Tabung Masa Depan ...

Friday, March 21, 2014

Kisah Hijau & Kelas Tuisyen Adik Part 2

Salam Jumaat semua !
 " Annas bin Malik mengatakan,
 “Warna yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w adalah hijau.” 
Namun selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih.
 Ada juga keterangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah memakai
 pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran "

Semalam balik dari Office, terus duduk bercerita dulu dengan Adik ...
ADIK :  Ummi2, Adik dah tahu sebab apa Ummi suka warna hijau !
KA :  Sebab apa ?
ADIK :  Sebab warna hijau warna kegemaran Nabi Muhammad !
KA :  Sape bagi tau Adik !
ADIK :  Ustazah Adiklah yang bagi tau, dier pun suka warna hijau Ummi...
KA :  Betulllah tu, lagipun warna hijau ni bagus untuk mata !
ADIK :  Itu Adik tau, Ummi selalu cakap kan !
KA :  Macammana sekolah hari ni !
ADIK : Ok je !
KA : KELAS TUISYEN ADIK  tu pulak ok ke cikgu ?
ADIK : Mestilah Ok .....
KA :  Eh, kawan blog Ummi kata, Adik ni memang baguslah, tapi
jangan sampai ajar ajaran sesat sudahlah !
ADIK : He He He, mana ada, Ustazah kata kalau kita ajar kawan2 ilmu yang baik2,
nanti kita pun akan dapat pahala sama kan Ummi !
KA :  Betul lah tu Cikgu... tapi penatlah kan !
ADIK :  Eee.... Ummi ni.  Adik dah suruh kawan Adik sorang lagi jadi cikgu jugaklah!
KA : Dah kenapa pulak ?
ADIK :  Yelah, Adik rasa nak ajar Matematik, Sains, BM ajelah, yang lain tu, 
bagi kawan Adik yang ajar ! Dia pun pandai jugak ...
KA :  Tulah, Ummi dah kata mesti Adik penat kan !
ADIK:  Bukanlah, kalau kita ajar banyak sangat mana ada tumpuan, kalau ajar sikit je
boleh lah ajar betul2 sampai pandai !
KA :  Adik2, gaya bercakap pun dah macam cikgu2 dah ni !
ADIK :  Betul apa, Adik kena bagi tumpuan betul2, barulah boleh ajar bagi pandai !
KA :  OKlah Cikgu Adik... 

 بَعْدِهِ ثَلَاثٌ وَلَدٌ صَالِحٌ يَدْعُو لَهُ وَصَدَقَةٌ تَجْرِي يَبْلُغُهُ أَجْرُهَا وَعِلْمٌ يُعْمَلُ بِهِ مِنْ بَعْدِهِ
Daripada Abu Qatadah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Sebaik-baik perkara yang ditinggalkan oleh seseorang selepas (setelah meninggal dunia) 
tiga perkara: 
anak soleh yang berdoa untuknya,
 sedekah yang berkekalan yang menyampaikan pahalanya kepadanya 
dan ilmu yang diamalkan selepasnya.”
 
 #PRAYFORMH370 ....

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
pagi nie lambat singgah
baru lepas assembly

mama aryan said...

wah petah sungguh adik ni bercakapkan, pandai lak tu,sanggup ajar kawan2..bagus adik

paridah said...

salam jumaat....insya Allah adik adalah anak soleh yg jadi kebanggaan ummi n abahnya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Suka bila baca cerita adik kat sini. Bijak adik ni akak. :-)

ArELeEz said...

'cikgu adik'.. hmm.. macam comel jerr.. hiks..

wantie said...

adik memang petah berbicara kan.. hmmm uminyer suka hijau yer...

ntah bila la aura hijau tu nak menusuk ke kalbu ni...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

memang ada bakat jadi cikgu la adik ni.. :D

LydSunshine said...

ooo cita2nya nak jadi cikgu. Bagus adik. Kerjaya yang mulia tu.

ANIM said...

ecil2 dah nampak ketokohan jadi guru ya adik:-))

Chic Na said...

bagus adik ni.. cita2 yg mulia..

klik2..

Syazana Zainn said...

petahnya anak akak. hihi

semoga berjaya baik dunia dan akhirat

XOXO

n O e s u h a i m i said...

semoga cita2 adik tercapai...

nurbijen said...

selalu terhibur baca celoteh KA dgn Adik...

Mummydearie said...

Sah dah ni Adik bolehlah pilih profesion guru bila dah dewasa nanti. Ramai yang memerlukan khidmat Adik sebagai guru nih. Bakal cikgu yang penuh dedikasi ya, Dik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...