Tabung Masa Depan ...

Monday, May 12, 2014

Resepi Sambal Ayam Goreng Pedas BerBunga Kantan

Weekend tak delah ke mana2.  Kena tempias demam ANGAH. Batuk & selsema jadinyer.  
Cuma bila rasa nak naik demam tu cepat2 KA telah Panadol Actifast tu.
Tapi weekend lepas ALONG balik, jadi masak jugalah yang simple2 untuk dier
Walau badan bukan lah larat sangat pun !
Bawak2 ajelah demi anak2 kan...
Sambal masakan Chef Yang Demam katanyer...
 
 
SAMBAL AYAM GORENG PEDAS BERBUNGA KANTAN

Bahan2 Di Blend Aje Lebih Senang:
  2 - 3 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
10 - 15 biji Cili Api
2 biji Cili Merah ( utk nampak color merah je )
 
1 biji Bawang besar ( potong bulat )
 1 btg Serai (ikut suka )
Garam & gula (ikut suka )
2 - 3 tangkai Bunga Kantan ( potong memanjang or ikut suka )
 
Ayam (potong 12 lebih baik - ikut suka )
( diperap garam & kunyit - GORENGkan)

Cara-cara

Panaskan minyak & tumis bahan dikisar & juga serai sampai lah pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit gula & dikacau lagi.  
Masukkan Bawang besar yang telah dipotong bulat 
Dan Bunga Kantan tadi serta perasakan dengan sedikit garam & kacau2
Lepas tu masukkan ayam yang telah siap digoreng dan kacau lagi hingga rata.
Kalau nak berkuah boleh tambah sikit air.  Tapi KA lebih suka sambal kering.
Dah siap pun dan boleh dihidangkan
Paling best makan dengan nasi putih panas2 !
Cubalah...
Dari semangkuk yang dibuat , dah habis licin dikerjakan....
Tapi for KAlah, ayam tu tak berapa nak minat sangatlah
tapi Bunga Kantan tu memang KA kutip makan best  sangat !
 
  PETUA MUDAH Nak cepat masak.  Sediakan 2 tungku api
Satu untuk goreng ayam, satu lagi boleh mula tumis sambal.
Agak2 dah nak masak sambal tu,  kecil atau tutupkan api.
Bila ayam siap digoreng, masukkan aje dalam sambal yang ditumis tadi
Dan kacau sampai betul2 rata... Cepat & Mudah kan !

27 comments:

Sylarius Yusof said...

Bunga kantan ni saya tau pakai untuk laksa je. Benda lain, saya tak tau. Hehe

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

makchaq said...

Sedapnya... macam terbau2 pulak wanginya bunga kantan tu...

Knor said...

suka haruman kantan...
tak nampak ayamnya..di selimuti sambal kantan..

tq KA..boleh try nti

MystoryPic said...

walaupun demam... ibu tetap kena masuk dapur...

idzwa kamaruddin said...

amboiiii menarikssss nyer!

Ummiarissa Mahdi said...

Bunga kantan ni yang bagi penaik rasa sedapnya kan...sebab bahan2 lain tu yang biasa kita masak sambal kan...tak pernah cuba.tapi bila sebut guna bunga kantan memang nampak sedap. .

Acik Erna said...

assalam KA..tu pesen suami acik masak..satu kuali goreng ayam..sebelah lagi periuk..kalau dia nak masak ayam sambal ke..ayam kicap ke..atau masak ikan..
kalau acik mesti nak selesaikan satu satu..

UmmuAidan-Arissa said...

wpun chef tuh demam..tp nampak kemain sedap lagi...GWS yer KA..

CikLily Putih said...

aduiyai sambal ayam.... lapo ni..

suri said...

AMBOI..mcam sedap jer..klik sana sini downy

Puan Kutu said...

sambal ayam mmg peberet kami sekeluarga.sedapnya!bunga kantan tu mmg buat wangi la kan..yg KA version mesti ada rasa asam pedas sikit kan

Mummydearie said...

Salam KA,

Tumpang lalu dulu, bacanya kemudian :)

Silalah merajinkan diri dan join sekaki tanpa unsur paksaan (dah rulesnya gini ya...)

http://mummydearie.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

N.Aima K said...

nyum nyum

RDZ Z said...

Kita suka makan bunga kantan dalam asam pedas...sedap..

LydSunshine said...

fisrt time tgk resepi ni KA. Macam sedap je sbb ada bunga kantan.

Liza Razak said...

letak bunga kantan memang confirm sedap sambal ni..nak cubalah resepi ni nanti :)

Ismail N said...

Nampak memang sedap betul. Pedas ke? Kalau pedas, tambah syok lah memakannya. Campur lagi dengan kicap, kena sedia tiga pinggan nasi :D

Maria Firdz said...

Sedapnya..

sal ya said...

Masak ni kena tgk selera big boss dgn small bosses. Kalau masak pedas tu jgn pedas sgt. Kalau tak small bosses ni akan basuh ayam tu. Rs2 pedas takpe. Hehee...

Aisy Nasiha said...

Wah.. resepi menarik ni. Saya nak cubalah.. suami saya mmg cukup suka bubga kantan..diratah mcm tu jwle biasanya

Ema Johari said...

tak pernah masak merah letak bunga kantan...kalau yang suka makan bunga kantan..ratah pun jadi.

aTieYusof Family said...

sedapnya sambal ayam.. dah lama tak makan ni KA..:)

Fiza Rahman said...

Sedapynya kak. Lapar perut.

QasehnyaRania said...

sedapnya. nak nak ada bunga kantan
tapi sy pantang skrg bunga kantan tu.
laksa pon pantang sbb bunga kantan

Siti Fatimah said...

Nyum nyum. T suka ni. Klu hubby dia tak suka bunga kantan kecuali letak dlm laksa je. Lelain dia tak suka. Sian kat t kan.klu buat ni mkn sengsorang je la

Mummydearie said...

Terliur jadinya, KA. Tak pernah pulak guna bunga kantan tapi kalau kat rumah saya ni, masak ayam begini memang licinlah. Nak simpan sikit buat bekal gi kerja pun tak sempat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...