Tabung Masa Depan ...

Thursday, May 15, 2014

Petua Menjarakkan Kehamilan & Merancang Keluarga Secara Semulajadi !

( N3 UNTUK YANG CUKUP UMUR AJE YER HE HE HE )
Semalam ada kawan yang bertanya 
Macam mana yer cara nak jarakkan kehamilan
Yelah selain cara & kaedah moden
Ada tak apa2 cara tradisional yang boleh diamalkan
Lagipun hukum merancang keluarga adalah harus dengan alasan dibenarkan syarak. 
Cuma jika sebaliknya maka barulah hukumnya menjadi haram kan!
Oklah meh KA kongsi sama petua2 yang KA tahu kat sini yer...
 
1.  SENAMAN  ( Ini petua dari my cousin sister )
( google image )
Senaman  untuk mereka yang berhasrat untuk menjarakkan anak.  Mudah aje !
Setiap kali selepas bersama suami, jangan terus tidur.
Duduk dan luruskan kaki
Kemudian lurutkan tangan ke bahagian kaki sehingga ke hujungnya
Sambil baca Tabbat Yada Abi La Habiwwatab... 
Seiring dengan perkataan tab tu picitkan kedua2 ibu jari kaki ! 
Lama sikit & lepaskan...

2.  MAKAN KUNYIT HIDUP   ( Ini petua dari Mak Bidan )
( google image )
Amalkan memakan kunyit hidup sebagai ulam.
Kalau suka boleh buat jus kunyit dan amalkan meminumnya.
 Kunyit juga baik untuk menghilangkan penyakit keputihan tau !

 3.  RAMUAN SEMULAJADI ( Ini petua dari kawan )
Ambil lengkuas dan halia sebesar ibu jari.
10 biji lada hitam
¼ keping ragi
 Kesemua bahan ini ditumbuk halus dan dicampurkan dengan segelas air mendidih.
 Kemudian ditapis dan dicampurkan dengan sedikit garam dan air limau nipis.
 Minum sebulan sekali sebelum tidur.
 AMARAN: 
Jangan minum air ini jika anda mengandung, kerana boleh mengakibatkan keguguran.

4.  PESANAN MAK BIDAN 
( google image )
 Ni nak pesan, pastikan kain2 batik yang kita pakai sewaktu berpantang di simpan baik2 
dan jangan digunakan lagi sehinggalah pada kehamilan yang akan datang !
Katanya satu cara untuk menjarakkan kehamilan juga..
Yang ini mak2 bidan yang pesan tau hehehe

Apapun cara & kaedahnya, kita hanya boleh berusaha kan
Semuanya atas kekuasaan Allah s.w.t jua
Jadi kalau mengandung juga, dah tertulis dah rezeki buat kita kan !
Pernah ada satu kawan yang memang makan pil perancang
Bertahun jugalah, tapi akhirnya mengandung juga....
 Apa yang penting, di sebalik pelbagai ikhtiar,  takdir Allah jua yang terbaik untuk kita kan
Dan didiklah anak2 kita sebaik mungkin
Untuk menjadi anak2 yang Soleh & Solehah !

22 comments:

Sylarius Yusof said...

Sesuai buat pasangan muda yang dah punya anak seorang. Keadaan ekonomi yang tak menentu ni, memang perlu perancangan keluarga. Orang-orang muda ni, mudah melekat. Kalau tak kawal, isteri nanti tiap-tiap tahun asyik mengandung je. Terlebih produktif pun, tak elok juga. Hehe

lieyalatif said...

wow...petua2 yg best la KA...kadang2 petua org lame ni ade mujarabnye jugak..rajin tak rajin jek nak amalkan kan KA...

Eye_nee said...

Petua2 yb bagus tuk diamalkan..tp bab kunyit hidup dibuat jus tu yg paling perit nak minum..kelat habis...

n O e s u h a i m i said...

byk petua upanya.....terima kasih KA kongsi di sini

Nurzakiah Hanum said...

BAGUSNYA PETUA2 NIE

Ema Johari said...

setakat ni ema makan ubat perancang utk jarakkan kehamilan..skrg nak anak lagi tapi belum ada rezeki

Mummydearie said...

Saya dah terlebih umur, boleh bacalah kan? Hahaha...

Kain batik masa berpantang tu saya pakai juga lepas tempoh berpantang bila dalam keadaan 'darurat'. Jarak Abang dengan Adik, 5 tahun ya, KA. Hahaha...

Fiza Rahman said...

Thanks for the petua kak. Saya pakai kaedah semulajadi jer. Tak reti lah nak makan2 pil ni sbb kena on time.

Tapi tu lah, kita hanya merancang. Rancang mcm mana pon klo DIA nak bagi memang jadi jer.

SYANI said...

Thanks sharing petua KA.. Nanti boleh cuba

SYANI said...

Thanks sharing petua KA.. Nanti boleh cuba

Syahida Azizan said...

bab kain tu...sy mmg pakai kain tu tiap2 ari hehheh...xpenah tau psl ni..

Kira Sakura said...

kain, baju, seluar yang kira pakai masa pantang mama tak bagi pakai balik. dia takde la kata pasal merancang tue tapi katanya pasal takut sakit masa pantang, datang kt badan balik. petua orang dulu2 nie kadang mcm2, hihihi tinggal kita nak ikut atau tak je kan KA ;)

hainom OKje said...

Hehe....okje dah tak payah bacalah...
Tapi mmg tak pernah ambik pil perancang semuanya kaedah sendiri ....alhamdulilah dgn izin Allah semuanya cantik berjarak

Siti Fatimah said...

ni apa kes KA.kain batik yg pakai masa berpantang T pakai jugak. dah 3 tahun si Aleesya tu. berputik pun idak nyerrrr

Anonymous said...

dari pengalaman saye,saye dh cube çara moden n tradisionl bahkn udh ikat peranakan,tp apekn daye saye dberi lg ank yg ke5..

Anonymous said...

Petua ke3 tu nak amalkan bila...hr ke brp slps period

Anonymous said...

petua yg mkn ragi sebulan sekali tu boleh tahan utk sebulan ye?

Mama Anique said...

Petua yg mkn ragi tu mkn waktu bla yea? awal bln @ hjg bln @ ??

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips pemakanan sihat untuk yang merancang hamil.

mizznonie said...

Kalau tgh nyusukn ank boleh x ikot petua ragi tu?

Naz Mohamad said...

Kaedah apa? Kongsilah

Naz Mohamad said...

Kaedah apa? Kongsilah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...