Tabung Masa Depan ...

Wednesday, December 24, 2014

N3 Khas Untuk Hainom Okje Arah Tuju Selepas DVM

Semalam membaca komen2 dari kawan2
Terbacalah komen dari Hainom Okje ni ... sapa dier ?
Pasti ramai yang kenal kan 

 
So, KA jawap komen Okje dalam N3 Khas ini yer !
Mula2, KA dah sampaikan salam tahniah buat Angah tu
Nak buat macam mana kata Angah, kita redha ajelah
Walau apa yang ditarget sedikit tersasarkan, itu semua urusan Allah swt
Yang penting kita dah berusaha sehabis baik...
Ok, bercerita tentang Kolej Vokasional ni
Kolej Vokasional yang dinaik taraf sekarang ini
Memang tak sama dengan dulu2 Sekolah Vokey yang dipandang macam kelas kedua
Sebab tu pemilihan pelajarnyer kini agak ketat (Bergantung pada KV mana)
Memang takde SPM, tetapi ada SVM di tahun 2 pula
Yang mana sijilnya diperakui dan diiktiraf setaraf dengan SPM
Modul akademik KV ialah BM, BI, Sejarah, Maths. Sains dan Agama
Dan ada 4 lagi berdasarkan kursus yang mereka ambil
Asasnya 70% kemahiran dan 30% akademik
Di tahun 2 mesti lulus dengan  CGPA  minima 2.0 (buat masa ni)
Lepas tu baru boleh sambung buat Diploma Vokasional (DVM) ni
Kemudian bolehlah untuk further study
Ke mana2 IPTA /IPTs khususnya Universiti2 Teknikal seluruh Malaysia
Akta pendidikan akan dirombak untuk selaraskan lulusan diploma vokasional 
dan membolehkan lulusan dari KV sambung belajar mengikut pengkhususan mereka.
Kolej Vokasional sebagai  rintis untuk laluan pendidikan tinggi yang lebih singkat
Yelah dalam usia 19 Tahun anak2 kita dah ada diploma kan dan berkemahiran pula
Ok, antara senarai Universiti2 Teknikal yang bekerjasama dengan KV ini adalah  :
 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
 Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Universiti Malaysia Pahang UMP)
Universiti Kuala Lumpur  (UniKL) & juga
ADTEC, JMTI dan MARA

Banyak lagi info sebenarnya yang nak dikongsi di sini
Tapi, untuk lanjut lagi  boleh hubungi KV yang berhampiran hokeyh !
( Takut2 ada maklumat KA yang kurang tepat )
Apapun, terpulanglah pada masing2
Pilihan di tangan anda sendiri kan
Tapi kalau anak2 lebih berminat ke arah bidang teknikal
Sekolah Teknik & Kolej Vokasional adalah pilihan terbaik
Kerana semua ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak2 mereka ! Betul tak ...

17 comments:

Mayang ABDUL RAZAK said...

WAHHH.. THANKS KA FOR THE INFO TERUTAMA UTK IBU2 CAM MYG YG ANAK KIAN MEMBESAR..

Kakzakie said...

Bagus penerangan KA mana yg masih belum faham. Kalau dulu betul SPVM macam dipandang kelas ke dua. Tapi ramai kawan kakak yg dulu SPVM sambung ke Politeknik UngkU Omar Perak (sekarang dah naik taraf) dah ada yg jadi lecturer pun KA. Ada yg buka sekolah swasta buat khas utk sijil MLVK lagi tau..

Kayu Manis said...

menarik info ni... KA.. tq
cubalh sapa2 yg berminat...
tidak ada gagal dlm hidup selagi istiqamah.
semua tu ujian belaka..
yg results bgus2 tu jgn nk hidung tinggi plk ye.. jgn cpt puas hti sgt...
ayat selalu guna kt anak2..

Nurzakiah Hanum said...

sangat menarik

Bin Muhammad said...

Sekarang ni sistem pelajaran sudah semakin maju. Ianya lebih cenderung kepada pengkhususan dan teknikal. Buatlah pilihan mengikut apa yg anak2 minat tanpa sebarang paksaan agar mereka seronok belajar. Good info KA!

paridah said...

BAGUS BERKONGSI INFO KA RAMAI YG XTAU...TRMASUK KAK LH TU...

eita said...

kite takde pengalaman anak sekoloh lagi....

Mia Kassim said...

Bagus perkongsian ni ...

adyna AB said...

Sekarang peluang terbuka luas , kemahiran mmg sesuatu yg penting skrg , tinggal dengan nak taknak je ;)

Yana Yani said...

bagus penerangan ni KV
harap OKje lebih jelas dengan penerangan ni
kita parents ni memang mahukan yang terbaik tuk anak-anak
cuma pilihan tu biarlah yang bersesuaian dengan mereka

Mummydearie said...

Berbeza sistem pembelajaran kita dulu dengan sekarang. Nanti bila sampai waktu saya, kenalah ambil tahu ni semua. Bagus KA ambil inisiatif buat penerangan untuk pemahaman kawan-kawan yang lain.

Puan Kutu said...

zaman dah berubah.Dulu2 sekolah vokasional ni budak2 yg agak ketinggalan dlm pelajaran je masuk..skang tak lagi.good info KA..

cikNor said...

Assalmualaikum KA. da lama Nor tak blogwalking ke sini. Bagus info tu...

Najib Ariyan said...

terima kasih informasinya.... anak sedara sorang tu minat Fizik sangat, score giler tapi saya tak tahu nak nasihatkan dia teruskan belajar di mana...

m.u.l.a.n said...

kat oversea kursus vokasional antara yg penting.. lulusan vokasional pon kerja setaraf yg ijazah, kata akak senior saya...

nurbijen said...

Baca entry ni rasa macam dah banyak saya ketinggalan dgn sistem sekolah kat M'sia... Jauh beza dgn zaman saya dulu2.. banyak kena belajar ni... Tu bila adik minta pandangan, tak pandai nak beri pendapat sbb rasa tak cukup ilmu... Baca entry ni baru rasa jelas sikit.. Thanks KA...

hainom OKje said...

Dulu lagi okje dah baca entri ni KA.... Cuma tak terkomen, rasanya masa baca dulu first time okje otw balik kampung dan kali ni pun okje balik kg jugak dan barulah dpt komen hihi.... Makan minggu macam jauh beribu batu jer haha...

Ya.....okje mmg sangat beruntung sebab punya bff dialamaya ni. Susah payah KA cari info dan tuju khas utk okje... Thanks KA....

Rasanya okje redho ajelah apa yg telah ditakdirkan utk AB. Hajat tu mmg teringin tengok dia masuk asrama tp apakan daya.... Tak per....biar dia belajar dari kesilapan lalu dan bangkit utk SPM pulak.
Adik Madihah tu pun boleh berjaya walau disekolah harian.

Okje mmg harap sangat anak dara okje ni mempunyai semangat mcm Madihah tu....tak secemerlang Madihah, semangat mcm Madihah pun jadilah....huhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...