Tabung Masa Depan ...

Wednesday, July 23, 2014

Bila Rindu Bertandang & Ucap Salam Aidilfitri In Advance

ASSALAMULAIKUM WBT....

Alhamdulillah, dah pun 25 hari menunaikan ibadat puasa
Walau on off diserang sakit gastrik yang menggila
Anak2 pun begitulah juga
Terutamanya Adik yang masuk tahun ke 3 misi puasa penuhnya!

 Lama menyepi sambil2 muhasabah diri
Dalam diam2 mencari2 erti
Dugaan yang ditimpakan selama ini
Buatkan KA lebih kuat dan belajar menghargai
Takde apa pun cerita menarik nak dikongsi
Walau dalam hati rindu nak mencoret2 cerita kat blog ini
Cuma benarlah bila Allah menguji
Pasti ada hikmah sebaliknya nanti
Dan kegembiraan yang pasti akan hadir kemudian hari
ANGAH tengah sibuk dengan PT3
ALONG pulak dengan semester baru dan modul baru yang perlu dipelajari
Dan Adik lah yang paling2 happy
Sebab akhirnya berjaya dapat no.1 dalam ujian keseluruhan darjah dua tahun ini
Setelah tahun lepas tahun 1 dikedudukan ke  2 sebanyak 2 kali
Sibuk aje Adik kata macam ni
" Betullah kata Ummi, kalau kita yakin boleh mesti bolehkan Ummi !,
Terima kasih Ummi doakan Adik....!"
Sebelum terlupa, cuma berkongsi lagi berita kejayaan Adik
Bila menang 1 dari 4 hadiah utama yang diberi
Dalam Pertandingan Mewarna di Putrajaya tempoh hari
Habuan duit 3 angka jugalah yang Adik menangi
Siap dengan langganan majalah kuntum setahun dan hadiah2 iringan lain lagi !
Rezeki2.... Allah swt jualah yang memberi!

KA dinasihatkan untuk berehat untuk kurangkan stress
Jadi aktiviti blog memang terpaksa dilupakan buat sementara waktu
Kebetulan pula sekarang kena handle projek baru
Yang perlukan perhatian KA sepenuhnya
Lagilah x banyak masa .....
Nak BW memang payah sangat sekarang ni
In Shaa Allah ada rezeki, umur panjang
Akan KA kongsi2 cerita di blog ini
Terima kasih kerana terus sudi datang bertandang ke blog KA ini

Di kesempatan ini KA Sekeluarga
Ingin memohon maaf andai ada salah & silap
Dan perkataan atau kata2 yang mengguris rasa
Terkadang tanpa kita sedar kan...
SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR & BATIN
Dan paling penting hati2 dalam perjalanan balik ke kampung nanti !

 ( Ehsan google )

PRAY FOR GAZA & MH17
MUDAH2AN ALLAH SWT PERMUDAHKAN JALAN BUAT MEREKA...

57 comments:

Knor said...

semoga yg sulit di mudahkan..
in shaa Allah hari raya utuk bergembira meraikan kemenangan.

sedih2 juga..sedih kerana thn dpn masih berkesempatan ke idak..
semoga KA bahgia bersama keluarga

selamat hari raya yg bakal menjelang.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Semoga diberi kesihatan yg baik KA..

Selamat hari raya buat KA sekeluarga..

DYatie said...

Selamat hari raya KA. Semoga sihat sentiasa. Aamiin.

Mrs Velentine said...

alhamdulillah kak rezeki adik...lama tak jenguk sini..selamat hari raya in advenced juga kak...mv klik mayfair

Ira said...

Assalamualaikum KA,
Semoga KA sihat sentiasa dan gembira selalu.
Ira pun nk mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap selama kita kenal di alam maya ini..
Rindu pd cerita2 KA.
Jaga kesihatan.. Bila dah sihat, baru BW ye :)
Tahniah utk adik.. seronoknya dia dpt hadiah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat KA sekeluarga.

Kakcik Nur said...

Salam AidilFitri buat KA sefamili...

Semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati.

Z@i Z@mR33 said...

selamat hari raya KA

paridah said...

SELAMAT HARI RAYA..MAAF ZAHIR BATIN JUGA BUAT KA N FAMILI..SANGAT RINDUKAN KA...MOGA KITA AKAN TERUS BERSAMA DI RUANG MAYA INI....

aizamia3 said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat KA sekeluarga.
Moga raya kali ni lebih bermakna buat KA dan keluarga.. ;)

Fiza Rahman said...

As salam kak. Keluar juga entry setelah lama menyepi. Apa pon dugaan, smoga akk dapat mengharunginya dgn tabah. Smoga dipermudahkan semua urusan. Take your time kak. Dahulukan mana yang penting.

Tahniah adik. Teruskan kecemerlangan.

Salam Aidilfitri. Maaf zahir badin buat akk & family.

LYAfrina said...

Long time
No see...

Salam ramadhan & salam aidilfitri KA.
Maaf zahir n batin.

Jaga.kesihatan n byk berehat ye.. btl la tu.. setiap ujian y diberikan ada hikmahnya

idzwa kamaruddin said...

alhamdulillah :)

semoga bertabah ye kak :)

Ibu Lala said...

Moga urusan akk dipermudahkan. Selamat hari raya utk akk sekeluarga. Kim salam kat adik. Lama x dgr cerita ttg adik.

BUNDA a.k.a KN said...

Selamat bertemu kembali di alam maya ini.....
Semoga apa saja yang di lalui akan di permudajkanNya...
Selamat Hari Raya ...Maaf Zahir & Batin...

Nursaila Norman said...

selamat hari raya KA..semoga sihat sekeluarga menjelang syawal ni :)

asyifa mustaffa said...

KA.....lamanya menyepi...!
Jaga diri...jgn tinggal blog lama2 ye...moga sihat selalu...
Selamat hari raya aidilfitri in advance juga buat KA sekeluarga....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Semoga di beri kesihatan yang baik untuk KA dan anak-anak. Allah uji kita tanda Allah SWT sayang kita. Semoga dimudahkan urusan akak. Selamat Hari Raya juga buat Akak sekeluarga. Jaga diri baik-baik akak.

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...KA,

mselim3 pun sama .. minta maaf andai ada yang terkomen2 yang tersalah k.. minta dimaafkan, segala2 yang terambil diblog nie atau apa2 yang menyinggung perasaan k..Minta halalkan makan dan minum . kira 0-0 k..
Selamat hari raya yang bakal menjelang dan berhati2 di jalan raya jika balik kampung.. Amin.

mselim3

Kakzakie said...

Biar dimana pun kita, walau apa pun ujian melanda, kelangsungan hidup perlu diteruskan juga. Moga terus tabah dan kuat.

SELAMAT HARI RAYA BUAT KA & KELUARGA. Mohon ampun & maaf dari kakak jua andai ada yg tak kena dihati/rasa.

Eye_nee said...

Salam Lebaran buat kamu sahabat..Semoga Allah sentiasa memberikan kehidupan yg baik buat kamu sekeluarga..ambil lah sebanyak mana masa yg kamu perlukan utk berehat...jika kamu sudah bersedia kembalilah semula mencoretkan sesuatu disini...kami menanti...Ukhuwah yg terjalin ini sgt unik kan..kita tidak pernah berjumpa..jauh sekali mendengar butir kata..namun jauh dilubuk hati seolah2 ada suatu ikatan bagai jika sedihnya kamu...hati ini turut berduka...jika bahagianya kamu bibir ini turut tersenyum tanpa paksa..Indahnya sebuah uhkwah kan...

SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI KA..MAAF ZAHIR & BATIN

Nazayiena Ayiena said...

Tahniah buat kecemerlangan adik.

Semoga tabah menghadapi ujian yg Allah ujikan buat KA dan family.

Slmt hari raya dan maaf zahir & batin buat KA sefamily.

aTieYusof Family said...

Salam Lebaran KA..
rindu sebab dah lama sgt KA tak menulis kan..apapun moga semua urusan di permudahkan..isnyaAllah yg berlaku pasti akan ada hikmahnya..
seronoknya adik menang ya..bijak btl dia.. :)

hainom OKje said...

Ohhh KA sakit yeh......miga cepat sembuh yeh...Tahniah buat adik yg sangat rajin. Akhirnya menggapai no 1 keseluruhan jugak...
Selamat Hari Raya KA.... maaf zahir batin yeh...

Sue-Rya Qistina said...

Semoga segalanya dipermudahkan ye KA. sabar dan kuatkan kesabaran.
saya sekeluarga ingin mengucapkan salam aidilfitri, mohon maaf juga zahir batin andai ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita.
take care ya!

Mummydearie said...

Tahniah buat Adik. Banyak misi yang dah tercapai setengah tahun pertama ni ya :)

Berehatlah sebaik mungkin KA kalau itu yang sebaik-baiknya. Bila ada masa terluang nanti, boleh kita bersembang ramai-ramai lagi di sini.

Salam Aidil Fitri buat KA sekeluarga. Kalau ada tersilap kata ketika mengomel di sini, ampun maaf juga dipinta ya!

UmmuAidan-Arissa said...

seperti KA dpt baca cetusan dlm hati yg tertanya2 mana perginya kesuma angsana nie..dah bersara terus ker...camni tak dptlah lagi dengar ceritanya...anyway thanks for yr ingatan..
selamat hari raya, maaf zahir batin..take care of yrself a lot okay...

aswadz said...

selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

imie fatiema said...

Assalamualaikum KA, maaf ya mmg jarang berkunjung sbb dah jarang juga berblog..sibuk skit uruskan anak anak .. salam aidilfitri ya KA semoga semuanya indah dan baik2 sahaja,inshaallah.

adyna said...

Patut lama tak nampak KA update entri , semoga sentiasa dalam RahmatNya , Salam Aidilfitri Dari dyna sekeluarga juga buat KA sekeluarga , maaf zahir batin ;)

suka suka said...

Salam lebaran KA... lama tak singgah sini... balas kunjungan KA semoga dipermudahkan semua urusan... maaf zahir batin.. take care ya..

suri said...

as salam ramadhan..rindu juga dekat tuan rumah mana dia pergi lama jer sepi heee...

harap sihat hendaknya..byk berehat naper ni hu...take care eh..

syabah sb anak dpt hadiah melukis beri dia galakan selalu tau..

salam raya dari cahayacinta.

Qaseh Vee said...

Selamat menyambut aidil fitri pada KA juga serta family . Semoga berbahagia di syawal yg mulai . Mohon maaf sekiranya ada sepanjang kita beramah mesra dlam dunia blog . harapan semoga ukhwah yg terjalin akan terus berkekalan . Semoga Allah limpahkan kesehatan yang berpanjangan pada KA dan dipermudahkan segala urusan ... aaamin .

eima said...

lama tak baca cerita pasal adik ,...

harap KA sentiasa sihat hendaknya ...
klu ade masa trs la menulis ye

BM said...

Setiap dugaan Allah itu mamberi kita lebih kekuatan dan pasti ada rahmat disebaliknya andai kita yakin dan bertaqwa kepadNya. Semoga KA tabah dan dipermudahkan segala urusan.
Salam ramadhan dan aidilfitri yg bakal menjelang buat KA sekeluarga. Ampun maaf jua kupohon...

Julia Johari said...

Selamat hari raya KA...alhamdulilah semoga ujian itu penyembuh dosa2 nan lalu...

Khai♥Rin : anies said...

p/s SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEPANJANG PERKENALAN & PERSAHABATAN KITA MESKIPUN HANYA BERLEGAR DI ALAM MAYA. JEMPUTLAH DATANG KE RUMAH YA...

eMMe said...

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin KA dan keluarga moga raya tahun ni lebih bermakna..hahaha...

lieyalatif said...

Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.

Pohon maaf zahir dan batin….

Moga syawal dirai meriah dan diberkati….

Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh

Sayangku Zie said...

Selamat hari raya maaf zahir batin untuk KA sekeluarga

Sylarius Yusof said...

Selamat Hari Raya KA :-)

Ema Johari said...

Selamat Hari Raya untuk KA Sekeluarga..salam kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki.

cahaya nur said...

Selamat Hari Raya KA..
semoga sentiasa berada di dalam lindunganNya...

Zara Ismail said...

Salam aidilfitri buat KA sekeluarga..ujian lebih dari Allah insyaAllah ganjaran pahala juga lebih..

Tips Puasa

RDZ Z said...

Selamat hari raya KA..Maaf Zahir & batin ya...

Dugaan Allah pasti ada hikmahkan...Semoga semuanya dipermudahkan...

maszmadi muhamad said...

inshaa Allah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku

SELAMAT HARI RAYA KA
MAAF ZAHIR BATIN

Hazmin Hamudin said...

Selamat hari raya aidilfitri KA

Kira Sakura said...

tahniah adik. moga kejayaan terus bersama adik lepas ni amin

KA selamat hari raya maaf zahir batin. pape pun jangan lupa jaga diri tau

Ujie said...

Wah..tahniah utk Adik!

Utk KA, moga sihat2 hendaknya.

Salam kemaafan dari saya jua.

nOe suhaimi said...

lama KA x bersiaran kan...semoga KA sihat walafiat dan tabah dalam menempuh hari2 mendatang...dah lama x dgr citer adik...tahniah adik...mesti KA bangga kan dengan adik...

Selamat Hari Raya buat KA sekeluarga..maaf zahir batin

Azrul Azmi said...

Selamat Hari Raya jugak KA!!!

Muhammad Khairuddin Lim said...

Salam... thanks kerana lawat blog saya...saya telah masuk anda dalam bloglist saya..Maaf zahir batin. Selamat hari raya,,,

Sheila Salim said...

Assalamualaikum KA, lama tak nampak. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. salam kosong-kosong ya ~~~

Iryns Ahmad said...

assalam KA, syukur alhamdulillah pejam celik dah sebulan berpuasa..semoga Allah permudahkan urusan MH17 n meringankan beban mangsa kekejaman israel di GAZA. Salam aidilfitri bt KA sekeluarga..

BM said...

Assalamualaikum,
Salam Lebaran buat KA sekeluarga. Semoga Syawal ini disambut dengan gembira bersama insan2 tersayang. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin... :)

Shaiful Zaidi said...

Salam Aidil Fitri. Maaf zahir & batin.

Mimi Azirah said...

Alhamdulillah murah rezeki adik

Cho Zila said...

selamat hari raya aidil fitri... smeoga semuanya selesai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...