Tabung Masa Depan ...

Thursday, March 19, 2015

Beza 3 Jenis Pohon Senduduk !

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai
Biasanya terdapat dua jenis pokok senduduk 
berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.
Tapi baru2 ini KA dapati rupa2nya ada 3 spesis ler Pokok Senduduk ni !
KA jumpa dipersekitaran rumah KA je...

Satu yang ini 
Bunganya berwarna Ungu

Yang ini pulak bunganya berwarna putih

Tapi yang satu depan rumah KA ni pulak
warnanya ala2 light purple gitu 
(mungkin dalam gambar tak ketara sangat warna purplenyer tu !
Kata En Hubby yang ini spesis Senduduk Jantan ! Sebab tu color dier lain sikit
Entah ia entahkan tidak...

Membaca di laman2 web tentang khasiat Pohon Senduduk ni..
Katanya antara khasiat tumbuhan senduduk adalah :
Berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. 
Contohnya untuk wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan 
proses penyembuhan rahim, 
Selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit,
Daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, 
Bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk
 dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir 
dan keputihan yang keluar dari virgina.
Untuk sakit buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut,  
Daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut,
Juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. 
Senduduk putih jarang didapati tumbuh secara meliar. 
Ia hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan. 
Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan 
ubat terkena racun atau santau.
Memang banyak khasiat lah senduduk ni kiranyer yer !

Wallahua'lam....
Sekadar perkongsian bersama untuk semua !

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

teringat kg

Nieyl said...

Byk rupanya kebaikan..kegunaan nya..
thanks kak..sharing :)

Mrs Velentine said...

pokok senduduk eh namanya baru tau..kak done sensodyne

paridah said...

kak gunakan daun senduduk merebus limau nipis dgnnya utk mngurangkn pahit limau yg nk dibuat acar

sud@is said...

Pernah juga dengar senduduk putih itu berubat, tp tak tau ubat apa....penawar racun ... direbus minum atau cemana caranya.. ya?

Maria Firdz said...

Jenuh pkok ni kt keliling rumh kt kg...

Mummydearie said...

Lagi sekali rasa kesian kat diri sendiri. Pokok senduduk pun tak berapa nak kenal. Inikan pulak nak tahu ada 3 jenis berbeza. Double kesian dah kat saya *_*

Fiza Rahman said...

Pernah dengar nama tapi tak tau rupa pokoknya mcm mana ☺

aryan azra said...

oh ada 3 jenis ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...