Tabung Masa Depan ...

Tuesday, April 01, 2014

Rahsia Balik Lukisan Adik & Kaitan Dengan MH370

Agak lama jugak tak share lukisan tangan Adik
KA ada juga bagitau Adik, ramai yang tertunggu2 hasil tangan terbaru Adik !
Dah masuk Tahun 2 ni, kerja sekolah dah bertambah sikit
Jadi masa melukis, mewarna dan buat kerja2 tangan dah berkurang kata Adik
Tapi cuti2 sekolah seminggu lalu
Adik sibuk bagi KA 2 lukisan ni suruh letak dalam blog KA ..

Ini lukisan dier yang pertama... (Gambar x berapa nak jelas, guna hp cap ikang je ! )
 
 ADIK :  Ada rahsia sebenarnya dalam lukisan ni ?

KA :  Apa rahsianya, gambar buah je pun !

ADIK : Ada lah ...

KA :  Rahsia apa, ni buah2an dan buah2 yang dipotong ajekan..

ADIK :.... Ni, buah betik potong ni, sebenarnya Adik nak lukis gambar lain...

KA : Lukis aper pulak ?

ADIK :  Adik nak lukis gambar sampan, tapi bila Adik tengok balik macam tak jadi aje,
terus Adik tukar gambar buah betik...Adik tambah gambar buah2 lain sekali !

KA : ... Oooo... sampan aper pulak ni ?

Adik :  Sampan yang nampak MH370 tu lah !

KA :.... Macam2lah Adik ni !

Ini pulak lukisan Adik yang kedua .. Pun ada rahsianyer !
 ADIK :  Ini gambar yang betul, Adik nak lukis gambar sampan ni sebenarnya..

KA :  Macam misi mencari MH 370 juga ker ni !

ADIK :  Aaa.... betul lah tu Ummi !

ANGAH :  Takkan sampan tu ikut misi menyelamat. orang cari pakai kapal besar lah !

ADIK :  Eee..Tengoklah dulu, sampan ni nampak MH370 tu nak jatuhlah, 
tapi sebab sampan ni pakai pendayung aje, lepas tu ombak besar dan bergelora.. 
 jadi sampan tu tak dapatlah nak pergi tolong cari kat tengah laut tu !
nampak ni ha Adik lukis 2 pendayung ni,  gambar MH370 ni pun kecik sikit
sebab nampak dari jauh, nak dekat ada halangan ombak ni lah !

KA :  Eerm... fahamlah ... tapi yang ini Adik tak color ker !

ADIK :  Nanti2lah..... x suka nak color warna biru Lautan Hindi ni..
 
KA : La.. macam tu pulak !

ADIK :  Xpe, Ummi boleh share kat blog dululah ....

28 comments:

:: idzwa :: said...

good adik!bijak..

Nurzakiah Hanum said...

KREATIF

Shark Kay said...

ya Allah,
cerdiknya adik ni,
beruntung KA ada anak cerdik camni.
Anugerah Allah.

paridah said...

salam pagi...berbakat sungguh adik ni...pandai melukis n prihatin pada peristiwa yg berlaku sekelilingnya...kak dh masukan KA dlm list blog kak.

Eye_nee said...

Imaginasinya dizahirkan pada lukisan..pandai adik melukis...

Farah Waheda Wahid said...

bijak ada mengekspresi thoughts into arts...

Sylarius Yusof said...

Kalerkan lautan tu guna water color, cepat sikit siapnyer. Hehe.

Dulu kalau nak mewarna part yang luas, memang tak suka guna warna pensel. Lambat sampai lenguh-lenguh tangan dibuatnya.

UmmuAidan-Arissa said...

Bertambah kreatif nampaknya lukisan adik..siapade kesah & mesej tersembunyi..jiwa anak2 kan sebersih2nya..

msredcheesecake said...

ok lah tu nak lukis sampan jadi tembikai...hhee... best je layan anak2 kan

Fiza Rahman said...

Pandai adik lukis. Imaginasi tinggi.

wantie said...

bijak, petah dan pandai melukis pulak tu...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, sedih tengok lukisan kedua tu. penuh penantian menunggu berita baiknya. sheila singgah menabung SDB sini~~~

BUNDA a.k.a KN said...

Ada cerita rupanya di sebalik lukisan dia...
pandailah adik ni mereka...

Linda said...

cantiknya lukisan adik...doa untuk mh370 ya adik :)

Sayangku Zie said...

hehe pandai adik...

Kakzakie said...

Uhhh... adik memang pandailah sayang. Auntie pun nampak ombak bergulung adik yg buat sampan itu terlindung ye nak membantu macam mana kan:)

diana said...

melukis pandai..petah bercakap pulak tu..:)

acik idah said...

Hehehe.. baik dia tak kata "haa... sekarang ummi boleh tolong kaler kan..." nayerr! :D

hainom OKje said...

Macam macamlah adik ni....kreatif!

Zura@Iwan said...

bertuah KA ada ada mcm adik ni..
bijak
prihatin dia...

semoga kita akan ketemu jwpnannya..MH370 miss u..

Mummydearie said...

Lawa lukisan Adik. Ada maksud tersirat yang Aunty pun tak berapa fahamlah Adik.

Kalau kita hantar sampan ni ke Lautan Hindi memang boleh confirmed tak balik semula. Bukan setakat pendayung aje yang hilang Adik ooi!

eima said...

adik ni tinggi kan imaginasi die ... cerdik ...

Kira Sakura said...

adik sedih. pasal tue adik takmau kaler lukisan MH370 tue kan?

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. siap ada gambar ikan lagi adik lukis.. kreatif tu.. :D

MaMa Rey said...

ada cerita disebalik lukisan..pandai adik melukis..

BM said...

Imaginasi dan penceritaan kanak2 sangat tulus dan ikhlas...itulah yg menyebabkan ianya menarik!

LydSunshine said...

Bagus adik, banyak bagi bahan utk uminya update blog. Boleh plak dia cover line nak lukih sampan jadi buah betik. Hahah...

n O e s u h a i m i said...

cantik adik lukis...mmg kreatif

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...