Tabung Masa Depan ...

Tuesday, December 23, 2014

Cerita Selepas PT3 !

KA baca ni di   MALAYSIAGAZETTE.COM
Sesuatu yang menarik untuk kita kongsi & fikir2kan sekali !

Pelajar tingkatan tiga tahun ini dijadikan bahan ujikaji untuk peperiksaan 
(Pentaksiran Tingkatan 3) PT3 dan mereka jadi mangsa kepada keputusan 
peperiksaan yang boleh disifatkan sebagai hancur!

Itulah luahan beberapa ibu bapa pelajar yang baru menerima keputusan PT3
 yang baru dikeluarkan hari ini.

Menurut seorang ibu tunggal, Solarazimon Abdul Aziz, perubahan secara mengejut dari 
PMR ke PT3 tidak patut dilakukan.
Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak 
mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mereka hendak menghadapi 
peperiksaan besar seperti PT3?
“Lebih teruk lagi, sebelum ini menteri kata tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada 

saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Apa dah jadi?” katanya.

Ibu tunggal berkenaan yakin sekiranya PMR dikekalkan pada tahun ini, keputusan anaknya 
akan lebih baik jika dibandingkan dengan keputusan PT3 yang amat mengecewakan.
Tambah ibu tunggal itu lagi, dia yakin keputusan peperiksaan anaknya jauh lebih baik jika 
masih kekal dengan sitem PMR berbanding PT3 yang hasilnya amatlah mengecewakan.

Bagi Fatimah Jais, sepatutnya penukaran dari PMR ke PT3 dikaji 
dan dilaksanakan secara berperingkat.
Ibu bapa seperti diper*****kan. Ikut sahaja apa kata menteri yang membuat 
dasar sedangkan dari awal lagi saya dah nampak apa yang cuba dipraktikkan melalui PTG
ini akan gagal. “Buktinya jelas, tak ada seorang pelajar pun yang dapat semua A dalam PT3 
di sekolah anak saya di Hulu Langat dan lebih teruk lagi, hampir semua pelajar gagal d
alam matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. “Sudahlah gagal, layak pula 
masuk ke kelas aliran sains. Cuba bayangkan bagaimana 
mereka nak hadapi mata pelajaran di aliran sains yang lebih mencabar nanti,” ujarnya.

Seorang lagi yang ditemui, Hairi Kamaluddin berkata, gred F yang tercatat dalam sijil ditaksirkan sebagai Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak ubah seperti mem *****kan ibu bapa dan pelajar.
Sudah tentu gred F itu gagal. Sebut sahaja gagal dan tak payahlah nak berlapik-lapik. 
Alasan tidak mahu menyebut ada pelajar yang gagal adalah sesuatu yang langsung 
tidak masuk akal. “Harus diingat bahawa kegagalan anak-anak untuk mendapatkan keputusan cemerang 
dalam PT3 ini adalah tanggungjawab Menteri terbabit yang tidak mengkaji apa 
implikasinya membuat perubahan peperiksaan daripada PMR, tegas Hairi.
Menurut Hairi, dia bimbang pelakar-pelajar ini akan lahir sebagai pelajar yang tidak berkualiti 
untuk masa hadapan.

Sistem PT3 telah diumumkan oleh kementerian pada bulan tiga tahun ini bagi menggantikan
 sistem PMR yang digunakan sebelum ini. Pertukaran secara mendadak ini telah membuatkan
 rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa khususnya.  

Yang ini pulak cerita di JOHOR
Sebahagian daripada ibu bapa kecewa dengan keputusan anak-anak mereka dalam
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau Penilaian Tingkatan 3 yang diumumkan pada Isnin.
Ibu bapa termasuk anak-anak mereka yang mengambil bahagian dalam peperiksaan itu masih 
keliru dengan format peperiksaan yang baharu dilaksanakan tahun ini untuk pelajar 
Tingkatan Tiga .
Mereka menyalahkan guru yang telah menetapkan tanda aras yang tinggi menjadikannya 
hampir mustahil bagi pelajar untuk mendapat keputusan yang baik.

Seorang ibu yang merupakan akauntan Salmah Masani,50, berkata beliau terkejut apabila anak perempuan bongsunya hanya mencatat dua A termasuk E bagi mata pelajaran Sains dalam peperiksaan itu.
"Sebelum ini dia tidak pernah mendapat markah di bawah B dalam setiap mata pelajaran termasuk peperiksaan percubaan  dan tidak percaya apabila saya melihat keputusannya ini.
"Saya agak kecewa dan bagaimana peperiksaan itu dijalankan. Mereka kurang mendapat bimbingan dari guru-guru terutamanya bagi penilaian dalam matapelajaran Geografi
dan Sejarah" katanya. PETIKAN MSTAR
ANGAH pun walau sedikit kecewa, tetapi selepas diberikan sedikit kata2 perangsang
Sedikit ceria & gembira, lagi2 bila Adik yang macam biasa jadi tukang sibuk aje dier
ADIK :  Tahniah yer Angah ! Tahniah yer Angah, Tahniah...
Berapa kali nak ucap tahniah yer Adik ! Hehehe
Buat ANGAH, kena usaha terus je jangan berhenti
Dan UMMI tetap bangga dengan keputusan ANGAH itu....!!!

20 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tahniah angah... boleh cuba utk SPM nanti ye..

Dah macam bahan ujikaji pulak anak-anak PT3 ni kan KA..

Nurzakiah Hanum said...

tahniah

idzwa kamaruddin said...

Menjatuhkan semangat anak-anak je..

Nur Inani said...

kesian budak budak pt3 ni. sekolah nani pun tak dek sorang straight A 's.

Haryati Faizal said...

Tahniah angah ye...

Ema Johari said...

tahniah untuk angah..

SalbiahM said...

sistem pendidikan kat Malaysia ni penuh dengan 'ujikaji'.yang jadi mangsa murid dan guru..huhu.apa-apa pun,tahniah Angah..don't look back,, teruskan usaha untuk masa depan

Kakzakie said...

Betullah KA.. anak dara kita bagaikan dijadikan ujikaji. Kenapa tak dimulakan sedari mereka berada di tingkatan satu pun kakak still accept. Just imagine another 3-4 months baru muhyidin accounce PT3 akan dilaksanakan. Bukan mak-ayah aje gelabah budak dan cikgu pun sama. Prestasai sek. anak dara kakak jatuh walaupun anak kakak tersenarai yg terbaik (tapi taklah sebaik kakak dia dulu).. Sedih:(

paridah said...

tahniah angah...xpatut umumkan pt3 terlalu lmbt mcmana student tu nk bersedia kan..

J.Syazwana said...

Adik saya dapat 5A je kak. Rasa kecewa lah jugak tapi nak buat camne kan. semua keputusan pon merudum. dengar cerita tahun depan nak kembalikan PMR balik. Hmmm takpelah still ada SPM kn. huhuhu. inshaallah spm boleh perform :D

Ira said...

Tahniah ye Angah. Kalau result tak seperti yg diharapkan, tak pe. jgn putus asa.

Inshaa Allah, angah boleh berjaya dgn cemerlang nanti.

hehe.. selalu dgr je pt3 ni, tapi tak tau mcm mana sistemnya.

zaman anak ira sekolah nanti, macam mana la pulak agaknya.

Kayu Manis said...

Kecohkan bnda ni..
klu knor pun, berbulu..
kita redha jelh

Bin Muhammad said...

Tak ada apa yg perlu digusarkan. PT3 bukan penamat dan penentu segala...
Jika ambil positif, InsyaAllah...ianya jadi pemangkin utk kejayaan akan datang.

hainom OKje said...

So kalau ANgah boleh cemerlang dlm PT3 ni maksudnya Angah mmg pandai tau KA...sebab soklan dia mcm SPM ....
Yelah patutnya PT3 ni dibuat setelah budak budak Ting 3 tahun ni dah didedahkan dengan gaya pereksa cam ni 3 tahun lepas, tak delah terkejut beruk depa tu

aswadz said...

sememangnya PT3 ni perlu lebih kajian sblm dilaksanakan.

Fiza Rahman said...

Tahniah angah.

Acik Erna said...

Tahniah angah

Qaseh Vee said...

biasalah bila pertama kali . mesti ada kelebihan dan kekurangannya ... masih ada lagi SPM untuk berjuang dan teruskan perjuangan ... tahniah utk angah .

Yana Yani said...

memang ramai yang tak puas hati kerana pt3 ni dilakukan tanpa perancangan teliti
implikasinya adalah pada yang menduduki
kesian, apapun tabahlah ye
ini semua bukan penamat

Mummydearie said...

Dari awal keputusan keluar nak tanya pasal keputusan Angah tapi dok sibuk pasal apa pun tak tahu sampailah ni baru sempat terjah.

Saya tak tahu menahu pasal PT3 ni dan terlupa pulak yang ada satu anak saudara ambil PT3 tahun ni. Lepas exam hari tu tanya kat dia macam mana. Katanya okeylah walaupun 'parah' juga rasa sebab semuanya subjektif.

Alhamdulillah dia dapat 10A.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...