Tabung Masa Depan ...

Tuesday, March 24, 2015

Resepi Gulai Darat Ikan Peria Katak

Bila cuti2 sekolah ari tu biasalah, memasak ikut selera anak2
Tapi sesekali kena ikut juga selera tekak sendirikan
Lama dah tak menggulai ikan2 ini. Lagi2 cara masak gulai darat. 
Tup2.... tengok dalam peti ada pulak Peria Katak 3 - 4 biji 
Jadi kita boh dan campak2kan ajelah sekali 
Lain orang lain cara memasaknyer kan , tapi ini cara KA ler...
Meh KA belanja gambar dulu sebelum tengok resepi !
Bahan2  
6 ekor ikan sardin  (ikan lain pun ok je ) 
10 tangkai cili kering 
5 biji cili api
1 sm kunyit hidup 
1 sm lengkuas  
3 ulas bawang putih 
6 biji bawang merah 
5 cawan santan (dari 1 biji kelapa) kepekatan ikut citarasa sendirilah yer
2 sudu besar kerisik ( ikut suka - optional )
2 keping asam keping
3 - 4 biji peria katak 
3 - 4 biji cili besar merah
Garam 

Cara2 memasak..
( Ada yang suka ditumis dgn minyak dulu..tapi KA masak terus gitu )
Kisar cili kering, cili api, kunyit, lengkuas, bawang putih, bawang merah
Masukkan dalam  periuk bersama santan dan  masak dengan api sederhana 
Kacau perlahan2 dan bila mendidih kecilkan api sedikit dan masukkan  kerisik,  
peria katak serta cili besar.
Kemudian masukkan ikan tadi dan asam keping.  
Tunggu hingga masak dan naik minyak 
Tambahkan garam .  Ok siap dah !
Nak cuba silakan yer .... But Paling best sekali peria katak tulah !

( AUTO PUBLISH N3 )

17 comments:

Siti Rohaida Yusof said...

boleh buat rujukan bila dah takde idea nak memasak ni KA

Mayang ABDUL RAZAK said...

peria katak mmg feveret ulam.. org kata pahit tp yg mmg sgt suka.. tapi tak penah lak letak dalam gulai.. kene try ni

Nieyl said...

Singgah pagi...
nieyl tak makan apa² jenis peria pun..hihi..:)

Aku Penghibur said...

resepi baru.. boleh cuba nie ,.. terima kasih sharing

Jom Vote blog acik bagi msmw

Nurzakiah Hanum said...

sedap

❤Kamsiah❤ said...

tak pernah lagi saya masak gulai peria katak mcm ni..boleh sdicuba nanti..

eima said...

tak penah lg makan stail ni .. tp nampak sedap .. klu pedas ni mesti mkn nasi bertambah ni

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ada ofis mate balik kelantan bagi rempah gulai darat.. tak tahu lak macam mana nak masak guna rempah ni.. bila KA post kan entri ni .. boleh lah CH mencubanya nanti.. tq KA penyelesai cara CH nak masak rempah gulai darat ni :)

CikLily Putih said...

peria katak? tak pernah makan pun lagi nie

Eye_nee said...

selalu buat sambal ciliapi + Udang jer peria katak ni...

paridah said...

SEDAPNYA XPERNAH MSK PERIA KATAK NI...

sud@is said...

Pernah dengar masakan gulai darat, tapi disini jumpa resepi....tq KA,ada periya katak, pahit sikit kan?...

eita said...

ermmm..ni baru dengar peria katak leh buat gulai..biasa makan ulam n goreng je..

Mayang ABDUL RAZAK said...

singgah rabu

Mummydearie said...

Seriously ni KA... saya tak tahulah peria katak tu apa. Ni baru dengar. Nanti saya nak pi google imej peria katak ni eh...

Oh, kesian pulak kat diri sendiri!

Fiza Rahman said...

Thanks for the resepi kak. Boleh lah try nanti.

aryan azra said...

terima kasih kongsi resepi KA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...