Tabung Masa Depan ...

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru, Akan Tetap Ku Kenang Jasamu Selalu !

Ucapan terima kasih untuk semua warga pendidik
Yang telah mendidik kita semua, terutamanya KA sendiri
Tak kiralah cikgu apa waima cikgu memasak sekali pun !
Tetap akan dikenang jasamu wahai CIKGU !

Adab Berguru & Menghormati Guru Cara Imam Syafie 
Imam Syafie merupakan seorang ulama yang cukup banyak memberi sumbangan 
terhadap menggubal dan memperjelas hukum hakam dalam Al Quran. Sebab itulah Mazhab
 Shafie adalah mazhab terbaik dari segi ketelitiannya dalam menggubal hukum-hukum fekah 
untuk umat Ahli Sunnah Wal Jamaah...

Imam Shafie amat menghormati Imam Malik (pengasas Mazhab Maliki) walaupun Imam 
Malik sudah meninggal dunia. Sebab itulah bila dia menziarahi makam Imam Malik dia
 tidak berqunut semasa bersembahyang subuh ditepi makam Imam Malik. Ini kerana dalam 
Mazhab Maliki tiada qunut waktu subuh walaupun dalam Mazhab Shafie ada qunut 
sewaktu sembahyang Subuh. Imam Shafie juga memastikan dia tidak tidur dengan kakinya
 menghala kerumah Imam Malik sebagai menghormati gurunya itu.

Pernah diriwayatkan lagi tentang perihal menghormati guru ini. Pada suatu hari, sedang Imam 
Shafie memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat 
comot serta amat busuk sekali. Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Shafie lantas berhenti
 daripada memberi kuliah dan menerpa badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam
 anak muridnya melihatkan perlakuan Imam Shafie sedemikian. Selesai sahaja memberi kuliah,
 maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Shafie perihal kenapa dia memeluk badwi
 tersebut. Lalu Imam Shafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi
 itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. 
Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru 
Imam Shafie. Sekali lagi mereka bertanya tentang apakah yang diajarkan oleh badwi itu 
 kepada Imam Shafie?

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah, aku mempunyai satu 
masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup 
umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi 
banyak memelihara ajning untuk mengawal kambing-kambing mereka. Aku pun bertanya 
hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang 
cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak 
cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka 
aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa 
badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati gurunya itu.
Moga bermanafaat untuk semua.  
 
CREDIT INFO DARI SINI 
( BUSY SIKIT MINGGU NI >> )

31 comments:

Khai♥Rin : anies said...

slmt hari guru

Acik Erna said...

selamat hari guru kepada semua..
terima kasih KA kongsi cerita

Knor said...

selamat hari guru buat guru2 seantara

idzwa kamaruddin said...

selamat hari guru buat semua guru

msredcheesecake said...

sikit je ilmu dari badwi tu, tapi imam syafie hormat sungguh...

Bin Muhammad said...

Sangat bermanfaat! TQ

Selamat hari guru kepada anda semua...kerana kita juga adalah guru. :)

Kakizan Omar said...

selamat hari guru juga wat KA.. guru kepada anak2 kita mengajar erti kehidupan.. :D

Nurfaezah Abdullah said...

nice entry. slm jumaat kak :)

paridah said...

selamat hari guru tq berkongsi info yg bermenafaat.

eMMe said...

Selamat hari guru KA... smoga sempena Hari Guru ini, KA menjadi guru /cikgu yg lebih tabah dlm menghadapi pelbagai karenah dan ragam anak2 murid, heee~

Mummydearie said...

Selamat Hari Guru buat para guru yang ada. Jasa mereka memang tak seharusnya dilupakan.

n O e s u h a i m i said...

walaupun ilmu yg diajar sedikit...tapi amat menghormati org yg mengajar beliau itu...

selamat hari guru

eima said...

Aku suka cerita mcm ni....terbaik....

ANIM said...

KA...entry terkesan..
marta, mentor penutur jati saya dari hungary tu, walaupun non muslim, mudah2an saya boleh hormat macam tu jugak..
saya banyak belajar benda baru dari dia..

ANIM said...

rasa macam dah komen sebelum ni.
takpelah...sekali lagi, haha..

semoga cerita imam syafie ini menjadi contoh buat kita...

Malay-Kadazan girl said...

Selamat Hari Guru :).

Qaseh Vee said...

selamat hari guru kepada seluruh rakyat malaysi sama ada rasmi ataupun tidak .

Nafisa81 said...

Selamat hari guru...

adyna said...

Selamat hari guru utk kita semua , sebab mengajar anak2 dr kecil ;)

Pha Is said...

selamat hari guru buat semua warga pendidik.. :)
menabung sini.. :)

Kakzakie said...

Bila tiba hari guru kita pasti tak banyak, sikit akan terkenang masa kita belajar KA..

Selamat Hari Guru..

suri said...

salam sabtu..

amboi ada kisah menarik ya heee..singgah lagi kita kt cini.nak ucapakan thnks kt guru sebab ajar kita anak kita.

ketuk nuff ikea dan darlie

Ismail N said...

Hebatnya Imam Shafie..walaupun gurunya dalam keadaan comot, dia masih mengenali dan memeluknya. Kalau anak2 murid skrg, guru2 dalam keadaan hensem terbaik pun, tak mahu tegur :D Err bukan semua lah. Ramai2 anak2 murid baik kawe yakin.
Btw, Selamat Hari Guru buat semua guru.

Sylarius Yusof said...

Hidup kita memang kena berguru untuk belajar. Tak semestinya yang berjawatan guru gred DG41 ke atas je yang layak jadi guru. Ibu bapa kita dirumah juga adalah guru yang mengajar kita tentang erti kehidupan.

Maria Firdz said...

selamat hari guru KA..

Kira Sakura said...

selamat hari guru untuk KA yang menjadi guru pertama dan terbaik untuk anak2 KA :)

mama sara nur said...

Selamat hari Cikgu

hainom OKje said...

Tengoklah betapa hormatnya mereka dengan guru patut pun berkat ..... kan KA

LydSunshine said...

mmg seorang insan yang hebat. Saya baca buku tentang imam Syafie semasa mengandungkan Luth. Terus je jadi inspirasi untuk didik Luth jadi seperti beliau.

Betapa beliau menghargai ilmu, sedangkan org tu hanya ajar pasal anjing je, tapi imam syafie terus anggap org tu guru dia. MasyaAllah.. Hebatnya.

Ibu Lala said...

Hidup mmg perlu ada guru. Guru x semestinya di sekolah. Mak kita pun guru jugak.

Siti Fatimah said...

Moga guru guru yg mengajar T di rahmati selalu..amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...