Tabung Masa Depan ...

Monday, April 14, 2014

Bila ALONG Bercerita Pasti Ada Rasa & Pengharapan Juga !

Minggu lepas, ALONG balik rumah bercuti macam biasa
2 minggu sekali biasanya kalau ikut jadulnya
Malam pertama ALONG di rumah aje
Dah tak senang duduk & tidur KA dibuatnya
Elok kita nak baring2 atas katil tu aje
Datanglah nak bercerita kisah2 di asrama dier
Dah Ummi Mithal,i memang tadahkan ajelah telinga KA ni yer !

CERITA ALONG TENTANG PELAJARAN & CIKGU2
  Pelajaran di sekolah dier OK aje, cuma Cikgu2 yang mengajar tu ajelah, ,macam2 hal.  
Kalau dulu ALONG x berapa nak minat Math, tapi sekarang dier jadi minat giler 
sebab,
Cikgu yang ajar ALONG tu, dah  3 - 4 kali cakap " Awak ke hero yang berlakon dalam 
cerita "Playboy Itu Suami Aku, macam sama je " walhal ALONG tak minat langsung drama tu !
Cuma ALONG minat sikit tang lagu ENCIK MIMPI tu aje...

Lepas tu BM pulak, ALONG jadi teruja juga sebab, 2 buah sajak ciptaan dier berkisahkan
tentang MH370 diangkat Cikgu sebagai 2 antara 3 yang terbaik..
 (Sah2...ni ikut bakat menulis KAlah gamaknyer hehehe ) 

Bila KA tanya tentang Sejarah laju je ALONG kata, senang sangat, janji nak kena ingat
kisah PARAMESWARA lah .. hehehe
(Bab2 sejarah ni mesti ikut Abah dierlah ALONG ni !)

Untuk BI pulak, ALONG memang x berapa nak power, tapi dier seronok sangat
Belajar kat sana, sebab dier yang coordinate & mereka gaya persembahan kelas dier
Untuk minggu BI dengan ikut cara & idea dier sendiri dengan dibantu kawan2 !

Tapi ALONG kata, banyak2 Cikgu yang Ok2 semua tu, ada juga sorang yang memang
Buat semua orang stress giler.  Cara dier mengajar tu, seakan2 menekan sangat, sampai
ramai yang jadi tak suka !
Tapi ALONG kata, kita kena fikir positif, mana tahu dier ada sebab tersendiri,
mengapa dier perlu serius dan tak bagi muka langsung pada pelajar2nya!
Mungkin kesannya dapat dilihat satu hari nanti, walau ada kawan2 yang bersungut2
"Cikgu ni memang x pandai mendidik langsung" malah ramai yang bersorak riang
bila Cikgu ni tak datang ke sekolah seminggu kerana berkursus.
Walaupun begitu ALONG kata, ada juga kawan2 dier yang ambil pendekatan yang
sama dan bersetuju dengan ALONG, fikirkan yang positif aje ler !

CERITA ALONG TENTANG KAWAN2 PULA
Kawan2 dier Ok je ALONG kata.  Ada seorang tu yang pelik sikit tabiat dier.
Bila malam dier tidur, tangan kanan dier akan mematuk2 seperti Ular,
kadang2 membelit2 hingga ke leher & rambut.  Mula2 ALONG tak percaya bila
kawan2 bercerita.  tapi satu malam, waktu dier tengah tidur, ALONG nampak
tangan kanan dier mula bergerak2 macam kepala ular.  Bila ALONG cuba betulkan,
tiba2 terus tangan kawan dier tu mematuk dan menangkap tangan ALONG.  Sakit betul,
kata ALONG.   Orang kata ni macam badi or silat ular2.  Entah betul entah tidak.
Jadi nak tak nak, kena percaya dan biarkan ajelah, janji dier
tak kacau sesiapa !

Bab tak kacau kawan2 tu satu hal lah, satu hal lagi, ALONG kata ada seorang budak,
dari gaya dier datang dari keluarga berada, sebab keluarga beliau selalu datang
berkereta mewah.  Sayangnya, mungkin sudah terbiasa tak buat apa2 di rumah,
perangai tu terbawa2 bila di asrama.  Kasut sekolah tak berbasuh, baju2 dibiarkan
berlonggok2 dalam bakul, stokin2 kotor , basah & berbau dipakai berulang kali.
Bayangkanlah, kata ALONG, kawan2 satu dorm merungut sebab bila budak tu
bukak aje locker dier, habis semua orang muntah keluar isi perut.
Nasib baiklah bukan satu dorm dengan ALONG.  Sekurang2nya, fikir2lah
tentang perasaan & ketidakselesaan kawan2.  Bayangkan bila ada perhimpunan
semua orang yang bersebelahan kena tahan nafas. Boleh pengsan dibuatnya !
Sampai tukang gunting rambut di sekolah pun tak sanggup nak gunting rambut
budak ni dek sebab bau dier tu !. Alih2 budak tu terpaksa bayar lebih untuk
khidmat gunting rambut, kalau orang lain bayar RM 3 aje, budak tu bayar RM 10,
kalau tak, memang takde sapa yang sanggup gunting rambut dier !
Bayangkan, budak tu akan usung segala benda untuk dibawa basuh balik ke rumah
samada 2 minggu atau 3 minggu sekali ikut jadual balik rumah lah...
Kata ALONG lagi, ada juga kawan2 dier yang datang dari keluarga yang
senang juga, ada bibik di rumah, tapi boleh bawa diri sebaiknya bila tinggal di asrama.
ALONG kata mungkin kalau 1 -  bulan pertama boleh terima lagi, tapi ini dah masuk
bulan ke 4, masih dengan perangai yang sama !.  Masya Allah ....

SIAP ALONG PESAN macam ni,
UMMI tolonglah tulis dalam blog, sapa2 yang ada niat nak duduk di sekolah berasrama
atau ada parents yang nak hantar anak2 ke sekolah berasrama, pastikan anak2 diarong tu
diajar dulu cara2 menguruskan diri sendiri agar tak menyusahkan orang lain bila di asrama nanti.
Bayangkanlah, ALONG kata sebabkan kaki & bau stokin budak itulah, menyebabkan
ramai yang tak dapat kusyuk bila bersolat di surau !
 Mudah2an budak tu boleh berubahlah juga nanti, harapan ALONG ...

Ok , stop kat sini dulu.. kalau ditulis lagi
Macam KA katakan selalu akan jadi kisah 1000 satu malam nanti !
Saja2 berkongsi  cerita anak2 kat sini
Untuk mereka baca semula In Sha Allah...satu hari nanti..
Walau mungkin tika itu, kita tidak lagi berada di sisi
Sekurang2nya anak2 tahu, mereka sentiasa di hati seorang Ummi !

12 comments:

Knor said...

salam KA
Kena bagi along sebotol minyak wangi atau fabreez tu..sembur jer sgenap ruang..biasalah budak lelaki...yg tak thn tu kena thn jugalah ye...

bab udak mcm ular tu seram jer...org jadi jadian kut..tak ada yg berdengkur ke KA..cer tya Along..hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, harap2 adik sheila kat asrama tak buat gini. hehee singgah menabung libresse sini~~~

Farah Waheda Wahid said...

bila anak2 dah membesar memang kita kena layan telinga dengar kisah dan cerita mereka kan kak KA?

n O e s u h a i m i said...

rajin along bercerita...bab tidur tangan berjalan tu...seram je klu tengok...siap patuk lak...hehehe

mungkin ada kawan along yg boleh beri nasihat pada kawan yg x tau buat apa2 tu...cakap elok2 la...noe sebelum anak g asrama..dah pesan mcm2...kena iron baju..kena basuh baju sendiri...nanti org x suka...mak ayah kena main perasan juga

QasehnyaRania said...

sronokkan bila dgr cter anak anak.
xlist dorang sedia berkongsi dgn ummi mereka.
barulah kamcing gitew..
smga anak2 saya pon nti akan mnjadi pencerita juga dgn ummi dan baba mereka aamiin..

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

bila hidup berasrama ni..
mcm2 kwn yg kita jumpa kan
kalau ada jumpa kwn yg sekepala..
alhamdulillah..

bab kwn yg tk pandai berdikari tu
mslh gk kan....semoga bdk tsebut sedar tk lama lg..

Maria Firdz said...

Seronok layan kisah KA dan anak-anaknya... Hehe

ANIM said...

dia seronok nak ceritakan KA..
cam si Abdul saya lah..
sekurang2nya kita tau, dia banyak belajar di asrama kan..

Filzah Azzahra said...

kalau adik filzah pulak, kawan sebelah meja langsung tak nak tolong ajar kalau kita mintak. tapi sesuka hati mak bapak dia jer pinjam pemada tak pulang. Haishhh .. kesian adik saya yg slalu jd mangsa

BM said...

Macam tak percaya jer ada orang yang sanggup pakai pakaian tak berbasuh berulang kali dan tak kesah berbau busuk. Tapi itulah realiti...pelik juga kan. Sepatutnya cikgu2 disitu kenalah ambil tahu dan beri nasihat serta tunjuk ajar agar ianya tidak berterusan dan menggangu pelajar lain.
Sebenarnya kesian pada budak tu...pasti dia takde kawan.

Fiza Rahman said...

Macam² cerita dari anak² kan kak. Kesiannya along. Terpaksa berhadapan dgn kawan2 yang pelbagai ragam.

Mummydearie said...

Adatlah Along bila sudah tinggal di asrama. Macam-macam kerenah. Saya dulu jenis yang tak suka orang sentuh barang. Memang tension gila jugalah nak menyesuaikan diri bila di asrama dah kengkawan suka aje ambil barang kita tak minta izin. Saya pun macam Along juga, minat Maths sebab cikgunya cantik menawan, bertumit tinggi dan bawa kereta idaman saya ketika itu. Terus minat subjek yang diajarnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...