Tabung Masa Depan ...

Monday, March 09, 2015

Mengajar Adik Erti Sebuah Kehidupan !

Salam Pagi Isnin semua.....

Lama tak menjenguk blog, nak taip one word ke satu word pun tersekat2 jadinya.  Entahlah apa yang nak diceritakan tentang Adik yang dah 3 bulan masuk ke tahun tiga.  Macam biasa bab2 sekolah Adik ok aje.  Apalagi dah jadi pengawas sekolah dan berbaju biru tahun ni, makin rajinlah ke sekolah gamaknya.  Cuma bila malam2 buat homework tu, mulut tu bising je kata, sunyinya takde Along & Angah. Bosan Adik !  Padahal bila ada semuanya kat rumah, asyik nak cari pasal aje kerjanya. Dalam bab2 silat pulak, Adik dah bertali pinggang coklat tahun ni dari warna biru.  So, tahun ni aim untuk tali pinggang merah pulak. Yang penting kena usaha yer Adik !
Dalam pada tu, sifat berlucu Adik tu tetap ada. Teringat satu hari waktu balik dari hantar Along & Angah dari Asrama.  Kebetulan terserempak dengan sekumpulan kera.  
Cepat je Adik kata macam ni  " Kera2 kat sini nampak garang lah,!
ABAH:   Yelah ni kan jenis kera2 liar, memang macam tu lah !
ADIK :    Eee tapi kat kebun  kita tu,  kera2 dia lain macam sikit, gaya tengok kita pun  macam artis !
KA :        Gaya artis macam mana pulak tu !
ADIK :    Ala kera tu tengok kita sambil berbaring kat pokok, lepas tu letak tangan kat kepala macam ni ha Ummi ! ( sambil tunjuk gaya macam ni)
KA :          Ha Ha Ha , Ye lah tu .. Adik ni pandai2 je
ADIK :      Betul lah cuba tanya Abah , kan Abah ! Betul kan Abah...Kera artis lah tu .. hahaha
ABAH  :   Ye ....Betul !
KA :          Macam2lah Adik ni ...

Along, dah di tahun 2 tahun ni, duduk berdikari di asrama dah biasa dan boleh menyesuaikan diri. Masalah2 kecil dah boleh settle2kan sendiri.  Angah pulak, di tahun pertama asrama belajar hidup berdikari. Mulanya agar sukar juga.  Tapi dah masuk bulan ke 3 ni , Alhamdulillah semuanya dah ok buat Angah. Perlahan2 belajar yer Angah.  KA makin banyak tugasan dan tambahan kerja yang perlu dilakukan.  Cuma sentiasa berdoa agar segala urusan akan dipermudahkan Allah swt.

Adik KA (pakcik Adik ) pulak baru lepas menjalani Operation minggu lepas.  Admitted ke hospital yang sama, hari yang sama dengan seorang pakcik KA (Atuk Adik ) juga .  Jadi, rutin melawat kedua2nya dah jadi satu yang mesti buat KA & Adik.  Adik saban hari, sehabis sekolah agama akan datang melawat pakcik dier ni.  Tapi, sebab kan tiap petang Adik akan menemani pakcik dier makan/minum petang dahulu, maka tak sempatlah untuk Adik melawat Atuk dier kerana waktu melawat habis pukul 7 malam. Cuma di hari terakhir Adik KA dibenarkan keluar wad, Adik beria2 sangat nak melawat Pakcik KA tu. Sempatlah Adik melawat sekejap, sambil Adik doa2kan kesembuhan Atuk dier tu. Macam tu lah Adik !. Malam tu happy sangat Adik sebab pakcik feveret dier dah sembuh dan boleh balik ke rumah.  Tidur lena lah Adik malam tu, selepas hampir seminggu kepenatan seharian dari pagi ke sekolah hingga saban malam ke hospital.  Hinggalah tengah malam tu, KA terima panggilan dari my cousin sister memaklumkan yang ayah beliau (pakcik KA itu ) telah meninggal dunia. Perlahan2 KA bangunkan Adik dan maklumkan tentang berita sedih itu !

KA :         Adik....Adik... Adik.... Atuk dah xde Adik, ..Atuk dah meninggal !
ADIK :   (Cepat2 bangun) Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un  (nada sedih ).  Kenapa Atuk meninggal yer Ummi.    Adik dah doakan dier petang tadi, Minta2 Atuk sembuh dan sihat tapi... Atuk meninggal pulak ( Sebak dan nak menangis Adik ) Terpaksa KA pujuk2 Adik !
KA :      Dah sampai masa Atuk dah Adik, Kita kena redha,  Biarlah Atuk pergi, dari dier sakit menanggung Adik !.. Adik sedekahkan Al Fatihah yer...
ADIK :    Ye... Nasib baik Adik sempat tengok Atuk petang tadi.... Lama Adik tengok Atuk tu, lepas tu ada seorang doktor datang panggil atuk," Pakcik, pakcik"  lepas tu Atuk ada bukak mata, Lepas tu doktor tu kata ' ok. ok. ada lagi , ada lagi ...
KA :       Ada apa nya !
ADIK :  Yelah, Ada nyawa lagi lah,.   Adik dah lega sikit. Tapi Atuk meninggal juga yer Ummi !
KA ;     Kan Ummi dah cakap, dah sampai masa Atuk.....  Ummi nak pergi tengok sekejap dengan Abah.  Adik tak payah ikutlah.  Adik dah penat. Esok Adik ikut yer !
ADIK :  Jenazah dah ada kat sini ke Ummi ?
KA :    Tak lagi tapi Ummi ngan Abah nak pergi tengok kat rumah Cik Mai tu, tengok apa2 yang patut nak tolong sebelum jenazah sampai.  Adik tidurlah dulu lepas Subuh esok Adik pergi yer.
ADIK :  Yelah...

Selepas memaklumkan berita pada semua ahli keluarga yang lain, pada Along & Angah juga yang tak dapat balik, KA dan En Hubby ke rumah my cousin sister tengah malam itu juga.  Membantu apa yang patut sambil menunggu jenazah yang sampai hampir pukul 3.00 pagi.   Selesai semuanya ,sementara menunggu untuk dikebumikan pagi esoknya, kami pulang dulu tika jam hampir pukul 4.40 pagi.   Mata memang x boleh nak lelap. Sedar2 aje dah subuh.  Lepas kejutkan Adik dan usai bersiap, kami terus datang kembali menziarahi arwah sebelum disembahyang dan dikebumikan.  KA uzur jadi Adik lah yang jadi galang ganti membacakan surah Yassin di sisi jenazah.  Sedih sangat Adik.  Sambil menangis Adik perlahan2 menghabiskan bacaan Yassin nya.  Adik kan jenis yang sensitif sikit bab2 macam ni.  Bila dimaklumkan pada semua waris untuk melihat/mengucup arwah buat kali terakhir,  KA dan Adik turut sama mengucup dahi arwah, walaupun Adik menangis dan terpaksa dikesat2kan dulu airmatanya takut2 tertumpah pada jenazah.

ABAH :   Adik sempat tak cium Atuk tadi ?
ADK :    Ciumlah.  Cium kat dahi.  Tapi, ada cucu2 dier tak nak cium sebab takut Abah ! Tapi Adik ciumlah .  Buat kali terakhir, Nantikan kita tak dapat jumpa lagi Atuk.  Rugilah kalau tak cium kan !
KA :        Tak pelah,  Kalau tak nak kita tak boleh paksa Adik !.  Adik Ok tak..
ADIK :   Ok aje.  Tapi kan... Atuk tu bau wangi sangat Abah, macam bau baby.  Sejuk je. Muka Atuk pun bersih.... apa tu.......aaaa Suci !
KA ;       Yelah, itu dah bahagian Atuk.  Adik nanti jangan lupa sedekahkan Al Fatihah lagi yer !
ADIK :    Eeeemmmm.....

Al Fatihah buat arwah pakcik KA,  Allahyarham Haji Mohammad.  Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin2...

Mengajar Adik erti sebuah kehidupan.  Menerangkan pada Adik bahawasanya dunia ni hanya satu tempat persinggahan buat kita dan apa yang kita miliki hanya pinjam2an semata2.  Mengharapkan Adik mengerti semua ni walau dalam usia yang masih muda !  Agar Adik belajar redha atas segala yang ditakdirkan Allah swt buat dia....In Sha Allah !

( Maaf x banyak waktu untuk BW, tapi terima kasih sudi membaca blog KA yer )

18 comments:

idzwa kamaruddin said...

salam takziah..

Sheila Adziz said...

innalillahwainahirojiun.... salam takziah bt KA n famlily... pandainya adik....

Dia juga Ya Muhyii yang menghidupkan dan Dia jua Ya Mumiit yang mematikan....

Nieyl said...

hihi..Pandainya adik.... :)

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya

Tihara said...

inna Lillahi wainna ilaihi rojiun..
betul, dunia ni persinggahan sementara
tapi kekadang kita tak sedar

asyifa mustaffa said...

Alahai adik...tahniah jadi pengawas dia ya.

Alfatihah buat yg dah pergi...

adik nmpk matang la KA...:)

paridah said...

ASSALAM KA...TAMPIL DGN CITER SUKA DAN DUKA YA...SALAM TAKZIAH KPD KELUARGA KA KERANA KEHILANGAN YG DISAYANG,

aswadz said...

takziah KA. moga pak cik KA ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Al-Fatihah.

Ibu Lala said...

Salam kak. Terharu dgn adik. Moga menjadi muslimah sejati

Mayang ABDUL RAZAK said...

INNALLILLAH HI WAINNAILLAIHI ROJIUN

Puan Kutu said...

comel ye gaya monkey artist tu tengok orang.macam2 tau adik ni.

takziah KA atas kehilangan pakcik..semoga adik belajar memahami erti sebuah kehidupan dengan baik.budak baik Insyaallah Judah dilentur

Wildan said...

Hihihihi...ada-ada aja adek ini.

Fiza Rahman said...

Tahniah adik dah jadi pengawas. Salam takziah buat KA & family. Al-fatihah buat arwah.

Mrs Velentine said...

al-fatihah salam takziah..adik ni seorg yg baik hati teringin nk berbicara dgn adik..maaf bru dtg jenguk cini

Najib Ariyan said...

Salam takziah untuk KA sekeluarga... buat adik yang semakin memahami, setiap kehilangan akan diganti dan kebahagiaan itu hanya milik hati yang tenang...

salam singgah Kak...

Khai♥Rin : anies said...

INNALLILLAH HI WAINNAILLAIHI ROJI'UN


TAHNIAH ADIK!!

aryan azra said...

salam takziah...bagusnya adik

Mummydearie said...

Rasa macam dah baca tapi tak nampak pulak ada komennya. Teringat-ingat juga kata Adik monyet posing ala-ala retis tu *_* Dejavu pulak rasanya bila lama tak berkunjung ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...