Tabung Masa Depan ...

Friday, April 18, 2014

Terima Kasih Untuk 8 Tahun Ini Adik !

Alhamdulillah, hari ini, 18 April..Jumaat penghulu segala hari,
Usia Adik genaplah 8 tahun sudah
Kalau nak diceritakan segala suka duka
Membesarkan Adik, pasti akan jadi macam cerita sinetron Indonesia
Berpuluh mungkin juga beratus episod rantaian nyer
Apa yang boleh KA katakan 
Adik banyak mengajar kami sekeluarga segala2nya, terlalu banyak
Tentang bertabah dalam menghadapi setiap ujian & dugaan
Redha atas setiap apa yang Allah turunkan
Berusaha untuk menceriakan walau apa jua keadaan..
TERIMA KASIH YA ALLAH
Atas kurniaan ini yang takkan terbanding nilainyer dengan apa jua sekalipun

ALONG & ANGAH, jangan ditanya & dipertikaikan mengapa &
Macam mana kasih tidak melimpah ruah pada Adik
Dalam nakal2 & manja2 dier tu, apapun juga mesti akan utamakan kita
Baik dari segi apa jua sekalipun hatta bab2 makan2 sekalipun
Siap menanda dan mengingat tarikh2 yang istimewa takut terlupa
Terutamanya tarikh hari2 lahir semua yang disayanginya
Senakal2 Adik, adalah Sebijak2 Adik..... begitu lah dier
Kalau sakit demam kita, sibuk nak menjaga & memicit segala
Walau mulut tu sibuk mengomel.."Tangan Adik dah lenguh ni ! " He He He
Dan selalu sangat buat suprise dengan hadiah2 tak terjangka !
Dari kecil sifat suka berderma, bersedekah & menceriakan orang lain
Dah menjadi sesuatu yang sebati dalam diri Adik...
Pernah Adik kata macam ni di suatu ketika ...
" Nanti Ummi dah tua ke, Abah dah tua,  masa tu mesti Adik dah kerja, 
Adik bagilah duit kat Ummi ngan Abah.  Cakap jelah nak berapa, 
tapi tengok gaji Adik berapalah ye...hehehe.. Eh, ..Tapi, Abah jangan beli rokok pulak ! "

Adik ada suatu permintaan sebenarnya untuk hari jadi dier ni
( Selain niat dier nak bersedekah pada kawan2 dier tu macam selalu )
KA cuba tunaikan nanti, kalau menjadi, In Shaa Allah nanti2 akan KA story !
SELAMAT HARI LAHIR ADIK "ANAKANDA NUR SUFFIYA QAMARINA "
Mudah2an Adik terus cemerlang dalam hidup, jadi anak dan 
adik yang terbaik di dunia & di akhirat yer ! In Shaa Allah..

 ( Andainya satu hari nanti Adik baca balik catatan ini, Ummi nak Adik tahu, 
kasih sayang Ummi & Abah, Tetap bersama Adik sampai bila2 even waktu itu, 
Mungkin Ummi & Abah sudah tiada di sisi Adik yer  .... We love u so much Adik 
- DARI UMMI, ABAH, ALONG & ANGAH ! )

35 comments:

Masya said...

selamat hari lahir adik...

Knor said...

Selamat hari lahir adik...
anak yg hebat dri ibubapa yg hebat.

Semoga sgla impian adik tercapai..muah...muah

UmmuAidan-Arissa said...

selamat hari lahir adik...moga cemerlang dunia akhirat..:)

Haslinda Hassan Ali said...

selamat hari lahir adik..
comeynya

Petak Bunga said...

peluk cium buat adik.
dah besar adik.

jd anak yg solehah..
berguna kepda agama, bangsa dan negara insyallah.

Kisah Si Dairy said...

selamat hari lahir untuk adik..

Kakizan Omar said...

Bidadari Syurga di dunia KA sekeluarga.. :D

Nurzakiah Hanum said...

selamat hari lahir untuk adik

Nieyl said...

Selamat Hari Jadi Adik..

:: idzwa :: said...

selamat hari lahir adik :) semoga terus membesar sihat ceria dan bijak juga menjadi anak yg solehah..

Eiqa Almond said...

Happy birthday adik sayanggg :)
Sedap nama anak akak ^^
Semoga adik menjadi anak yg solehah dan berbakti pada kedua oran tuanya..
Kepada Along Angah jaga adik molek2x yee :)

Z@i Z@mR33 said...

Selamat hari lahir adik

bgusnya pmintaan adik.kcik2 dh pndai nk bsedekah

Eye_nee said...

Selamat Hari Lahir Adik

Masuk Bloq kamu ni KA buat pertama kali dulu..waktu adik tgh sakit dan kamu sgt2 takut waktu itu...Hari ini pagi ini baca kegembiraan kamu luahan hati kamu kasih sayang kamu terhadap adik..Sebak Rasanya..

Semoga kamu akan sentiasa bahagia bersama Adik, Along dan Angah..InsyaAllah

Mummydearie said...

Arghh, KA ni... merembes air mata buat ucapan harijadi untuk Adik cam ni! Jap, nak kesat hingus dulu!

Selamat Ulangtahun Adik Suffiya! Sedapnya nama penuh Adik. Comel-comel gambar Adik yang Ummi abadikan di entri ini.

Adik memang anak yang baik. Walaupun baru 8 tahun, sentiasa aje memikirkan keluarga berbanding diri sendiri. Nampaknya memang Adik sayang Ummi, Abah, Along dan Angah setara dengan kasih-sayang yang mereka curahkan buat Adik yang ceria ni.

Moga hidup Adik diberkati sentiasa :)

Psstt.... Adik nak pergi Legoland ke tu? Cepatlah KA story jangan tunggu sepurnama lagi yea...

Nurfaezah Abdullah said...

selamat hari jadi adik :)semoga membesar jadi anak yang solehah :) greeting from brunei ^^

mama aryan said...

selamat ulangtahun buat adik.. semoga terus ceria,berjaya didunia dan akhirat

Kakzakie said...

Happy birthday sayang..
Auntie tahu betapa bangganya keluarga yg memiliki adik sebagai salah salah seorg ahli keluarga..

maszmadi said...

selamat ulang tahun adik.....

QasehnyaRania said...

selamat hati lahir adik.
semoga nembesar sbg anak solehah aamiin

paridah said...

happy birthday adik...adik yg sangat disayangi semua...sebak baca tulisan KA terkenang zaman membesarkan anak2 yg msh kecil n meraikan birthday mrk...

Ira said...

Happy birthday adik..
semoga menjadi anak yg solehah, pertama hati ayah & ummi.
semoga berjaya dalam apa jua bidang yg adik ceburi.. :)
semoga ceria selalu..
amin...

Maria Firdz said...

Selamat hari lahir adik...

Haryati Faizal said...

Selamat hari lahir adik...

Fiza Rahman said...

Selamat hari lahir adik. Smoga membesar sebagai anak yg solehah. Bijak pandai dan sihat tubuh badan.

Kakak nak goodies bag satu boleh...hehehe...

ANIM said...

selamat ulang tahun adik..
semua orang sayang adik tau..

Mizz Aiza said...

selamat hari lahir adik.. semoga ebesar jadi anak yang solehah, cergas dan cerdas.. :D

Tihara said...

selamat hari lahir adik,
kisah adik dalam blog mama ni
buat jadi dekat sangat dengan adik

moga berjaya
dengan cemerlang dunia
dan akhirat
amiin :)

ayut said...

Buat adik...moga trus bjya dunia akhirat ye..wlupun lma dh lpas tarikhnya...huhu

asyifa mustaffa said...

Hepy belated besday adik...insyallah moga membesar jdi anak yg solehah...

Kira Sakura said...

sebak pulak baca doa ummi ;,)

selamat hari lahir adik. moga jadi anak solehah yang berjaya dunia akhirat amin

MaMa Rey said...

selamat hari lahir adik..Moga membesar dgn sihat..jadi ank soleha dan dibanggakn keluarga..

LydSunshine said...

KA, pandai plak dia pesan kat abah jgn beli rokok. Hahaha.. tergelak baca part itu.

n O e s u h a i m i said...

happy belated birthday adik...moga adik terus cemerlang k

ArELeEz said...

nice fullname, adik! ;)

BM said...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkunjung ke Relaks Minda dan menghantar entri ini sebagai Entri Pilihan Terbaik anda untuk dikongsikan dalam segmen Komen Entri.
Semoga sedikit ulasan dan perkongsian anda ini dapat memberi manfaat dan kebaikan bersama. Harap masih tidak terlewat utk mengucapkan selamat hari jadi buat adik. Terima kasih sekali lagi... ikuti komen entri anda di sini : http://relakssminda.blogspot.com/2014/05/cinta-kasih-sayang-anugerah-terindah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...