Tabung Masa Depan ...

Thursday, March 19, 2015

Resepi Rendang Ayam Podeh Selera Angah !

Bila cuti2 sekolah, layan selera anak2 sudah semestinyerlah.
Balik2 dari asrama dah sibuk2 nak makan rendang ayam podeh ...
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
4- 5 batang serai – diketuk2 aje
4 sudu besar cili kering (yang dah dikisar)
4 sudu besar kerisik
4 sudu besar rempah rendang Cap Faiza
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
Sedikit asam jawa 
5 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut (optional )
Garam dan gula

CARA MASAK :
Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi dikisar semuanya
Lepas tu panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai tadi. 
Masukkan cili kering yang dah dikisar, rempah rendang faiza dan santan cair. 
Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan ayam. 
Gaul rata.
Kemudian masukkan santan pekat yang dicampur dengan sedikit asam jawa
& kacau lagi. 
Akhir sekali masukkan daun kunyit, daun limau purut, 
garam dan gula secukup rasa. 
Masaklah sampai kuah pekat.

Tapi Angah suka yang berkuah sikit , so inilah rupa dier .....
AYAM DAH TERSOROK BAWAH KUAH RENDANG YANG PEKAT He He He
Yang penting habis licin dikerjakan...

( Sorry ler gambar kabur sikit dek kerana memasak senja2 ! )

19 comments:

J.Syazwana said...

tengah2 hari ni memang buat lapar la KA. hihihi

lia ummiirfan said...

wahh.! sedapnya.. layannn..

Siti Rohaida Yusof said...

makan dengan ketupat petang² macam ni sedap jugak kan KA

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Masakan omak dio yg digomar yo KA... bertambahlah nasi dipinggan tu yo KA :)

Mayang ABDUL RAZAK said...

wah mesti sedap ni lagi podeh lagi lazat...

azievee said...

emmmm sedap nampak...

Rinna said...

Wahh sedapnyaa.. rendang tuh.. :)

paridah said...

sedapnya rendang ayam...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Wah sedapnya rendang ni Akak. Boleh nak cuba juga macam ni.

suka suka said...

sodap tu..!

Ira said...

Wah.. sedapnya..
ada resepi, blh try ni..
tq KA.

Acik Erna said...

sedapnya rendang KA..acik teringin jugk nak buat..nanti hero bongsu balik acik buat

Mayang ABDUL RAZAK said...

kelik2 eklan mr nuff yer kak ..

BM said...

Sesekali masak rendang, memang sedap... Kalau tak, hanya dpt makan kat rumah kenduri atau hari raya jer

Maria Firdz said...

Sedapnya tgk... Biasa mkn rendang time raya je kan...

Mummydearie said...

Hai, KA... tetiba aje lapar jadinya. Sedapnya kalau dapat rendang makan dengan nasi putih panas-panas. Aduhai, terliur dah ni *_*

Fiza Rahman said...

Sedapnya. Rasa nak masak rendang plak.

aryan azra said...

sedap nampaknya ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...