Tabung Masa Depan ...

Tuesday, September 30, 2014

Resepi 2 Sup Simple Feveret Adik !

ANGAH  tak sempat nak share resepi bubur nasi ayam dier yang sedap tu
Di blog dier lagi, sebab 2 -3 hari ni sangat2 busy study untuk PT3
Kata ANGAH lagi, Nanti2 free dier kongsi2lah resepi ...
Sementara menunggu tu, meh KA kongsi dulu resepi2 sup yang simple2 ni
Memang feveret ADIKlah bab2 sup2 macam ni...
Kalau kat kedai makan, mesti nak order sup, kalau tak sup ekor, sup tulang ker
Dan ADIK ni, lama2 sikit dia mesti mintak buatkan Sup yang ini pulak
Sebab kat rumah, bolehlah nak makan bertambah2 kan ADIK !

Yang ini SUP KERANG ...


1kg kerang  - bersihkan .
( Rendam sekejap untuk buang lumpur2 tu )
4 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
Sedikit halia - ditumbuk
Satu sudu kecil ketumbar - ditumbuk
Sebatang serai - diketuk
Sup bunjut - 1 - 2 pkt
Garam
Sedikit minyak utk menumis.
& Air secukupnya.
Daun sup dan Daun bawang - hiris halus.
Lobak merah - kalau suka boleh tambah
 Cara nak buat :-
Tumis bahan2 yang ditumbuk & diketuk sampai naik bau
Masukkan Sup Bunjut
Masukkan Kerang & air (ikut suka)
Perisakan dengan garam  (ikut selera )
Masukkan lobak merah 
Taburkan daun bawang/daun sup & bolehlah dihidangkan
Tabur bawang goreng ( kalau suka )

Kalau suka pedas sikit, boleh ketukkan 3 - 4 biji cili api dan letak sekali 

Kalau untuk SUP AYAM
Resepinyer sama aje, cuma biasanyer KA tak letak SERAI lah dalam Sup Ayam ni....
Dan kalau suka boleh tambahkan Lobak dan Ubi kentang juga yer !
Lepas tu bila makan aje, sibuklah ADIK dok kata sambil memuji2
" Mabeles, Mabales... ( Macam gaya Jarjit Singh dalam Upin & Ipin tu ler )
He He He

Boleh lah kalau uols nak cuba juga resepi campak2 Versi KA ni yer !
( Ok satu lagi kalau takut ada rasa hanyir2 tu buh sekeping dua asam keping, hokeyh )

14 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

saya tak pernah buat sup kerang KA,kena cuba nie..selalunya rebus gitu je.

Aisy Nasiha said...

Kalau kat rumah kami, nazif yang suka makan nasi dgn sup.. memang comot jadinya tapi kalau ada sup, banyak yg dia makan..

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

Sue-Rya Qistina said...

sedapnya KA!! terliur pulak kita..hehehe

Ummiarissa Mahdi said...

Sup memang sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih...kalau ada telur dadar pun menambah selera...

Kakzakie said...

Hihi... kakak membayangkan adik cakap ikut style jarjit singh dlm upin ipin ketika menikmati sup:)

Iryns Ahmad said...

dear...1st time tgk sup kerang,boleh try menu ni...rs2 hanyir x?

ArELeEz said...

leez pun p'gemar sup jugak. especially klu time demam.. sup mmg makanan thorrbahekk..lah!

eima said...

br tahu kerang boleh buat sup ....
ingatkan rebus je ...

idzwa kamaruddin said...

aduhh terliurrr!!

Acik Erna said...

acik belum pernah jumpa sup kerang bekulit tau KA...kegemaran adik ye..

hainom OKje said...

Memang jarang kerang buat sup KA....selalunya rebus gitu jer sebab versi malas haha...
Okje kalau masak sup mmg tak pernah buh ketumbar.....tak taulah pulak kalau dlm sup bunjut tu ada ketumbar...Selalunya pakai rempah sup jer KA..

Mrs Velentine said...

resepi campak lah yg sedap kak..klik RHB satu

Mummydearie said...

Di rumah saya yang paling suka sup semestinya si Adik. Si Abang tak minat sup. Kalau kat rumah saya juga, apa-apa sup mesti ada kentang. Sebab itu main star dalam aktiviti buat sup!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...