa.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
Pilih Sekolah Rendah
Pilih Tahun
Tekan butang Semak Laporan.    
 ATAUPUN paling mudah "Secara SMS"
Dengan menaip SPM (No. KP) (Angka Giliran) hantar ke 15888
Contoh : SPM 950101010101 AB0001A001
**Setiap SMS akan dicaj RM0.35 lah nanti...
SELAMAT BERJAYA YER PADA SEMUA ANAK2
KALAU KURANG CEMERLANG, INGAT INI BUKAN PENGAKHIRAN
TAPI PEMBUKA PINTU JALAN UNTUK KEJAYAAN DI MASA2 AKAN DATANG !

Duduk bercerita dengan anak2 tentang cerita SPM ni dalam hujan lebat petang semalam
Angah sibuk plan nak ambil kelas tuisyen untuk peperiksaan P3 dier tahun ni
Walau Angah duduk di kelas KRK di sekolahnya
Dimana cikgu2 sememangnya memberikan perhatian yang khusus & lebih
Tapi Angah kata, dier rasa perlu juga nak ambil kelas tambahan
Untuk memantapkan mata pelajaran Sains & Matematik 
KA iyakan aje kalau dah itu yang Angah rasa perlu...

Adik yang sibuk menulis di sebelah, mulalah sibuk bertanya..
ADIK :  Tuisyen tu kena bayarlah yer ?
KA :  Mestilah, abis cikgu2 tu kita kena bayarlah gajinya !
ADIK :  Ooo..... Adik pun ada buat kelas tuisyen kat sekolah !
KA :  Aaa... ye ker, sapa cikgunyer ?
ADIK :  La, Adiklah jadi cikgu, kawan2 Adik yang suruh Adik buat tuisyen,
 ajarkan diaorang semua!
KA :  Semua  ???
ADIK :  Eee... tak lah semua tapi kawan2 Adiklah, Isnaini, Maisarah, Bla, Bla, Bla..
KA :  Kenapalah Adik rajin sangat !
ADIK :  Saja2 je, bagi semua orang pandai !
KA : Dah nak jadi cikgu pulak, bukan cita2 Adik nak jadi Kapten Tentera Laut ke ?
ADIK :  Eh, mestilah tu cita2 bila besar, yang ini saje2 je Adik buat tuisyen ni, saje2 !
Tapi percuma je ! X payah bayar2...
KA :  Ada gaji ke tidak ni ?
ADIK :  Kan Adik dah cakap, Adik bagi tuisyen ni percuma je, free !
KA :  Amboi, tak penat ke ?
ADIK:  Tak lah kat sekolah aje, mana ada penat, saje2 aje !.  Adik dah bagi nama kelas 
tuisyen Adik tu,  2 PINTAR !  HeHeHe
KA :  Eh, bukan Kelas Adik 2 CEKAL ke ? Naper tukar ke pintar pulak ?
ADIK :  Itu kelas masa sekolah, ni kelas tuisyen Adik, 2 PINTAR Lah...
Eee... Ummi ni banyak tanyalah,  Biarlah Adik nak letak nama 2 PINTAR, 
Kan Adik yang jadi cikgunyer !
KA : Ok, Ok ! Eh,... kerja sekolah dah buat ke belum Cikgu ??
ADIK :.... Eeeee Ummi ni !
Ada gaya cikgu ke Adik ni.. He He He

38 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ALL THE BEST PADA SEMUA STUDENT

Kisah Si Dairy said...

comelnya dia...harap yang terbaik untuk semua student spm and stpm 2013

Lelaki Ini said...

Hahaha. Comel sgt. Hi Cikgu Adik.

NM03 said...

in sha Allah, mana tahu menjadi pensyarah ke suatu hari nnt kan dik kan...

Fiza Rahman said...

Klo baca citer adik ni tak sah klo tak tersengih2. Bagus jer adik. Teruskan usaha murni tu yer.

Farah Waheda Wahid said...

sekarang ni dah mudah nak semak keputusan, tak macam zaman2 kita dulu...

Rai Ourkizuna said...

bijak bijak..

mudah kan sekarang boleh check dgn sms je..tapi kurang debaran la kan.. kalau ke sekolah lebih terasa seronoknya..hihi..

Kira Sakura said...

alololo comey la adik nie. byk betoi keletah dia hihih

moga berjaya dunia akhirat adik amin

Zura@Iwan said...

hehehe

adik ni baik orgnya..
bijak plak tu...

bertuah ibu dpt adik..

Khai♥Rin : anies said...

mengaminkan doa adik..
aminnnnn

Mummydearie said...

Adik, jadi cikgu ajelah Dik! Takdalah student berdebar-debar bila keputusan exam keluar nanti. Dah namanya cikgu secemerlang Adik, mesti semua pun pandaikan :)

Kelakarlah Adik ni. Rasa nak pinjam jap bawa ke rumah suruh belajar dengan Abang. Abang depan gegirl dia penyegan sikit. Hormat gegirl katanya :)

lizz said...

moga mereka semua berjaya...saya hari ni pun berdebar2 3 anak buah amik result hari ni

Mimi Azirah said...

Mesti calon spm berdebar debar kan kak...hahaha adik nih memg bijak la die..keletah

Mimi Azirah said...

Mesti calon spm berdebar debar kan kak...hahaha adik nih memg bijak la die..keletah

lieyalatif said...

kehkehkeh comel jek adik ni...suke lieya bace celoteh die KA...nak menang ajek die yeak heheehhe...bijak2....

:: idzwa :: said...

bijak la adik ni :)

❤Kamsiah❤ said...

jubah biru...comelnya...semoga Adik menjadi anak yg solehah..

acik idah said...

So sweett..! :D

Knor said...

Semoga adik juga cemerlang dn dpt cpi cita2nya..

BM said...

Alahai adik...rajin dan ikhlas membantu rakan2. Terbaiklah...selain membantu, ianya bagus utk diri adik...jangan ajar ajaran sesat dah le ye.

Sue-Rya Qistina said...

kemain bijak lagi adik ni tau..hehehe

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bijaknya adik. ada bakat jadi cikgu tu KA.. :D

Umi Qi said...

comel yer adik pakai jubah :D mmg ada gaya jadi cikgu heheh

Cho Zila said...

suka kalau baca cerita adikni.. bijak nampaknyer..

paridah said...

suka baca cerita adik pintar ni...tindakannya matang n positif...rasanya adik ni jadi cikgu nanti...minatnya ke arah tu sdg ditunjukan...tahniah kpd calon2 SPM yg berjaya dgn result cemerlang...yg gagal tu usaha lbh giat lagi.

hainom OKje said...

Kalau tengok gambar bawah tu mmg sah sah mcm cikgu KA hehe

yan's cottage said...

bijak2....cantik adik bila berjubah macam tu....

ummiross said...

hihi..seronok baca kisah adik.

Dhia Dirham said...

terbaik la cikgu adik. jadi pelajar yang boleh membanggakan ibu ayah! (:

Acik Erna said...

adik yang bijak bercakap..ummi boleh la panggil 'cik gu adik'

Tihara said...

Adik ni memang ceria je dia,
Mesti kawan2 sayabgkan dia.

Chic Na said...

gaya2 bercakap tu memang sesuai sgt jd cikgu tau adik.. hihi..

klik2 inti.. :)

mama aryan said...

gaya bercakapnya tu dah macam cikgu dah tu...semoga adik berjaya walau apapun cita-cita adik ye

Kakizan Omar said...

adik.. adik... semoga semua cita2nya tercapai.. ameenn

wantie said...

all the best to all of the student yg ambik spm result.

amboi cikgu kecik ni..comellah

LydSunshine said...

Hahaha... dia boleh plak bagi nama kelas tuisyen dia 2 pintar. Mulia hati dia nak tolong kawan2. Siap bagi tuisyen percuma.

n O e s u h a i m i said...

adik ni kiranya cikgu 2 pintar la ..hehehe :)

MaMa Rey said...

bijak adi ni..comel twngok dia..mmg ada gaya jd cikgu tu KA..^-^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...