Tabung Masa Depan ...

Saturday, September 27, 2014

Resepi Kari Kepala & Isi Ikan Merah Yang Sedap !

Ini cerita minggu lepas
Hari tu En Hubby duk teringin sangat2
Nak makan Kari Kepala Ikan Merah
Dah lah rega mahai bukan main
Tapi dah mengidam kalah orang mengandung anak sulung
Jadi, nak tak nak layan kan jugaklah selera nya
Anak2 tak suka makan kepala ikan
So, terpaksa beli tang isi ikan juga lah jawabnya !
Ok.. KA kongsi resepi kat sini sekali yer
Kalau KA bab campak2 ni, memang pro sangat lah ! He He He 

BAHAN-BAHAN:
Kepala ikan merah  + isi ikan merah ( 1 kg - 1.5 kg )
Bawang merah  - 4 - 5 biji
Bawang putih -3 ulas
Daun kari - 2 tangkai (jerit2 aje kat Angah suruh ambilkan !)
Halba campur dlm 1 sudu kecil  
Cili kering dikisar ( ikut suka pedas manalah )
2 peket rempah kari ikan (Jenama BABA's)
3 cawan santan pekat ( ikut sukalah, ada yang x letak santan kan !)
Sedikit air juga (Kalau tak suka pekat sangat )

2 biji tomato merah
4 -5 biji bendir ( Pastu tu ada 4 -5 tangkai kacang panjang KA boh sekalilah ! ) 
Garam dan air asam jawa secukup rasa
2 Biji Cili Besar Merah ( Hiasan )
 CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis semua bawang yang dah dimayang halus 
bersama halba campur serta daun kari . 
 Masukkan cili kisar tadi dan kacau sekejap sehingga cili masak
Rempah kari tadi masukkan dalam mangkuk kecil dan campurkan sedikit air serta kacau
Kemudian tumis di dalam periuk tadi dan dikacau supaya tak hangit. Biarkan rempah masak 
dan terbit minyak.
Lepas tu masukkan sedikit santan dan kacau supaya semua bahan menjadi mesra
Bila dah  mendidih sedikit masukkan sedikit saja air dan dan kacau lagi
Kemudian  masukkan kepala/isi ikan merah tadi. 
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu juga
Perasakan dengan garam & air asam jawa, dan rasa ikut selera kita.
Kemudian tambahkan bendir & kacang panjang tadi, kacau .
Biarkan mendidih seketika supaya bahan2 semua mesra
dan bolehlah tutupkan api..
Letakkan potongan Cili Besar Merah semasa menghidang!
OK SIAP DAH TARA>>>>>>
 
Silalah kalau nak cuba!
Ini cerita minggu lepas, minggu ni kena 2F ler pulak, Flue & Fever
So masak2 makanan ala2 untuk orang sakitlah...
Nanti2 kita cerita yer  !  

9 comments:

paridah said...

WAH SEDAPNYA KARI KEPALA IKAN MERAH...TERINGIN NENGOKNYA..

Qaseh Vee said...

my kakak klu masak kari x letak santan . serbuk akri pilihan juga babas ... klu malas nak masak sayur , masuk jer bebanyak sayur mcm kA but tuh ... mmg mudah n sedap .

Aku Penghibur said...

perghhh memang sedap ^_^

nampak dah terliur

LYAfrina said...

sedapnya..
mkn dgn nasi pns2

sud@is said...

Sedap sangat nmpak kari, makan bersma ikan goreng, sambal belacan/ulaman dan nasi panas....

Mummydearie said...

Aishhhh.... terliur pulak. Malas nak memasak tapi kat mana ek ada jual kari ikan merah yang kaw-kaw? Hehehe...

Tihara said...

wow memang sedap la KA :)

hainom OKje said...

Jarang beli kepala ikan ......okje tak yah cakaplah mmg suka lebih lagi tang mata dan bhg yg kembik lembik tu tp mam KA jugak bebudak kurang makan.....

Fiza Rahman said...

Sedapnyaaaaa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...