Tabung Masa Depan ...

Tuesday, January 20, 2015

Cara Masuk Ke Sekolah Teknik/Kolej Vokasional 2015 ?

UPDATE : 21/01/2015
Calon yang tidak berjaya ditawarkan atau calon yang tidak memohon secara online
boleh membuat rayuan dan walk-in ke mana-mana institusi (berdasarkan lampiran)
mulai 27 Januari hingga 28 Februari 2015.
Permohonan akan diproses berdasarkan kekosongan program di institusi yang dipohon.
Calon dipohon untuk terus menghubungi institusi yang berkaitan
sepanjang tempoh rayuan dibuka. Pemohon yang berjaya sepanjang tempoh rayuan
akan dihubungi oleh institusi tersebut.
INFO DARI SINI  

UPDATE : 20/01/2015
Setelah temuduga pemilihan dijalankan pada minggu lepas 
Keputusan permohonan boleh disemak mulai hari ini yer anak2 semua
Pendaftaran masuk adalah mulai pada 26/1/2015

Semak Kat sini  http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_semakan2015/

( Angah, Alhamdulillah berjaya dengan permohonannyer
Dapat di tempat pilihan dier & kursus pilihan dier juga, 
tapi masih berkira2 lagi ni sebab menunggu kalau2 ada tawaran dari
sekolah yang satu lagi itu berjaya, dan kena buat pilihan !
Buatlah pilihan terbaik, ANGAH
Sebab ANGAH ni ada dua minat & cita2
Kalau di aliran sains dier bercita2 nak jadi dentist
Kalau aliran teknikal pulak nak jadi pakar IT (which KA rasa dier memang berbakat sangat2)
Apapun, Ummi sentiasa doakan & sokong aje yer Angah !


UPDATE : 15/01/2015
SEMAKAN KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL 
DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa  
SEMAKAN KEMASUKAN KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL  
DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK AMBILAN 2015, KPM TAHUN 2015
 akan dibuka mulai 20 - 25 Januari 2015.
Sila layari laman web KPM di www.moe.gov.my untuk keterangan lanjut.
Sekian, terima kasih.


UPDATE : 13/01/2015
Sessi Temuduga telahpun bermula minggu ini bagi kemasukan ke Sekolah Teknik & 
Kolej Vokasional 2015 yang terpilih.   Semak makluman panggilan
yang diterima samada melalui SMS dan email mahupun panggilan telefon.
( ANGAH pun akan hadiri temuduganyer esok  14/1/2015)

UPDATE :  5/01/2015

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) sedang melaksanakan pengambilan murid 
bagi Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2015. 
Turut dimaklumkan bahawa sesi penggal persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 ditangguhkan
ke 11 Januari 2015 (Kumpulan A) dan 12 Januari 2015 (Kumpulan B) 
berikutan banjir yang sedang melanda negara ini.
Sehubungan dengan itu, sesi temu duga/pemilihan dan pendaftaran bagi
 Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan
Januari 2015 ditangguhkan berdasarkan ketetapan seperti yang berikut:

  1.  
Sesi temu duga (bergantung kepada institusi) /pemilihan
  • 11 hingga 18 Januari 2015
  1.  
Semakan tawaran secara online
  • 20 hingga 25 Januari 2015
  1.  
Pendaftaran di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik
  • 26 Januari 2015

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)
di talian 038884 5154 / 5086 /  5089 / 5104 / 5067.

INFO DARI SINI
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mula2 nak ucap tahniah pada semua calon2 PT3 yang ambil resultnyer hari ni
Termasuklah Angah, walau resultnyer sedikit je lari sikit dari target
Tetap bangga sebab Angah dah cuba yang terbaik dan berusaha kuat
Selepas jadi bahan uji kaji selama 3 tahun ni untuk PT3.. kesian kat anak2 ni !
Takpelah boleh terus usaha lagi, PT3 kan bukan jalan akhir
Tapi pembuka ruang & jalan untuk lebih berjaya lagi nanti  ANGAH YER !
Alhamdulillah...
( Kata Angah bukti PT3 ni tough sangat, even school2 yg top2 mcm MCKK pun
Yang dapat score straight A's pun leh kira ngan jari aje...)
Dan bila KA jenguk blog kejap hari ni
Baru perasan dalam tempoh seminggu dua ni 
Ramai yang datang membaca dan mencari info di n3 KA yang ini
Mungkin selepas PT3 ni, ramai pelajar2 yang berminat
Tak pun ibu bapa sendiri yang mahu anak2 sambung belajar dalam bidang teknikal ni
Tak salah pun, kalau betul2 berminat
Macam Along dulu2 lah, sebab dier minatlah KA hantar Along belajar di sini
Dan rasanya memang tak sia2 lah Along pilih bidang ini
Faham2 sajelah, anak2 lelaki kadang sedikit nakalkan mereka ni
Tapi, KA cukup2 bangga bila result semester Along hampir2 mencapai 4.00 flat
Itulah dimana2 jua kita boleh berjaya kalau ada minat & usaha
Moga Along dapat kekalkan pencapaian yang baik ini berterusan.
Oh yer
Sama2 yang berminat boleh buat permohonan masuk ke aliran teknikal ni
Permohonan masik dibuka hingga 26 Disember, 2014 ni
Sekali lagi KA kongsikan link nyer 

Kat sini  http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

Cubalah yer ! Mana tau ada rezeki ke sana
Jangan risau SVM tu setaraf dengan SPM
Dan diploma di sini di iktiraf dan boleh sambung belajar lagi
Selepas tu di Universiti2 teknikal seluruh Malaysia

Angah pulak tengah berkira2 nak sambung belajar kat mana
Sebab dia dapat tawaran sambung belajar Aliran Sains di Tingkatan 4 nanti
Berikan sedikit masa untuk Angah fikir2kan sendiri
Again as a parent selain daripada kita bagi nasihat dan dorongan 
Semestinya, kita doakan yang baik2 untuk anak2 kita semua kan !

23 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus perkongsian ini

Farah Waheda Wahid said...

Perkongsian yang bermanfaat kak...

Kakizan Omar said...

betul tu KA.. kekadang kita pun tak pasti dengan keputusan kita sendiri.. inikan pulak anak2 kita kan.. :D

Mayang ABDUL RAZAK said...

TAHNIAH ANGAH... BGUS INFO NI KA UNTUK ORG MCM MAYANG NI..

Sayangku Zie said...

bagus kan sekolah ni now dah taraf kolej dah..

nurbijen said...

Tahniah buat Angah...

idzwa kamaruddin said...

Tahniah angah

hainom OKje said...

Tahniah buat angah yer KA....
Angry Bird sangat lemah dalam Math dan Sains so nampaknya dia kena ambik Sastera jer kot....

Kolej Vokasional takde SPM yer KA? So kalau ikutkan University Teknikal satu jer yg okje tau kat Melaka tu...Ada lain lagi ke?

mardiana abu darin said...

Tahniah buat angah. Skrg perlaksanaan system persekolahan di Malaysia Sgt berbeza. Utk 10 tahun lagi we don't know apa yang akn berubah lagiii

Yana Yani said...

tahniah buat angah ye
semoga terus success ye

Mummydearie said...

Walau apa pun keputusannya sampaikan ucap tahniah saya pada Angah. Lambat sikit, minta maaf ya!

Bukan mudah katanya PT3 kali ni. Banyak keputusan sekolah yang merosot. Di sekolah anak saudara saya tu pun cuma 13 orang je yang dapat 10A. Tapi yalah, rezeki masa depan kita tak tahukan, KA. Adakalanya masa belajar di sekolah tak bagus tapi akhirnya 'menjadi' juga dalam hidup. Tak payah susah hati sangatlah Angah. Janji dah lepas exam, mode happy tu on balik. Jomlah main masak-masak western food. Hihihi.

lieyalatif said...

good info kak utk yg memerlukan...

hepi new year n salam maulidur rasul KA sekeluarga...

Khai♥Rin : anies said...

TAHNIAH UTK ANGAH!!!

Khai♥Rin : anies said...

p/s

SOMETHING FOR YOU, HERE:

http://aniesandyou.blogspot.com/2015/01/perhatian-kepada-blogger2-berikut.html

eita said...

sapa2 yang berminat leh lah mohon..tahniah angah

eita said...

sapa2 yang berminat leh lah mohon..tahniah angah

Pha Is said...

nice info.. smoga bermanfaat buat mereka yg mencari..

Khai♥Rin : anies said...

p/s check emel boleh? tqvm

nOe suhaimi said...

Selamat tahun baru KA...

info yg amat berguna pada anak2/adik2 kita...

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...KA,

terima kasih info nie.. bagus kepada mereka yang memerlukan info macam nie..

mselim3

Najib Ariyan said...

Terima kasih atas informasinya...

anak sedara saya pernah memohon tapi katanya sangkut di dalam... tak tahu lah apa yg sangkut... semuanya kehendak Allah

Ira said...

tahniah angah... semoga berjaya..
tq KA, sudi share info mcm ni :)

Devi said...

Sekolah Tekhnik menghasilkan lulusan-lulusan yang sangat handal.terimakaish sharingnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...