Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 22, 2014

Bila Adik Masih Dalam Mood Gembira !

Adik masih lagi dalam mood gembira dier
Buat homework semalam pun, senang aje ngajarnyer
Dan jadi cepat pulak siapnyer, memang xde marah2 ler
Abis je homework, sibuk lagi duk belek2 hadiah2 yang diterima
Paling dier suka mesti ler HP & Beg Galas Oren yang cun giler
Siap minta kebenaran nak bawa kedua2 item ni ke Kelas Silat dier
Sambil tu Adik berceritalah cerita2 lawak di sekolah dier ...
Ini tentang Sir ( Cikgu yang ajar Adik PK &  Seni Silat Gayung juger ! )

ADIK :  Adik suka belajar dengan Sir,
KA : Kenapa ? Sebab Sir tu hensem ker ?
ADIK :  Tak lah, sebab Sir tu suka buat lawak...
KA :  Eemmm ... apa yang lawak nyer..
ADIK :  Banyaklah, ... Ummi tau tak hari tu Sir kata macam ni,... Awak bayangkan
suasana cemas macam ni, Awak sakit perut lepas tu awak masuk ke tandas,
tengah2 najis nak keluar, tiba2 takde elektrik, mesti najis tu masuk balik, lepas tu Awak jerit2
panggil mak Awak, satu sebab sakit perut, dua sebab Awak dah takut... cuba bayangkan !...
Lawak betullah !..
KA :  Lawak ke bende tu, eee... apa lah lawak cerita sampai ke situ !
ADIK :  Lawaklah tu, Adik pernah sampai mimpi2 tau, Peliknya Adik belajar Takewando pulak
dengan Sir , lepas tu Adik orang yang pertama dapat tali pinggang Hitam dari Sir,
Tapi, Sir ambil balik sebab tali pinggang tu besar !
KA :  Sebab tali pinggang tu besar ke, sebab tali pinggang tu kecik Adik ! Tak muat...hehehe
ADIK :  Eeee..... Ummi ni, tu malas Adik nak cerita!
KA :  Aaa.. tapi yang kisah tali pinggang besar tu, memang lawak Adik... hehehe
ADIK :  Eeeee............ 
KA :  Hehehe betul apa !

 BTW,  Adik sekarang dah bertali pinggang Biru lepas lulus ujian hari tu, 
dah berkira2 nak ambik Ujian untuk tali pinggang merah pulak tahun ni  ! Adik2...

18 comments:

Aisy Nasiha said...

Wah..nampak bersemangat Adik ni. Semkga terus berjaya kuasai takwando ya..

Nurzakiah Hanum said...

HAPPYNYA DIA MUKA CERIA JE

:: idzwa :: said...

baguss bagusss la adik ni :)

Fiza Rahman said...

Tahniah adik. Good luck utk tali pinggang merah plak ☺

Knor said...

hebat adik ni..tak lama lgi dpt tali pingganh hitam..tendang jer org yg bt kacau dik,,,heheh

Sylarius Yusof said...

Baca pasal silat gayung ni, teringat scene Pak Uda bersilat gayung dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Hehehe

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

mmm... teman pun ada terfikir nak hantar si jantung hati belajar taekwondo... maklumlah anak manja... silap hari bulan melalak kat tempat latihan :)

UmmuAidan-Arissa said...

wah adik mesti berjaya belajar silat betul2 nie sbb berbakat nampak tuh..:)

Shark Kay said...

ini ker adik..
waa..
comelnyer adik.
br dpt tgk muka adik setelah lama baca celoteh dia.
salam perkenalan adik :)

Chic Na said...

tak lama lagi dapat la tali pinggang hitam.. :)

Kira Sakura said...

adik. silatkan ummi tue. biasaaaaa ummi tue usik2 adik :p

LydSunshine said...

budak2 ni senang je nak bagi derang ketawa kan. Hehehe. Mmgm suci sgt. Lawak sir yg pasal toilet tu pun dia suka sgt.

n O e s u h a i m i said...

tahniah adik....teruskan usaha lagi yer...

Mummydearie said...

Sebenarnya cerita Adik lagi lawak daripada Sir tau. Kalau tidak, takdalah Aunty ni datang menebeng aje kat sini!

suri said...

hamboi bukan main gembira lagi yeh heee...

kelik sana sini nuff

suri said...

hamboi bukan main gembira lagi yeh heee...

kelik sana sini nuff

Siti Fatimah said...

Bagus adik...bagus

ArELeEz said...

good job, adik! martial art mmg bagus, xkira utk lelaki / pompuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...