Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 30, 2014

Landak Tanpa Duri, Biar Betik Ni !

Biasanya, kalau sebut je tentang Landak
Mesti dah terbayang2lah dalam kepala hotak
Duri2 Sang Landak yang tajam mencacak2
Aduhai, Memang sakit ler kalau terpijak
Tapi terkejut pulak bila baca berita kat KOSMO hari ini
Tentang kisah anak landak tanpa duri
Memang sangat aneh bin ajaiblah ni
Kalau tak percaya cuba uols baca kat bawah ni ..
..............................................................
(ehsan KOSMO )
DUNTOCHER - Seekor anak landak yang dilahirkan tanpa duri dibadannya telah ditemui di sebuah kebun di Duntocher, Dunbartonshire di Scotland, lapor Metro.co.uk kelmarin.  Anak landak itu ditemui orang ramai di kebun berkenaan sebelum diserahkan kepada sebuah pusat penyelamat haiwan liar di bandar ini.

Pemilik pusat penyelamat haiwan liar Hessilhead, Gay Christie berkata, dia terkejut selepas seseorang menyerahkan landak itu ke pusat berkenaan.

"Anak landak ini sangat unik kerana ia tidak mempunyai bulu atau duri tetapi ia berada dalam keadaan yang sihat. "Bagaimanapun, haiwan ini mungkin terpaksa tinggal di pusat ini sepanjang hayatnya kerana kulitnya terlalu sensitif untuk berada di hutan," katanya. - Agensi

Semuanya Atas Kuasa & Kebesaran Allah swt kan !

( Free2 KA BW yer .. )

27 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tak baca lagi paper arini.

Nurzakiah Hanum said...

la ada ye

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam pelik aje kan landak tak ada duri. tapi sebenarnya di sisi Allah SWT semuaNYA tak mustahil. Kuasa Allah SWT.

sud@is said...

Bila tengok landak tanpa duri baru tahu rupa landak ,,macam tikus..

❤Kamsiah❤ said...

meremang bulu roma tgk duri landak tu hehe

Nieyl said...

hihi~landak tanpa duri..hmm..sgt unik...tapi mcner die nak pertahankan diri dia tanpa duri kan...

Chekgu Azrine said...

very rare la spesies landak ni
tak pernah tengok camni

paridah said...

ajaib sungguh..jika Allah mnghndakinya pasti terjadi..

LYAfrina said...

kuasa Ilahi

ArELeEz said...

landak kacukan kot..

Sue-Rya Qistina said...

subhanallah..segala yg Allah ciptakan pasti bersebab..

UmmuAidan-Arissa said...

siannyer dier...sib baik dok tmpt penjagaan ..kalo dok utan mesti kena buli kan..:)

LydSunshine said...

kesian anak landak tuh. dia cacat.

idzwa kamaruddin said...

wahh info landak :)

Abe Kie said...

sesuatu yg unik. kena gi tengok sendiri ni..

eima said...

menarik kan ... kuasa Allah ... klu manusia kita nampak OKU ngan haiwan pun sama .....

aTieYusof Family said...

UNik nya KA.. tak pernah lagi tgk landak yg tak berduri...:)

Fiza Rahman said...

Siannya tak der duri.

Bicara Kak Noor said...

subhanallah landak pun dah tak berduri srkg ni kan

Bicara Kak Noor said...

subhanallah landak pun dah tak berduri srkg ni kan

Gee Lion said...

terkacuk dengan tikus kot. itu yang lahir tak tumbuh duri tu..

tikus + landak = tidak. hehehehe.. ^^

Ira said...

Allah Maha Besar.. Setiap yg dijadikan ada keistimewaannya kan.. :)
Tq sudi share info ni :)

Cilembu thea said...

melihat landak tak berduri jadi terasa aneh dan takjub, kemana durinya itu ya?

salam sehat dan ceria selalu

hainom OKje said...

Agaknya adalah tu terkena sindrom apa apa tu hehe...

Mrs Velentine said...

kirannya ada hormon yang tak cukuplah ni kan kak

Mummydearie said...

KA, bila tengok landak tanpa duri ni teringat pulak cerita kartun kat Channel 616 yang superheroes suka tengok. Apa ke namanya... sebiji rupa si landak without duri ni tau!

aswadz said...

rare nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...