Tabung Masa Depan ...

Monday, March 24, 2014

Resepi Kek Pisang & Kek Batik Yang Simple & Sedap !

Weekend lepas semua adik beradik KA balik berkumpul di rumah
Bila semua dah ada, sibuklah masing2 suruh anak dara KA ANGAH !
Untuk tolong ajar & tolong buatkan kek2 yang mudah
 ANGAH kan part2 berwestern & baking2 ni memang minat dierlah
Satu kek pisang by ANGAH yang dibantu 3 chef2 cilik macam biasalah
Dan kek batik yang Mak Uda dier buat dengan bantuan & tunjuk ajar ANGAH !
Hasil2nyer.... NAH !
2 kek sampingan selain Kek Coklat untuk birthday My Sister yang memang tersedia dah !...
TERIMA KASIH YER ANGAH !

 RESEPI KEK BATIK VERSI ANGAH TANPA TELUR  (LETAK TELUR PUN BEST TAU )

Bahan2nya ....
  • 1  bungkus biskut marie
  • 1 buku buttercup
  • 1 1/2 cawan serbuk koko (van houten ) (ikut suka )
  • 1/2 cawan milo (ikut suka )
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 cawan susu pekat manis 
  • 1 biji telur ( ikut suka )
  • Coklat rice ( Untuk Hiasan Atas )
Cara-cara nak buatnya!
  1. Patah2kan ajelah biskut tu
  2.   Campurkan serbuk koko,milo,air.  Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah sebati
  3. Lepas tu bubuh butter,kacau lagi sampai butter cair,
  4. Kecilkan api, bubuhkan susu pekat manis kacau sampai agak2 pekat.
  5. Masukkan telur kacau (kalau suka) & perlahankan api dan padamkan 
  6. Masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut di selaputi coklat.( Biskut terpulang pada citarasa. kalau nak byk coklat guna sikit ajelah )
  7. Masukkan dlm loyang..tekan2 sikit bagi padat.
  8. Taburkan cokelat rice 
  9. Simpan sekejap dalam peti sejuk sebelum dipotong dan  boleh dihidangkan !

RESEPI KEK PISANG KURANG MANIS ANGAH 

Bahan-bahan:
3- 4 biji pisang emas (saiz sederhana)- dilenyek2
1 cawan gula pasir
3/4 cawan minyak masak
3 - 4 biji telur gred A
2 cawan tepung gandum diayak
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit baking powder
Secubit garam (Kalau suka )

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang & sapukan  margerin serta alaskan kertas minyak kalau suka 
3. Pukul gula, telur, minyak dalam mangkuk hingga kembang & sebati
4. Masukkan tepung(+baking powder) dan kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen vanilla (+garam) . Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 40 - 45 minit atau hingga kek bertukar keperangan  Cucuk tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui samada kek dah 
masak dengan sempurna ataupun tidak.

KALAU NAK CUBA, SILA KAN LAH ! 

( Hari ni Busy sikit.. nanti2 KA BW yer ! )

18 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. rajinnya angah buat kek. adoii sedapnya. thanks sharing. boleh sheila cuba buat kek sendiri. heeee ~~~

Nurzakiah Hanum said...

sedap nie

Knor said...

pandainya anak2 membaking...

Fiza Rahman said...

Pandai angah mem baking yer kak. Dah lama tak buat kek batik. Nampak sedap lah plak kek batik tu.

Farah Waheda Wahid said...

wah berkek2 kita yer kak, semalam Farah ber-RVC, hari ni akak pulak...hik hik hik...

Sue-Rya Qistina said...

nampak sedap ni KA

Dhia Dirham said...

pandainya..

❤Kamsiah❤ said...

resepi2 tu mudah dan bahan2 pun simple..tp hasilnya sedap..

Nastyna said...

Untung KA ada anak2 dara yang rajin.

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah. nampak sedap kek tu KA.. rajin angah.. :D

ayut said...

Wah..rajin sungguh angah..pasni ummi ye dh blh rilek jela dr baking ;)

UmmuAidan-Arissa said...

pandai &rajin betullah angah nie..kalo ade anak laki sebaya nak gak risik2 wat menantu..heheh

wantie said...

saya ni kalau kurang manis laju je..

Kira Sakura said...

berbakat sungguh angah!!! hihihihi

Mimi Azirah said...

Uiittt.memg sedap...kek pisang sy dh buat..incik hubbu nk mkn

Mummydearie said...

Wah, Angah! Cuti sekolah buat part time jadi tukang tunjuk ajar ye. Saya ni dari sehari ke sehari nak buat kek batik. Last sekali buat rasanya masa zaman anak dara, dok tolong kakak buat ler. Teringin pulak nak merasanya lagi. Dok ingat dalam kepala pergi beli biskut Marie, balik rumah tetap gak tak buat. Biskut pun habis dikerjakan!

LydSunshine said...

Untung la ada anak dara yang suka buat kek. Senang nak celebrate bday nanti.

mama maman aka yana said...

rajin sungguh.. bagusnya la.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...