Tabung Masa Depan ...

Monday, April 28, 2014

Ubat Penyakit Paling Mujarab Dengan Bersedekah Yer Adik !

Alhamdulillah, Adik dah kembali sihat minggu ni
Demam dah kebah, cuma masih ada sisa2 batuk & selsema
Tapi dalam demam2 dier tu, masih sibuk ingatkan KA
Untuk belikan hadiah2 tanda ingatan & terima kasih dier
4 hadiah untuk 2 Ustazah & 2 Cikgu yang akan meninggalkan sekolah dier
Dan 1 hadiah untuk hari lahir salah seorang teman sekelas dier 
Even tangan tu pun masih menggigil2 demam lagi waktu menulis pada kad2
Lepas tu siap suh KA belikan kek coklat 2-3 biji 
Untuk dier sedekahkan pada jamuan perpisahan yang diadakan
Dah selamat pun Adik bagikan 5 hadiah tu dan bawa kek2 ke sekolah Jumaat lepas
 
Elok pulak weeked semalam sibuk nak cari hadiah lain pulak
Untuk one of her class mate yang dapat Adik baru
" Seronoklah dier, Adik dier ni lelaki Ummi !"
Beria2 Adik nak bantu KA membalut hadiah sebelum tulis di kad ucapan tahniah !
Hari ni nak di bawa ke sekolah tanda Adik tumpang gembira..
 
Elok2 aje kemas semua selepas selesai, boleh pulak dier bagitahu KA macam ni
ADIK :  Nanti, Ummi beli satu hadiah lagi yer untuk kawan Adik Intan pulak!
KA :  La, ade lagi ker ., harijadi dier ke ?
ADIK :  Tak lah, dier dapat Adik baru, tapi baby perempuan !
KA :  Kenapa tak cakap awal tadi, boleh beli sekali aje hadiahnyer
ADIK :  Oooo... yang ni tak bersalin lagi, mak dier baru aje scan, tapi confirm 
dah baby perempuan !
KA : Eee... Adik ni, baru scan dah siap2 booking nak beli hadiah yer !
ADIK :  He He..Takpelah Ummi, kan elok kita bagi hadiah, sedekah2 ni...
 ADIK, ADIK.. tau2 aje hilang segala sakit bila sibuk2 nak sediakan
Segala jenis hadiah & bersedekah ni yer !
Benarlah bersedekah tu antara Ubat Penyakit Yang Paling Mujarab macam kisah2 ni..

KISAH SATU
Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang
 penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan 
berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.
 Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia 
sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali 
dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh “.  
(Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

KISAH DUA 
 Kisah lain, orang yang mengalami peristiwa ini menceritakan kepadaku,
 “Anak perempuan saya yang masih kecil menderita penyakit di tekak. Saya membawanya 
ke beberapa rumah sakit. Saya menceritakan penyakitnya kepada banyak doktor, namun tidak 
ada hasilnya. Dia belum juga sembuh, bahkan sakitnya bertambah parah. Hampir saja saya ikut 
 jatuh sakit kerana sakit anak perempuan saya yang mengundang hiba semua keluarga.
Akhirnya doktor memberinya suntikan untuk mengurangkan rasa sakit, hingga kami putus asa
 dari semuanya kecuali dari rahmat Allah Ta’ala. 
 Hal itu berlarutan sampai datangnya sebuah 
harapan dan dibukanya pintu kelapangan. Seorang soleh menghubungi saya dan 
menyampaikan sebuah hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,
“Ubatilah orang sakit di antara kalian dengan sedekah”.
(HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani).
Saya berkata, “Saya telah banyak bersedekah”.
Ia pun menjawab,  “Bersedekahlah kali ini dengan niat untuk kesembuhan anak perempuanmu”. 
 Saya pun mengeluarkan sedekah sekadarnya untuk seorang fakir, tetapi tidak ada perubahan.
  Saya kemudian memberitahunya dan dia berkata, “Engkau adalah orang yang banyak 
mendapatkan nikmat dan kurniaan Allah Taala, bersedekahlah setanding dengan banyaknya
 harta benda kamu”. 
 Saya pun pergi pada untuk kali yang kedua, saya penuhi isi kereta saya dengan beras, ayam
dan bahan-bahan makanan lain dengan menghabiskan wang yang cukup banyak. Saya 
lalu membahagikannya kepada orang-orang yang memerlukan dan mereka senang dengan 
sedekah saya. Demi Allah saya tidak pernah menyangka bahawa selepas saya mengeluarkan 
sedekah itu, anak saya tidak perlu disuntik lagi, anak saya sembuh sepenuhnya,
Alhamdulillah.....
MUDAH2AN BERMANAFAAT UNTUK SEMUA YER !

26 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, baik betul adik ni. sifatnya pemurah dan banyak amik tauladan2 yang baik. bersyukur, sejuk perut KA mengandungkan adik. ehheee :)

cahaya nur said...

comel je adik...dah siap nak belikan hadiah untuk baby girl yg lum lahir lagi tue...hihihi..apepun adik memang terbaik :-)

Shark Kay said...

heheh..
awalnyer adik nk bli adiah tue.
br scan dh kompom yer..
hehe..
kiut sungguh adik.

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Bagusnya adik.

Fiza Rahman said...

Churpchurp.

paridah said...

syukur adik dh sembuh...adik sgt prihatin n kasih sayangnya meliputi semua n Allah membalas budi baik adik n umminya sewajarnya...janji Allah xpernah mungkir...

Eye_nee said...

SAyang Adikkk..mulia sungguh hati Adik...suka bersedekah begini..Allah syg org macm ni tau Dik..Allah akan buka kan pintu rezeki yg luas utk adik nnt..u must be proud of her kan KA...

Kakzakie said...

Ada lagi kisah bagaimana seorg hamba Allah yg telah didatangi izrael utk dicabut nyawanya tetapi tertangguh hanya kerana dia suka bersedekah..

Tak rugi adik bersedekah sayang. Itulah juga mungkin jadi sebab adik cepat sembuh. Ummi pun tempias sedekah sebab ummi yg belikan semua itu kan..

che mid said...

Ibu yang berilmu mendidik anak juga dengan ilmu..

Z@i Z@mR33 said...

bgus sikap dia.kecik2 dh pndai cerita bab2 sdekah ni

LydSunshine said...

kaifiat bersedekah. tips dan perkongsian yg baik dan menarik KA.

Kira Sakura said...

bagusnya adik nie. kira yg tak ngandungkan dia pun sejuk perut apatah lagi KA kan, alhamdulilah

Liza Razak said...

begus betul...kecik2 lagi dah ditanamkan dengan sikap pemurah dan suka bersedekah :)

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah....baik nyer adik..

acik idah said...

Setuju...! :D

Lynn Munir said...

Alhamdulilah adik,kecik2 dah praktikkan bersedekah. Moga terus menjadi anak yang soleh ya adik.

gadisBunga™ said...

alhamdulillah... murah rezeki...sembuh penyakit dengan bersedekah ni. bagus sangat! :D

Chic Na said...

bagusnya adik.. pemurah..

RDZ Z said...

Alhamdulillah..Sedekah adalah ubat penyakit kan..

Dua tabung untuk KA..

suri said...

EH
hadiah itu mahu bagi kat kita ker sis ka heeeee...


amboi...amboi...

N.Aima K said...

thnx for sharing :D

N.Aima K said...

thnx for sharing :D

Mummydearie said...

Untunglah siapa jadi kawan Adik ni. Memang tak lupa hari penting kawan-kawan. Dik, jomlah jadi kawan Abang? Happy aunty tahu hari-hari ada aje hadiah Adik bagi :)

Amboi, Adik! Baby yang tak keluar lagi pun dah sibuk nak sediakan hadiah. Adik bersedekah, Ummi keluarkan ongkosnya ya!

ArELeEz said...

bnyk fadhilat b'sedekah. alhamdulillah..

hainom OKje said...

Betul mmg pernah dengar banyakkan bersedekah kerana salah satu ubat bagi penyakit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...