Tabung Masa Depan ...

Tuesday, November 04, 2014

Pahit Itu Ubat Adik !

Adik kalau bab2 ulam2 ni dier memang minat sangat
Lagi2 kalau petai tu, memang makan bertambah2lah jadinyer
Kalau kacang botol, timun, pegaga bagai ni memang suka sangatlah Adik
Bab2 sayur pulak memang dier sukan makan ratah gitu je
Tapi ada satu sayur yang Adik tak suka.......
SAYUR PERIA !
Bila KA tanya kenapa 
Jawab Adik , sebab rasanyer pahit !
KA bagitau balik,  Pahit2 tulah jadi ubat Adik !
Oooo... sebab tulah ubat2 pil ni rasa pahit yer Ummi ! 

Lepas tu cerita2lah sikit kebaikan peria ni pada Adik
Meh KA kongsi sama....
Berdasarkan kajian, setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein 
untuk membina tisu badan, 
2.9 gram karbohidrat untuk tenaga,
 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 
56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang. Baguskan !

Peria juga boleh mencuci darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 
Caranya ialah dengan meminum segelas perahan buahnya 
yang dicampur dengan perahan limau nipis. 
Lakukan amalan ini selama tiga hingga empat bulan.
Ini juga boleh membantu mereka yang mengalami masalah gout,
 lelah, darah tinggi dan kencing manis. 
Bagi mereka yang mengalami masalah ketagihan alkohol, 
anda boleh cuba meminum perahan daunnya.
Perahan yang sama juga boleh digunakan untuk mengubati buasir.
 Caranya ialah mencampurkan perahan air daun peria dengan segelas susu 
 dan amalkan selama sebulan; 
manakala akarnya dilumatkan dan airnya disapukan pada bahagian buasir.
Peria juga mengandungi tonik yang bertindak sebagai julap dan membuka selera makan.
 Selain itu, ia juga boleh dijadikan ulam oleh wanita yang baru bersalin 
untuk menambah susu badan.

Petua untuk kurangkan rasa pahit peria senang aje. 
Rendam dulu dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak. 

Adik :  Ooo... memang berkhasiatlah peria ni yer Ummi !
KA :  Yelah...
Adik :    Tapi,, Adik tak sukalah....  Eh....Ummi dah makan ubat ke belum ?
Macam tulah Adik, tiap pagi dan malam mesti nak ingatkan KA
tentang pengambilan ubat !

26 comments:

SYANI said...

Saya pun takleh telan peria..

AnneRaini said...

bagus adik kecik2 suka makan sayur..

Mummydearie said...

Wah, Adik lagi bagus dari auntylah! Aunty ni satu sayur pun tak tertelan. Mesti Adik awet muda bila dah berusia nanti. Suka sangat makan ulam ^_^

hajar said...

Peria goreng tepung pun sedap...

Nastyna said...

saya suka ulam dan sayur tapi tang peria ni belum lulus nak masak hahaha.

❤Kamsiah❤ said...

saya suka peria tp hanya saya sorg ja yg makan kat rumah ni...suami dan anak2 langsung tak makan...pahit depa kata...

Nieyl said...

walaupun tahu ianyer pahit n baik..Tapi tekak nieyl mmg x leh terima peria nie..

eima said...

dulu tak suka tp sekrang dh leh mkn dah ..

o0o0 dlm pantang leh mkn peria ek ... kly ade nak sorg lg nanti boleh pelbagaikan ulam ... asek dok ulang mkn sawi ngan pegaga je slalunye jemu

mysha said...

Bagusnya adik suka makan ulam.. bebudak sekarang makan sayur pun payah KA..

Peria tu sha pun x suka sbb pahit walaupun taw banyak khasiatnya hehehe

UmmuAidan-Arissa said...

sy kalo peria goreng cili ngan telur makanlh jgk sbb kurang rs pahitnya..

Lynn Hamzah said...

sungguh tak suka makan peria nie...tp baru nie gie cameron highland diorang buat dried peria macam dried strawberry tu...sedap plak...hihihi...

LiYa HaNiF :: said...

hehehe gtu ler budak2 skrng ni KA.. nak semua yg sedap je.. yg pahit semuanya diaorg kata tak sedap walhal yg pahit tu le byk khasiatnya ... :)

Daddy Ziyyad said...

Memang pahit pun peria ni...hahahaha...ok, saya akan ight petua rendam air garam tu..boleh try :)

Ira said...

Bagusnya adik suka mkn ulam.
Minum jus peria + jus epal hijau pun bagus. Sedap jgk pahit2 masam. Hehe..adik mesti xnk tu..

Qaseh Vee said...

hiris nipis , lumurkan dgn garam , pastu mkn buat ulam . tak rasa pahit pun KA . cuba buat dan suruh adik rasa .. saya lbh suka mkn camtu drp di masak .

aishah nin said...

Petai saya still boleh makan lagi TAPI peria tak pernah dan takut nak makan. Pahittt!! hihi

Ibu Lala said...

No no no. Mmg x tertelan peria nih.

acik idah said...

kacang botol tak makan... pegaga tak makan... petai tak makan... lagi laa peria... huhuhu... :D terer aa adik makan semua ulam ek... terbaek... :D

Belog Santai said...

Kita tak suka peria...pahit..tapi ubatkan kan KA..he..he

Belog Santai said...

British Education for KA..

Yana Yani said...

adik! meh sep!
kita serupalah! saya pun suka sangat makan sayur ni =)

Myra Jay said...

Dulu MJ tak suka peria, tapi lama kelamaan dah suka makan :D

LYAfrina said...

lya smpai sekarang pon mmg x mkn peria

aryan azra said...

info yg bagus ni KA.. terima ksih sudi berkongsi

hainom OKje said...

Bagusnya adik makan ulam ulaman sejak kecik....jarang jumpa budak kecik suka makan sayur...
Peria pun sedap tau adik...cer suh umi masak peria buh telur...mesti adik suka punya

Fiza Rahman said...

Saya suka peria kalau abah mertua yg masak. Sedap plak tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...