Tabung Masa Depan ...

Tuesday, October 28, 2014

Mendidik & Menggapai Cita2 Unggul Adik !

Mula2, semestinya mendoakan terus lagi kejayaan buat Adik & Along
Dalam peperiksaan akhir tahun yang sedang dihadapi mereka waktu & saat ini
Mudah2an In Shaa Allah, berkat doa seorang Ummi, Kecemerlangan itu milik mereka nanti 

Bercerita tentang Adik, Apa lagi kalau bukan cerita mulut bertih jagung dier tu...
Dalam usia menginjak 8 tahun dah sekarang ni, Masih tetap dengan cita2 dier yang satu itu
Bila ditanya tentang cita2, Jawapan yang sama juga bila Aunty2 bertanya hal cita2
Malam semalam duduk berbual lagi dengan Adik sambil ulangkaji

KA :  Adik masih nak jadi Kapten Tentera Laut ke bila besar nanti ?
ADIK :  Mestilah, kan dah cakap, itukan cita2 Adik yang utama...
KA :  Kalau x dapat capai macam mana ?
ADIK :  Tak dapat Kapten, dapat jadi Leftenan pun oklah, tapi Adik akan cuba !
KA :  Kalau tak dapat juga ...
ADIK :  ... Jadi Pilot lah camtu ..
KA :  Dekat2 dah tu... Kalau tak dapat juga...
ADIK :  Ermmm... kena jadi Cikgu ajelah Ummi...
KA :  Kalau Adik jadi Cikgu, pening kepala murid2 Adik nanti !
ADIK :  Nape pulak ...
KA :  Ye lah......Tengoklah Adik ni ha... He He He.

Sebab minat Adik ke arah bidang yang satu itu 
Jadi KA hantar Adik ke kelas Silat sedari dari umur 7 tahun lagi
Sebagai pemangkin jati diri Adik & moga terus ada sikap berjiwa waja 
Kalau di tahun satu dulu bertali pinggang putih
Tahun dua ni dah pun bertali pinggang biru pulaklah Adik
Moga Adik terus berjaya dalam pelajaran dan apa jua yang diminatinya 
Ummi akan terus sokong aje yer !

Ini momen gembira Adik, bila dier terpilih buat persembahan
Bersama pemegang2 tali pinggang coklat & biru terbaik lain yang dipilih
Sempena hari persaraan salah seorang guru si sekolah Adik baru2 ini ...
  Bila Adik tanya pada KA ..
ADIK :  Ummi tak bangga ke Adik terpilih !
KA : Bangga tu memang bangga lah Adik tapi ........
( Aduhai, Sebenarnya  tak sanggup dah nak tahan telinga ni , bila Adik ulang2 cerita
tentang kisah ini berulang kali saban hari.... hehehe )
Tapi sebagai ibu bapa, KA percaya kita mesti terus menyokong mereka dalam apa jua !

Memetik kata2 Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad....
" Melahirkan anak  yang sentiasa cemerlang itu sukar. Sukar tetapi tidak mustahil. 
Apa yang penting kita perlu tahu cara betul mendisiplinkan anak,
 tegas dan mesra dalam pendekatan, sabar dalam membimbing dan istiqamah.
Melahirkan anak yang rajin belajar bukannya mengambil masa satu atau dua bulan.
 Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum kita lihat sikap rajin belajar itu mula berputik 
dan menjadi tabiat mereka "

23 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow terbaik nie

Tihara said...

insha Allah
bagus dia nak jadi navy,
anak sedara saya yang perempuan pun ada sorang jadi navy kak..
tapi memang kena tahan semangat :)

AnneRaini said...

bagus adik..bersemangat sentiasa. teruskan ye adik smpi dpt capai cita2 tu.

faraherda.razalan said...

Peh! Masuk silat. Cita-cita nak jdk askar navy pulak tu. Bukan calang-calang ni KA. Apapun, sy doakan moga cita-cita adik tercapai. Adik yg comel! Tny byk kali pun tapi itulah penghibur hati. Heheheh!

Kira Sakura said...

hahahahaha jenuh la ummi tadah telinga dengar cerita adik tu hari2 hihihi

pape pun tahniah adik. moga terussss cemerlang lepas ni amin amin

Kakcik Nur said...

Mudah2an Adik terus bersemangat dalam mengejar cita2nya... :)

Khai♥Rin : anies said...

TAHNIAH ADIK!!! TERUSKAN USAHAMU!!

suri said...

as salam KA..

amboi sukanya dia..silat bagai.harap anak suri akan ada aktif macam ni gak suatu hari nantilah..tgok apa minat dia suka heee...

ps: untuk KA semalam dan ini hari itu dah done ;)Thnks ya ;)

tiga lalat said...

Salam. Hee sungguh terbaik mellibatkan anak dengan aktiviti sihat.

Kakzakie said...

Syabas adik. Auntie tahu adik lincah cikgu mesti pilih adik punya..

Betul KA kita sebagai penjaga mestilah menyokong & mendoakan anak-anak utk yg terbaik..

Bunda a.k.a KN said...

In shaa Allah...tapi kena belajar rajin2 pandai2 dulu...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah Adik. Semoga cita-cita adik dimudahkan. Amin.

Mrs Velentine said...

baguslah adik ni..semoga terus berjaya..oh ya adik ni mcm haikalayuwani..ada jer yg nak di bebelkan dekat MV

Kakak Norihan said...

aunty pun bgga juga dik

jgn lupa jasa ibu ayah ye...

Gee Lion said...

bangganya kalau jadi adik, patutlah dia dok ulang cerita yg sama je kat ummi dia.. hihi.. >.<

inshaAllah, moga tercapailah cita2 adik suatu hari nanti ye.. =)

Mayang ABDUL RAZAK said...

TAHNIAH ADIK SEMOGA BERJAYA

eMMe said...

KA, tumpang bangga dengan Adik, sbg Ibu Bapa kite jgn salah didik anak, InshaAllah anak2 masa hadapan generasi kini.. manyak dugaan n cabaran, moga kite ibu bapa yg berjaya mendidik anak2 cemerlang dlm pendidikan...

LadyBird said...

Semoga adik akn jd seorang ank yg berjaya dunia akhirat.. ameeenn..

Cikgu Ma said...

sekolah saya next week budak2 exam...moga along dan adik berjaya dalam exam :)

Cikgu Ma said...

sekolah saya next week budak2 exam...moga along dan adik berjaya dalam exam :)

Mummydearie said...

Adik dan cita-citanya...

Insha Allah, moga cita-cita Adik tu nanti jadi kenyataan. Memang tak payah jadi cikgulah Dik, nanti pengsan murid-murid dengar penjelasan Adik especially kalau mengajar Sejarah ke, Geografi ke, Sains ke. Pengsan budak-budak zaman tu, Dik. Hahaha!

hainom OKje said...

Sama je ngan TLBD KA..... suka sangat cakap berulang kali benda yg dia suka...kadang tu penat nak melayan

Puan Awin said...

assalamualaikum KA....lama x singgah sini...semoga KA sihat selalu hendaknya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...