Tabung Masa Depan ...

Wednesday, November 19, 2014

Update Cerita Terbaru Adik !

Dalam musim terlajak busy lagi sekarang ni...
So macam biasa, bila idea tepu
Kongsi2 cerita Adik ajelah yer ..

ADIK :  Eee... bukan main lagi artis kat TV tu ha, kena interview !
ANGAH : Dah kenapa ?
ADIK :  Yelah, kalau Adik jadi artis, kena interview mesti bestlah kan !
KA :  Kalau wartawan interview, Adik nak cerita apa ?
ADIK :  Adik ceritalah, saya ni ada 3 beradik, 
ALONG saya dier dah jadi usahawan, usahawan Aircond...
ANGAH saya pun usahawan jugak, tapi usahawan masak2 lah !
KA :  Abis Adik ?
ADIK :  La... dah dier interview Adik, Adik jadi artislah....
Tapi Adik ceritalah sebenarnya cita2 saya dulu nak jadi Kapten Tentera Laut !
ANGAH :  Artis tu jadi apa ? Pelakon ker Penyanyi
ADIK :  Penyanyilah apa lagi !
ANGAH :  Eee.... Memang tak lah !
KA : Ha Ha Ha

Teringat cerita borak2 Adik dan Abah hari tu ....
EN HUBBY :  Nak jadi tentera laut ni kena kuatlah, kena pandai berenang lagi !
ADIK :  Abah tu pandai ker !
EN HUBBY :  Mestilah, walau nak lemas dah berapa kali. Umur je panjang.
Pernah dulu2 Abah berenang kat satu lombong tu, masa tu waktu petang
Tiba2 Abah rasa macam kena tarik , puas Abah berenang ke tepi tapi tak boleh,
Banyak lah Abah tertelan air, nasib baik lepas tu Abah kuatkan semangat
dan cuba lagi.. selamatlah, kalau tidak entahlah !
ADIK :  Banyak kali lah Abah nak lemas yer macam tu ?
EN HUBBY :  Yelah,  rasa memang nak lemas dah, banyak betul Abah tertelan air !
ADIK :  Iyer.....Oooooo.. patutlah Abah pun macam masuk air je!
KA & ANGAH : Ha Ha Ha

Yang ini koleksi hadiah terbaru ADIK buat tahun 2014 ini
" KEDATANGAN PENUH  2014 "
Dapat sempena Hari Kanak2 Peringkat Sekolah Minggu Lepas
Bukan main happy lagi dier
Esok KA bercuti sehari
Sebab ke Sekolah Kebangsaan Adik di sebelah pagi 
& Ke Sekolah Agama Adik di sebelah petang juga
Untuk sama2 datang menyaksikan Adik terima hadiah kecemerlangan dalam pelajaran
Setelah tamat pembelajaran di tahun 2 untuk tahun ini
Again, sebagai ibubapa sentiasa sokong & doakan yang terbaik
Buat anak2 kita dunia & akhirat yer !

( SORRY KEBUSYANG SKANG NI ! )

28 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow bangganya jadi ibu dan ayah

Kakcik Nur said...

Tahniah Adik...

Adik memang budak cerdik. :)

Mrs Velentine said...

Tahniah adik pintar betull...anak2 MV belum lagi berhasil meraih hadiah di hari kecemerlangan...

Lynn Hamzah said...

tahniah adik...cemerlang di kedua-dua aliran...

SalbiahM said...

haha..comel je Adik kata Ayah dia masuk air ye.

Julia Johari said...

Adik ni julia tgk dan hayati mmg konsisten kan...suatu hari nanti pasti gapai impian adik...alhamdulilah go KA didik anak2 cemerlang

Maria Firdz said...

Hehe... Tahniah adik... Pndai kena kan abah dia...

zazanizam said...

Lawak la adik ni haha.. apapun tahniah ye adik..

eima said...

kemain tau adik ni klu bercakap .. hahahah a

eMMe said...

Tahniah dik!
cam aunty eMMe dulu time form 5 kehadiran penuh tau, heee.. dpt sijil je, takde la hadiah2 cam skrg ni.. untung adik! semoga terus berjaya dik!

mama maman aka yana said...

seronok dengar anak2 bercerita... hehehe

Puan Kutu said...

adik macam2 hal ye buat org ketawa..jadi artislah abah masuk air,lawak2

tahniah buat adik kerana cemerlang n kedatangan penuh..:)

acik idah said...

Dah hujung tahun nie... memang semua sekolah pun buat majlis kecemerlangan ni kan... semoga anak2 KA menjadi insan yang berjaya... :)

LYAfrina said...

haha..adik ada angan2 nk jd penyanyi ye..

alhamdulillah adik..tahniah atas kecermelangan tu..terus kekalkan prestasi ye

nurbijen said...

Tak bosan baca kisah adik... Mmg adik ni jenis akal panjang... Siap berangan org interbiu lagi bila dah jadi artis....
Sempat lagi kenakan abah dia... Tak kena cubit dgn abah ke lepas tu? hihihi
Tahniah buat adik.... Rajin dia pegi sekolah :)

paridah said...

assalam KA...

lia ummiirfan said...

hihi.. bijak bercakap..! :)

Kayu Manis said...

tahniah adik..
minat btul dgn tentera laut ye.. gapai impian tu dik... latihannya sgtlh keras.. hrp adik kuatlh ye...

first skli biasakn dgn laut... dn kulit smestinya bertukar... hihi.

Gee Lion said...

pandainya adik menjawab.. haha ^_^

Najib Ariyan said...

wahhhh kekecik lagi dah ada cite2 nak jadi kapten tentera laut... bestnya cita2 tu... lain dari yg lain...

Belog Santai said...

Salam Khamis KA...

promoted content for KA..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah Adik...

Semoga bertambah berjaya lepas ni. Jadi anak yang baik juga :-)

aryan azra said...

tahniah adik...

hahaha lawak lah adik ni ada2 saja cerita dia ye

suri said...

syukur dan tahniah dari sis cahayacinta ;)

Ibu Lala said...

Tahniah adik. Dah 2 tahun berturut turut cemerlang. Apa rahsianya KA. Ada petua tak.

Mummydearie said...

Hahaha... Adik ni dahlah bijak, kelakar pulak. Kalau KA bercerita tentang Adik, memang tak kering gusi.

Tahniah ya, Adik. Dapat banyak hadiah kerana kecemerlangan sepanjang 2014 ni. Moga berterusan cemerlang hendaknya!

sal ya said...

Bdk2 dpt apa pn hepi je elaupun nnt akan berbunyi jgk bila tgk org lain dpt bnd lain. X sm mcm dia.

Wildan said...

Betul-betul sibuk nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...