Tabung Masa Depan ...

Friday, October 17, 2014

Puisi Ummi, Angah & PT3 !

Duduk bersembang2  antara Angah & Ummi
Berkisah tentang Ujian PT3
Dan hala tuju Angah selepas PT3 nanti
Kata Angah "Memang mencabar sungguh ler PT3 ni, Ummi !"
Tapi Ummi jawab, "Ala Ummi pun dulu ambil juga masa form 3 tapi SRP !"
Kata Angah " Banyak beza SRP, PMR & PT3
Paling ketara adalah semua soalan2 ujian PT3 ni
Dibuat dalam bentuk subjektif dan no more dalam bentuk objektif2 lagi
Meaning, memang kena study hard kalau tidak alamat ke lautlah pergi
Bukan macam dulu, boleh pakai buah dadu untuk jawapan lagi
Soalan2 yang diberi pulak consider tough2 juga kali ini
Standard macam soalan2 form five pun ada lagi
Paling2 stress bab2 Math dan Science ni
Even Angah minat giler kat subjek2 yang dua ni"
Cepat je Ummi sambung sembang lagi
Bagi semangat Angah pulih kembali
" Ala dulu2 pun Ummi ada ambil ujian macam ni
Tapi masa tu, kita panggil SRP lagi
Ada 8 matapelajaran juga macam Angah sekarang ni
Subjek lain2 Ummi memang minati
So 6 subjek tu, memang sah2lah A1 dalam tangan Ummi 
Cuma bab2 Science & Geografi Ummi sedikit benci
Tapi benci2 Ummi pun pada 2 subjek yang ni
Ummi leh score busuk2 pun C3  lagi He He He ! "
Cepat je Angah jawab "Ala, Itu Ummi ... !"
Bila Ummi tanya hala tuju Angah selepas ini
Samada nak terus bersekolah di sini
Atau nak mohon sekolah2 lain yang terpikir di hati
Angah jawab tenang " Tengoklah macam mana nanti !"
Ummi bagi semangat sikit dengan cerita ini 
"Jangan jadi macam Ummi,
Dulu2 dah tau diri tak minat Science & Geografi
Lagi nak masuk aliran Science, semua salah2 cikgu cikgi 
Bila Ummi nak tukar aliran lain yang lebih diminati
Satu cikgu pun takde bagi sokongan kat Ummi
Semuanyer cakap, awak boleh buat, Science mudah aje ni
Sudahnya apa dah jadi...... 
Kalau tidak entah jadi lawyer ke jadi novelis terkenal Ummi sekarang ni hehehe !
So, Angah kenalah pikir2 sendiri
Sebagai ibu, Ummi cuma boleh menasihati
Pokok pangkalnyer kena datang dari diri Angah sendiri
Ikut kemahuan dan minat & jangan lupa ukur baju di badan sendiri !
Kata Angah " Kalau result nanti tak seperti yang diharapkan selama ni "
Ummi kata " Kita terima ajelah, sebab kita dah berusaha sehabis baik sebelum ini
dan itulah hasil terbaik yang kita diperolehi !

Anak2 dan parents dulu dan sekarang
Bezanyer ketara sangatkan
Terlalu jauh jurang perbezaaan
Dulu2 kebanyakan parents bagi arahan dan anak2 kena ikut tanpa bantahan
Tapi anak2 sekarang..
Serius, rapat & lebih seperti kawan2
Boleh bercerita dan berkongsi rasa dan perasaan
Dan sebagai parents, even kita sentiasa mengharapkan
Sesuatu yang terbaik yang anak2 berikan
Jangan lupa, terima mereka seadanya dan sentiasa beri sokongan
Kerana di sebalik kejayaan yang digapai anak2, sebalik setiap kecemerlangan
Pasti ada ibu bapa terbaik yang mendorong di belakang !
Ingat tak, saat bila anak2 jatuh, waktu belajar bertatih dan berjalan
Kita sentiasa ada di sisi mereka untuk memastikan
Mereka terus bangun dan tidak mengalah dek keadaan
Tapi berusaha terus hingga berjaya & berlari terus laju ke hadapan !!!!
Yang penting doa jangan putus, jangan berhenti dan sentiasa berterusan.....
Sorrylah kalau bosan membaca, hari ni KA duk merepek2 ler yang bukan2 !
But anyway, KA nak ucapkan.....
(  Salah seorang sahabat KA yang menjadi Cikgu mengakui soalan PT3 tahun ini
memang sangat2 mencabar sekali ! Naik kesian dier dengan 
student2 yang ambil ujian PT3 ni !... 
Satu lagi, KA macam nak cuba jadi novelis ler lepas ni  hehehe.. angan2!)

11 comments:

idzwa kamaruddin said...

Assalam KA, maaf izwa jarang singgah sini 2 3 hari ni..busy sgt la minggu nie :) btw..salam jumaat KA!

Nurzakiah Hanum said...

terbaik

Kakak Norihan said...

dh usahakn in sha Allah
kita bt yg terbaik dan termampu.
sbnrnya bgus juga pt3 ni.. terserlahlh sikit bkat, tklh main hntam jwb abc.. tk berfikir sgt... yg kls bwah pun nk tk nak kena berfikir juga... tklh main dadu, sekurang2nya ada usaha berfikir utk jwab... kena byk mrmbacalh.. klu tk asyik hafal jer..
belajr utk tahu , bkn belajar skdar nk lulus pereksa. nti bila adk2 tya sng jer jawb, bukan bila adiktya... dah lupa la... tk ingat.. masaalah

suri said...

KA awak mula pikir macam manalah anak-anak nak jawab nanti. ini baru tahun 2014 kalau 5 tahun akan datang lagi susah ujin utk budak2 skrg ini kan heee...

hainom OKje said...

Betul KA anak okje pun kata susah....tp benda dah lepas nak buat apa dikenang. Jadikan pengajaran dan teladan .Tugas kita tawakkal dan doa moga berjaya....Kan KA

Gee Lion said...

atau mungkin sama saja KA, tapi rasa makin susah sebab dorang tak tahu soalan zaman KA dulu macam mana.. lagipun sy tengok generasi Y ni banyak songeh and spoonfeed sikit berbanding generasi X yg lebih suka berusaha. itu yg ada perbezaan sikap dlm menerima kepayahan soalan tu.. hehe..

saya dlu pun kena paksa amek science, sudahnya ke laut... kalau tak macam KA cakaplah, mesti sekarang ni dah boleh jadi sasterawan negara.. hohoho >.<

suri said...

semoga berjaya untuk anak KA itu. Kata orang usaha tannga sebuah kejayaan.sebagai

Khai♥Rin : anies said...

x penah tgk lg soklan2 PT3 ni tp sy dpt rs kn ianya lbh mencabar

Fiza Rahman said...

Good luck utk angah. Smoga cemerlang keputusan PT3 nanti.

Mummydearie said...

Oh, KA ada hati nak jadi novelis rupanya ya! Itulah kita dulu pentingkan apa ibubapa mahu dari kita. Kalau ikutkan niat hati, lain jadi sepatutnya. Betul tak KA? Tapi semua itu mungkin ada hikmahnya. Sekurang-kurangnya kita tak akan buat perkara yang sama pada anak-anak pulak.

Selesai sudah PT3. Semoga Angah akan dapat keputusan cemerlang. Baru saya tahu soalan semuanya subjektif ya. Memanglah serius parah kalau tak belajar.

P.S. Baru ternampak komen di google+ ttg HD. Hahaha..itu bukan HD. Sampai saya buat entri demi tak mahu kawan-kawan tersalah sangka ^__^ Anyway, Google+ saya dah tutup selamanya KA. Malaslah!

Hasmania Abas said...

satu perkara kenapa tidak di mulakan dasar baru soalan subjektive itu di peringkat tingkatan 4 bukan murid form 3 ......... jika soalan di sediakan oleh pihak sekolah itu sendiri dan guru di sekolah itu juga yang bertugas memberi markah ..... 150% sudah pasti ada sikap tidak jujur untuk memberi markah terbaik untuk anak-anak guru-guru yg menuntut disekolah tersebut...... cuba kita fikirkan mustahil atau tidak !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...