Tabung Masa Depan ...

Friday, April 04, 2014

Cerita Solat Sunat Tasbih & Fesyen Wak Doyok ALONG !

Dua hari lepas KA belek2 album lama, Tengok gambar2 lama anak2 waktu kecil
Tengah seronok melayan tiba2 Adik masuk dan tanya, " Ummi rindu Along yer !"
KA senyum dan jawab balik " Tak lah saja tengok gambar2 lama ni ha !"
Adik jawab pulak " Adik tau Ummi rindu Alongkan hehehe !
KA : Mana ada, saja Ummi tengok2lah ! 
Adik :  " Tapi kan Ummi, Along memang comellah masa kecik2 ...

Hampir seminggu dah Along balik ke asrama usai habis cuti sekolah
Dan biasalah balik bercuti tak habis2 bercerita tentang kisah2 di asrama
Kalau bercerita dengan KA, mahu 10 hari 10 malam tak habis cerita dier
Antara yang buat Along teruja adalah bila diajar buat SOLAT SUNAT TASBIH
Waktu ada khemah ibadah solat & ceramah agama di sekolah !

**************************************************************
CERITA ALONG :
Bila Ustaz Penceramah tu kata, Solat Tasbih ni boleh menghapuskan dosa2 kecil kita yang
telah lalu, sekarang dan akan datang, memang ramailah teruja,
Hari pertama tu, awal2 lagi dah penuh surau sekolah, lepas tu bila buat aje Solat Tasbih tu
barulah tau, bukan senang nak buat, buat sekali je pun dah sakit segala tulang pinggang,
boleh pulak Ustaz tu suruh buat lagi sekali, malam tu semua mengadu sakit sana sini !
Lepas tu hari kedua, sekali lagi akan diadakan Solat Tasbih ni, Along tergesa2lah pergi
Sebab rasa dier agak terlewat dah, sampai2 masuk je surau tu, Along orang yang ke enam
Ramai yang tak sampai lagi sebab sakit2 badan semalam.,. hahaha !"
KA :
Susah sangat ke nak buat Solat Suant Tasbih tu Along?
ALONG:
Bukanlah susah sangat, tapi walaupun 4 rakaat je, banyak benda yang kita kena buat,
 kalau tak biasa memang sakitlah badan ! Kalau dapat buat sekali seumur hidup pun kata 
Ustaz dah kira bagus sangat !

 KA kongsi sedikit info tentang Solat Sunat Tasbih ni...

SOLAT SUNAT TASBIH
Solat sunat tasbih bertujuan mengakui kesucian Allah S.W.T dari segala yang tidak layak 
bagiNya atau kekurangan padaNya. Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam
 mengamalkannya setiap malam. Jika tidak dapat setiap malam, amalkan seminggu sekali,
 atau setahun sekali, ataupun paling kurang sekali seumur hidup.

Fadilat atau kelebihan solat Tasbih ini ialah ia dapat mengampunkan dosa yang lama
 atau yang baru, dosa yang dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja dan dosa 
yang tersembunyi atau terang.

 ( HR Abu daud bab solat tasbih no : 1297 )
 “Wahai Abbas Pakcikku, Aku ingin memberikan padamu, aku benar-benar mencintaimu,
 aku ingin engkau melakukan -sepuluh sifat- jika engkau melakukannya Allah akan
 mengampuni dosamu, baik yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, 
yang tidak sengaja maupun yang disengaja, yang kecil maupun yang besar, yang tersembunyi
maupun yang terang-terangan.
Sepuluh sifat adalah:
 Engkau melaksanakan shalat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah
dan surat, apabila engkau selesai membacanya 
di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, mka ucapkanlah: Subhanallah Walhamdulillah 
Walaa Ilaaha Ilallah Wallahu Akbar 15 kali, Kemudian ruku’lah dan bacalah do’a tersebut
 10 kali ketika sedang ruku, kemudian sujudlah dan bacalah do’a tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali
 kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali 
dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak
 maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika
 tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu "

**********************************************************************
FESYEN SELUAR SINGKAT ALA WAK DOYOK
Lepas tu, satu yang KA perhatikan Along dah suka pulak berseluar singkat
Dan menampakkan buku lali dier, ala2 Kpop gitu !
KA :  Dah tukar fesyen ke Along, dah minat Kpop ke pulak Along !
ALONG :  Tu lah , Ummi tak tau, sebaik2nya lelaki pakai seluar kena menampakkan buku lali,
 apalagi bila bersolat, Ummi tau tak, ada 3 golongan yang Allah takkan bercakap dan ampunkan,
 salah satunya orang lelaki yang melabuhkan pakaian sampai tutup buku lali sebab golongan
 ni sombong dan bongkak, Ustaz kata !
KA :  Bukan hukumnya harus ke ?
ALONG :  Sebaik2nya kalau dah tau kena buatlah kan, kiranyer fesyen WAK DOYOK tu
ada juga bagusnya ! Pakai seluar nampak buku lali ....He He He
KA : Abis seluar2 Along yang dah beli tu semua panjang2, takkan nak buang membazirlah 
ALONG : Tak pe, Along lipat aje bawah tu sikit, ok dah !
( Gambar Hiasan Ehsan Google )
  “Tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka dan tidak melihat 
kepada mereka dan sama sekali tidak membersihkan mereka (mengampuni) dan bagi
 mereka itu ialah azab yang pedih iaitu mereka yang musabbil (melabuhkan pakaian mereka dari buku lali)….” (hadith sahih, riwayat Abu Daud no.4087, nasaie dan lain-lain).

  Hadith dari Musa ibn Uqbah dari Salim dari bapanya yang menyebut bahawa
 baginda rasul bersabda :
 “Barangsiapa yang memakai pakaian dengan bongkak (sombong) maka Allah tidak 
akan melihat kepadanya di hari kiamat” lalu Abu Bakar pun bertanya kepada baginda : Wahai rasulullah sesungguhnya aku ini berpakaian labuh melebihi mata kaki kerana pakaianku longgar apakah aku termasuk dikalangan mereka yang dijanjikan azab ? 
Maka dijawab oleh baginda : “ Sesungguhnya engkau bukanlah dari kalangan mereka
 yang membuatnya kerana bongkak (sombong)” (hadith sahih, riwayat Nasaie no. 5335
 dan lain-lain).

***************************************************************
ALONG : Ummi ingat tak Along kata selalu mengantuk bila dalam kelas, sebab tak cukup 
tidur kan, sekarang dah ok dah !
KA : Along buat macam mana ? Tidur awal ke ?
ALONG :  Ustaz Penceramah tu ada jual buku doa2 ni kat sekolah. Tapi sebab sepanjang 2
 hari dier kat sekolah Along, Along dengan kawan Along tolong dier, angkat barang, letakkan 
kerusi untuk dier duduk, lepas tu hari terakhir masa dier nak balik Along tolong hantar barang 
kat kereta dier, teus dier bagi buku doa2 ni. Kawan Along pun dapat.  Buku tu harga dier lebih
 kurang RM 7 je, tapi sebab Along dengan kawan Along banyak tolong dier, Ustaz tu bagi 
percuma je. Ustaz tu kata dier sedekah ..
KA :  Abis tu apa kena mengena dengan mengantuk Along tu ?
ALONG :  Aaa.... dalam buku tu ada doa yang kita boleh baca sebelum mulakan pembelajaran,
Betullah Ummi, bila Along baca je doa tu kan, memang x rasa mengantuklah, walaupun
 tak cukup tidur !
KA:  Baguslah, bukan memang ada doa yang kita boleh amalkan sebelum mula belajar ker,
 yang Robbishsryohli .. tu, !
ALONG : Bukan, yang ini doa dier lain ... Ala, buku tu tinggal kat asrama pulak !
KA :  Len kali balik, bawaklah ..
EN HUBBY:  Betullah tu, sebelum ni tak baca doa, memanglah mengantuk syaitan duk kanan 
kiri, bila dah baca doa syaitan tu dah lari, takdelah ngantuk !
KA : Errrmmmmmm..

(  Sorrylah yer,  N3 terlebih2 panjang hari Jumaat ini, 
Kalau nak tulis lagi ni memang jadi hikayat seribu satu malam nanti
Macam tulah bila Along balik bercuti, segala benda nak di story,
Sebagai Ummi Mithali (perasaanlah ni !) tadahkan ajelah telinga ni  )
He He He

31 comments:

ietams said...

perkongsian yg bagus & menarik ni KA.
terima kasih ye share.
lagi² pasal panjang seluar lelaki tu.
boleh la cuba lebih beringat utk anak² saya

:: idzwa :: said...

layan baca :)

paridah said...

salam pagi jumaat...rajin tulis n3 panjang2 ya...tapi suka membacanya...

Sue-Rya Qistina said...

anak mmg mcmtu kan..bila berjauhan dan bertemu kembali, mesti banyak yg nak diceritakan.. :)

are_lin@yu said...

bgsulah alongni..byk ilmu dpt.alhamulillah kn..

Nurzakiah Hanum said...

syok gak baca

Acik Erna said...

Alhamdulillah..anak acik pun dok asrama la macam2 solat sunat yang dia belajar

Kakzakie said...

Walau dalam ertikata berbual tapi perbualan yg penuh renungan. Solat tasbih kalau dah biasa lakukan pasti akan rasa seronok cuma memanglah ambil masa lebih panjang sebab tasbih dibaca setiap kali pergerakan 10kali dan 15 kali utk mula berdiri...

bagus Along kalau dah biasa lama-lama jadi amalan.

Fiza Rahman said...

Penuh kusyuk saya membacanya. Pernah terbaca pasal solat tasbih nih. Mekasih atas perkongsian kak.

Shark Kay said...

rajin betul adik ni mnyakat umi dia.
hehe..
along pn dh ikut fesyn wak doyok ke..
sama ler ngan shark.
cuma shark ikut fesyen rambut jer :)

UmmuAidan-Arissa said...

Alhamdulillah sejuk hati dengar kecenderungan along kearah beramal ibadat nie..yg pakai seluar atas buku lali tuh btul..solat tasbih mak saya pernah ckp jugak..tp rsnya belum pernah buat kecuali tasbih raya kot..

Budak Kampung said...

kak...teringin nya iman jumpa along 2. dia macam dah membuka segala jawapn iman. hari tu iman pernh nk tahu pasal kenapa berpkaian spt wak doyok. akhirnya iman dapt jwpn gak. kak...ucap trm ksh dkt along ek

Tihara said...

bagus solat tasbih tu kan KA

Ira said...

perkongsian yg bagus.
banyak benda along belajar di asrama ye.
erm.. kalau seluar singkat, sekurang2nya tak seret segala kotoran dilantai/jalanan kan.
bagus buku tu,nanti share la ye buku apa.. :)

Mummydearie said...

Sesekali anak balik cuti kenalah tadah telinga KA. Yang ada di rumah hari-hari pun tak abis2 cerita inikan pulak yang sesekali balik rumah. Eh, orang muda macam Along pun rasa sakit badan sakit pinggang buat solat Tasbih apalagi orang 'tua' cam kita nih :)

suri said...

dah minat susah pula nak di cakapa jeee... mesti ka senyum je ni kan heeee

ketuk ketuk nuff dua kli hoyeh

Nigina said...

terima kasih atas info.. pengkongsian yang baik... minta share yer

Maria Firdz said...

nice entry.. mcm2 cerita tapi bermanfaat dikongsi bersama...

hainom OKje said...

Jarangnya OKje buat Sunat tasbih ni...pernah buat tapi mungkin kat sekolah dulu....Astaghfirullahal azim teruknya!

wantie said...

done.. gain new knowledge kat sini. nice sharing yer

QasehnyaRania said...

bagus lan sunay tasbih ni.sy pon buat masa zaman qiamullail masa skolah dulumhukhuk

bagus along ni.suka bercerita.

perkongsian ygmenarik KA

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

bagus betul along bercerita kepada KA.. dengan bercerita dapat merapatkan hubungan kekeluargaan juga..

nurbijen said...

Bagus Along kat sekolah tu belajar sunat tasbih... moga terus dijadikan amalan :)
Seronok baca celoteh adik, KA dan along... mesti sunyi bila along balik asrama semula, tu yg duk belek album lama2 yer KA? tak nak mengaku ler tu :)

Mimi Azirah said...

Thn lpas pejabat sy anjurkan solat sunat tasbih memg lenguh kalo x biasa...kalao yg tua memg kne duduk krusi..tp kalo buat setahun skali pe slhnye kan

n O e s u h a i m i said...

serius noe tak pernah buat solat sunat tasbih ni...terima kasih atas perkongsian yg berguna ni KA...hehehe fesyen Wak Doyok...tp mmg skang fesyen wak doyok tu...singkat je seluar ... kecik lak tu

Puan Kutu said...

walaupun entry cerita anak beranak..byk benda ilmu yg sy terima..along ni nmpk soleh dimata sy..Alhamdulillah harapnya berterusan.untung KA ada anak macam along

Pha Is said...

pandai along ni..

ArELeEz said...

leez penah wat mase zmn2 skool dulu. siap t'tido dlm solat woo.. mase ruku' badan b'goyang2. hu3.. hadoi la.. betapa kerdilnye hamba Allah nih..

Aisy Nasiha said...

Banyak info dlm entry ni.. menarik dan boleh dimanfaatkan.terima kasih KA. Itulah orang sekarang..membuta ikut fesyen

Kira Sakura said...

alhamdulilah banyak manfaatnya along masuk asrama kan. kita pun dpt ilmu skali

LydSunshine said...

KA, entry ni kalau pecah jadi 3 boleh tambah traffic. hehe. yg sunat tasbih tu 4 rakaat ye. dulu penah buat masa skolah, tp skrg dah tak ingat. nampak sgt ceteknya ilmu.

seluar wak doyok ke. hahaha.. kalo mak mentua saya panggil pak loso. hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...