Tabung Masa Depan ...

Thursday, April 24, 2014

Hindari 5 Tabiat Buruk Yang Buat Kita Tua Sebelum Waktunya !

Siapa yang tak nak muda sentiasa kan. Tapi dah begitu hukum 
alam dan realitinya, muda lawannya tua. Apa yang boleh kita buat cuma 
menghindari dari melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kita nampak tua
 sebelum waktunya. Menarikkan !
Meh sini, KA kongsi sama dari pembacaan di GOOGLE yer !
Tapi jangan sampai nak berbotox2 sudah ler....... hehehe

5
tabiat buruk yang membuatkan kita cepat  tua !

 Badan Terlalu Kurus
 Yang penting sebenarnya, maintain berat badan dengan diet yang tepat dan sentiasa bersukan.  
Kalau ada lebih2 tu, boleh lah tambah2 dengan vitamin yang berkhasiat !
"Penelitian menunjukkan ada makanan yang akan mempercantik penampilan kita dari dalam ke luar," 

kata ahli gizi Lisa Drayer, RD, penulis The Beauty Diet (McGraw-Hill).
Ini termasuk: Omega-3 lemak asal seperti salmon ;
dan
Vitamin C seperti kiwi dan bayam yang meningkatkan produksi kolagen  
Juga Likopen dalam tomato dan anggur merah muda yang melindungi terhadap
 kerosakan kulit akibat sinar matahari

Menggosok2 mata kita
"Menarik-narik dan menggosok2 pada kulit halus di sekitar mata boleh 

menyebabkan kegelapan," kata dermatologi Jeannine Downie. Kerana perubahan
 pigmen seiring dengan pertambahan usia, perkara ini dapat menambahkan warna 
gelap di sekitar mata anda. Segeralah berjumpa doktor andainya, kerap sangat 
menggosok2 mata, mana tau kita ada alergi pada mata atau sebagainya. Satu lagi,
 jangan lupa, ketika memakai makeup atau memakai kanta lekap, buat secara
 perlahan2 & lembut dengan kulit di sekitar mata kita. Ini akan membantu mencegah masalah 
pigmen dan wajah cepat tua.
penyebab penuaan dini
Ehsan google
 Kurang tidur
 Tidur sangat penting untuk kesihatan, tenaga juga kulit muka.
"Pembaharuan kulit dilakukan tubuh pada malam hari," kata Jeannette Graf, 

MD, Assistant Profesor Dermatologi di NYU Medical Center. 
 Untuk mendapatkan cukup tidur dan mencegah penuaan, ikuti tips berikut ini: 
  Pastikan waktu tidur yang cukup, antara 7-8 jam setiap harinya.
 
Buatlah kamar tidur anda gelap, sejuk dan tenang.
 
Matikan TV dan komputer setidaknya setengah jam sebelum tidur, lampu dapat mengurangi 

produksi hormon tidur  tubuh kitaiaitu melatonin.
 
Lakukan relaksasi santai sebelum tidur, seperti meminum secawah teh, 

mengoleskan minyak lavender 
pada kaki atau mendengarkan lagu-lagu yang santai.

Tidur pada satu sisi sahaja
Posisi tidur pada satu sisi memang sangat nyaman & selesakan, tapi tabiat itu buruk 

bagi kulit kita sebenarnya.
"Menekan wajah kita ke bantal lapan jam malam selama bertahun-tahun dapat menyebabkan dan 

mempercepat kedutan pada kulit," kata Lupo.
Jadi latih diri kita untuk tidur telentang dan menghadap ke atas sekali sekala.
Penyebab penuaan dini
Ehsan google
Meminum menggunakan sedutan/straw
 Percayalah, ini adalah salah satu penyebab penuaan dan akan menyebabkan
kerutan pada bibir anda.
 "Dalam jangka panjang, mengerucutkan bibir kita untuk menyedut keluar dari 
sedutan  [atau mengisap rokok] menyebabkan berlakunya ekstra kedutan di sekitar
 mulut," kata ahli perawatan kulit Renée Rouleau.
  Jadi hindari minum melalui sedutan dan jangan terlalu sering mengerucutkan bibir.

19 comments:

RDZ Z said...

Nice sharing KA..banyak yang taboo tu..

Uni Aqilah said...

banyak juga info yang baru saya tahu kali ni. tp betul ke semua tu?

BM said...

Nampaknya tidur tak cukup tu...itulah saya. Memang dah tua pun...huhu

Farah Waheda Wahid said...

dari yang dibaca nasib tak...ekekekekeke...tapi minum dari straw tu kann...selalulah jugak... biasalah kan...

Nurzakiah Hanum said...

great sharing KA

Z@i Z@mR33 said...

abis la....sjk ada anak mmg kurang tdo.5 jam ja shari pstu suka tdo ngiring ke kiri

❤Kamsiah❤ said...

saya tak boleh tido terlentang...rasa mcm sesak nafas,lemas...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, minum guna straw pun salah satu penyebabnya? adoyaii pasni pergi kedai tanak guna straw la. hehehee ~~~~

Kakizan Omar said...

heheheh.. ua dah saya.. atas tu semua dah buat dah.. kecuali nombor satu.. ops

Acik Erna said...

Kalau dah tua macam acik ni KA.memang selalu kurang tidur

ietams said...

thanks kongsi KA,
pas ni nak cuba kurang minum air guna straw..
nak muda pehliss.. hakhakhak..

Maria Firdz said...

Ok... Minum trus dr cawan atau gelas aje kan...

Budak Kampung said...

alamak yeke?smua iman pernh buat ni.guane ni

ArELeEz said...

klu b'duck face tu t'masuk dlm kategori 'mengerucutkn bibir' x? he3..

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing kak. Saya slalu gak gosok² mata sbb gatal.

Mummydearie said...

Saya kalau kamar tak gelap pun, 'gelap' aje mata. Mahu tak cukup. Kadang-kadang sampai terlebih jam pun ada :) Bab posisi tidur tu tak mampu nak mengawalnya. Hehehe.

hainom OKje said...

Bagus juga ada tips ni KA....barulah aware sikit....kalau tak, main lanyak jer semua tu. Hehe...

nor azman said...

Tq for info kak..hehehe

Siti Fatimah said...

T le org yg suka gosok mata tu.mang dah habit. Sebab ni jugaklah tak leh nak bercontact lense bagai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...