Tabung Masa Depan ...

Friday, November 21, 2014

Doakan Adik Kuat & Tabah Yer !

Salam Jumaat semua !
Nak mohon sama2 mendoakan moga Adik 
Kuat & tabah untuk jalani Ujian Silat pagi ni
Bagi pertukaran tali pinggang biru ke coklat pulak
Ujiannya lebih tough sikit berbanding
Ujian pertukaran tali pinggang putih ke biru tahun lepas
Sebenarnya, malam semalam Adik dah mula tak sedap badan
Badan panas sampai tak boleh tidur malam dibuatnya
Tapi sebab semangat dier kuat, nak juga ke sekolah pagi semalam
Untuk terima Anugerah akademik terbaik dan 3 matapelajaran terbaik
Jadi KA ikutkan aje
Elok aje lepas terima hadiah, Adik tiba2 datang dan bagitau KA 
Yang dier dah tak larat sangat dah
Nasib baik majlis pun dah hampir nak tamat
Cepat2 KA bawak Adik balik rumah, masa tu memang panas betul badan Adik !
Lepas mandi, KA bagi Adik makan ubat dan suruh tidur sekejap
Sementara menanti waktu ke sekolah agama petang pulak 
Namun demam Adik masih tak kebah2 malah makin kuat
Terus KA telefon Ustazah di sekolah Agama maklumkan
Adik tak dapat hadir untuk terima hadiah sebab demam panas
Menjelang petang nampak ada reda sikit
Dan Adik sibuk nak ke kelas silat malam itu untuk latihan terakhir sebelum ujian
Sambil tu bagitau esok ada jamuan kat kelas
Minta Angah masakkan spagetti untuk dibawa sebab Adik nak sedekah
Jadi malam semalam KA , En Hubby Dan Angah cari jugalah bahan2
Untuk jamuan kelas Adik
Dan Alonglah yang hantar dan temankan Adik di kelas silat hingga tamat
Malam tadi panas badannya naik lagi
Sepanjang malamlah  KA & En Hubby menjaga
Sambil baca2kan doa untuk Adik
Bila Angah bangun subuh2 lagi untuk masak spagetti & sosnya
Adik turut sama bangun dan duduk di tangga dapur
Sambil cakap " Adik tak dapat tolong, tapi nanti Adik tolong rasa yer Angah !"
Kalau ikutkan KA nak tangguhkan aje ujian silat Adik pagi ni
Tapi Adik kata dier boleh buat, In Sha Allah
Lagipun hari ini ada jamuan kelas, jadi Adik kata mesti datang
En Hubby yang hantar Adik ke sekolah pagi ni 
Dengan dua beg plastik besar yang dibawa untuk jamu kawan2
Hibanya rasa bila bersalam dan mencium Adik pagi ni
Masih terasa panas di dahi Adik, tapi Adik tetap yakin boleh
Jadi sebagai ibu, disamping mendoakan kesembuhan Adik
Sentiasa mengharapkan Adik tetap kuat, tabah & terus bersemangat
Ummi akan tetap mendoakan Adik dari jauh yer....
ADIK NUR SUFFIYA QAMARINA !
Mohon doakan sama2 yer......

24 comments:

❤Kamsiah❤ said...

alahai..kesian dan sedih pulak baca entri KA ni..tau mcm mana perasaan bila anak2 tak sihat..

eima said...

wahhh hebat l adik ..akademik hebat kurikulum pun hebat jg .... tahniah adik

Kakcik Nur said...

Semoga Adik tersu kuat dan demam Adik tak akan melarat.

Aaminnn...

Daddy Ziyyad said...

Moga dipermudahkan urusan adik utk grading silat...

Nieyl said...

InsyaÁllah...semoga kembali sihat..dan dipermudahkan segalanya...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kasihan kat adik demam. Jaga diri baik-baik yea.

idzwa kamaruddin said...

semoga dipermudahkan urusan adik

Fiza Rahman said...

Kagum dengan semangat adik. Smoga dipermudahkan semua urusan yer adik. Dan smoga cepat sembuh.

nohas said...

Adik kuat semangat..In shaa Allah, semoga berjaya..

paridah said...

didoakan adik cpt sembuh ya...semangat adik yg tinggi menguatkan azam n kemahuannya...insya Allah pasti dipermudahkn...

Acik Erna said...

Semoga adik kuat dan berjaya..cepat sembuh ye dik

Kayu Manis said...

semoga adik cpt sembuh ye..

Khai♥Rin : anies said...

syafakallah adik

ieda abdullah said...

moga semuanya berjalan dengan selamat...get well soon utk adik....kuat semangat dia...

suri said...

sabar tabah kuat hati ok ramai sayangkan adik tau ;)

Tihara said...

insha Allah, acik doakan yang terbaik buat adik, take care yea :)

Ahlam Miera Amirul Shafie said...

adik kuat semangat!!! moga adik terus kuat dan berjaya dalam ujian silat 2.. chayoookkk3x adik!!

Puan Kutu said...

adik budak bijak,kuat dan tabah,Insyaallah boleh.semoga semuanya dipermudahkan

Belog Santai said...

Semoga adik cepat sembuh ya...

Najib Ariyan said...

mudah2an dia berjaya melepasi ujian tu... sakit tak sakit bukan penghalang... itu akan menguatkan lagi jiwa nya

Ibu Lala said...

Bagus lah adik ni. Walau x sihat tp tetap nak ambik ujian tu jugak. Auntie doakan adik berjaya dan segera sihat.

Mummydearie said...

Semoga Adik Suffiya dah sembuh dan segala urusannya berjalan lancar. Adik ni walaupun baru 8 tahun, memang seorang yang sangat tabah. Salute pada Adik!

sal ya said...

Semangat dia. X apalah KA kalau dia rs dia ok insyaAllah... Ok je.

Capt Pepatung said...

Semoga dipermudahkan segala perancangan dan impian..
Salam flywalking ke sini..
http://captainpepatung.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...